CIMB Clicks.. Semuanya Di Hujung Jari Anda

Hmm..dalam surat tawaran aku tak disertakan sekali slip pembayaran bank untuk yuran pendaftaran aku. Jadi aku memang kena bayar secara online la. Nak aktifkan CIMB Clicks ni kene aktifkan guna bank card CIMB yang kiter pakai. So, kene pegi ke ATM yang ader kat mana², tapi CIMB punyelah. Kalau yang lain, tak dapek do.. Ni pun aku baru balik dari bank, aktifkan bende alah ni. Lepas aktifkan kat situ, kene isi kat dalam online ni plak. Huh, bagi aku ni sumer menyusahkan aku sket. Tapi kalau tengok untuk kemudahan pada masa depan, bende² macam ni usefull jugak. Bayar bil sumer boleh pakai online. Senang sket. Tapi yang pasti kene ader duit la dalam akaun bank tu.

Cerita pasal yuran ni, yuran pendaftaran aku ni agak mahal jugakla kalau diikutkan berbanding masa aku amek diploma dulu. Yelah, walaupun masih belajar di bawah nama UTM, tapi tahap pengajian yang berbeza dan sudah pasti yurannya berbeza jugak. Tapi memang mahal sekali ganda la. Takut jugakla kalau tengok angka dier. Dah tu aku ditempatkan kat Kolej Tun Razak, salah satu kolej yang agak lama dan sewa seharinya boleh dikatakan mahal jugak. Tapi nak buat macam mana, ikut jelah, kata baru mendaftar masuk..huhu..

Tapi aku teringatkan nasihat mak aku yang suruh aku belajar selagi ada umur dan rezeki. Die kate kat aku, “Pasal duit nak bayar tu nak bayar ni, jangan risau, yang penting kau kene belajar selagi mampu“. Haa, tu nasihat mak aku kat aku.

Katakan