Jiwa Kacau

September 26, 2007

Aku sekarang ni seolah² dilanda kebosanan yang melampau. Terima kasih kepada Encik Tongah kerana telah memberi aku semangat untuk mencari hobi baru bagi menghapuskan kebosanan aku ni. Tapi buat masa ni aku macam buntu je. Time² bosan tadi aku telah menginstall satu software yang dipanggil Flash Slideshow Maker Profesional. Itupun sebab aku tengok gambar dalam PC aku ni macam banyak je. Jadi sekurang²nya dapat jugak aku menghilangkan kebosanan aku di samping mencipta hobi baru iaitu membuat flash gambar² peribadi aku.

Tapi aku tak tau sejauh mana bende tu dapat mengurangkan atau menghilangkan kebosanan aku. Buat masa ni aku dah cuba²la buat 2, 3 flash. Tapi aku rase flash maker yang aku install ni macam tak cukup best dan gempak je. Aku rase lepas ni kalau ader masa mungkin aku akan download kat internet ni. Nak carik yang lagi best punya.

Dalam minggu ni aku rase aku terlalu kerap online. Tak macam minggu² yang lepas. Puncanya adalah disebabkan YM. Aku sekarang ni YM dengan 2 orang budak pompuan kelas aku. Dieorang ni daripada matriks, dan aku daripada diploma. So baru kenal la ni. Dalam kelas bukannya bercakap pun, apatah lagi menegur, baik aku atau pun dieorang. Budak pompuan 2 orang ni kawan baik.

Tapi aku pun tak berapa sure dah apsal aku bersemangat sangat nak YM dengan dieorang. Walhal dalam kelas aku boleh cuba tegur. Tapi mungkin disebabkan sikap aku yang pemalu dengan pompuan. Arghh..pemalu la sangat. Mungkin jugak sebab aku meminati salah sorang daripada 2 orang ni..hehe.. Mungkin itu sebab utama aku ketagih YM sekarang ni. Kalau YM tak boleh guna, aku akan guna Meebo plak. Janji aku dapat chat dengan dieorang sebab dieorang ni selalu online. Blok kolej dieorang ader internet connection menggunakan wireless atau sambungan cabel, aku pun tak pasti.

Hmm…apela nak jadi kat aku ni. Seolah² jiwa aku sedang kacau je sekarang ni….

Leave a Reply