Doktor Malas

July 28, 2007

Hari Khamis tue aku pegi ke klinik kesihatan untuk mahasiswa kat sini. Sebenarnya aku sakit kepala. Dah 3 hari gakla aku tahan. Aku pun tak tau ape puncanya, tapi kepala aku asyik berdenyut² macam nak tercabut. Dek sebab tak tahan sangat, aku pun pegila. Aku bukannya suka sangat gi klinik ni. Tak tahan bau ubat²an.

Aku tunggu turn aku tak la lama sangat, adela dalam 15 minit kot. Bila nombor giliran aku terpapar je kat skrin tu, aku pun masuk la bilik doktor tu. Nama doktor tu tak payah la aku mention kat sini. Mula² tu aku bagi salam. Pastu dier tanya aku sakit ape, aku pun jawab la yang aku sakit kepala dah 3 hari. Die sentuh leher aku sket, pastu die suruh aku amek ubat yang die tandakan. Aku mintak dengan baik untuk die check tekanan darah aku, die boleh kata tak payah sebab medical check up aku ok dier kata. Aku takut kot² aku ni tiba² ade darah tinggi je. Doktor tu pulak menunjukkan kemalasan die.

Aku pun kuar dari situ dengan bengangnya. Aku rase adela dalam 30 saat je aku masuk bilik doktor tu. Punyal cepat aku rase. Serupa tak payah gi jumpe dier je aku rase. Member aku yang pegi klinik aritu pun ade gak citer kat aku pasal kekejapan die di bilik doktor yang sama. Dier pun tengok doktor tu macam malas nak layan patient.Ubat tahan sakit yang dier bagi tu pun macam takde fungsi je. Kepala aku masih sakit lagi sampai la hari ni.

Leave a Reply