fairuzmokti Unlimited
September 28, 2007
Aku macam tak percaya yang hari ni aku dah buat satu keputusan drastik yang akan menyebabkan perbelanjaan atau kewangan terpaksa dicatu lepas ni. Akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk melanggan Maxis Wireless Broadband..hahaha.. Petang tadi aku pun pegila usha kat Celcom dulu, tapi tanya punya tanya, Celcom punya router memang mahal nak mampus. Harganya RM 899 je !! Terus aku cabut gi usha kat Maxis lak. Aku tau Maxis tengah ade promosi, tapi coverage die kurang sket dari Celcom.
Tapi last² aku sebat je. Mengenangkan kat blok aku ni takde wireless dan aku menggunakan PC dan bukannya laptop, aku dengan semangat tegar membayar fee pendaftaran sebanyak RM100. Ade tiga pakej yang ditawarkan, tapi aku memilih untuk mengambil pakej yang pertengahan iaitu Advance Package. Itupun setelah dihasut oleh 3 orang kawan aku yang terpaksa aku bawak sekali. Dah merengek² nak ikut aku, aku pun bawakla. Untuk pakej ni aku kene bayar RM78 sebulan. Dah macam harga Streamyx lak kan.
Dah³…skang ni aku dah kene tag. Aku pun tak tau mula² tu apa bendela menatang tag² ni. Jadi aku telah melakukan sedikit kajian la dalam wordpress ni. Akhirnya apa yang aku paham adalah aku kene balas tag si Tongah ni. Kang tak balas kang merajuk lak die. Pastu tak nak kawan lak dengan aku..hehe..
Okeh, temanya adalah desktop. Sebenarnya desktop aku takde apa yang best pun. Sebab aku baru je format komputer aku dalam minggu lepas. So ini jelah yang dapat aku tunjukkan apa yang ader kat desktop aku.

Ini sememangnya wallpaper kegemaran aku sejak aku menjumpainya dalam PC aku. Dari sumber mana aku dapat pun aku dah tak ingat. Tapi bagi aku wallpaper ni sememangnya gothic. Memang cun sehingga aku menggunakannya sebagai background dalam Friendster aku dan beberapa komen telah diberi oleh kawan² mengenai background ni. Tujuan aku meggunakan wallpaper ni adalah disebabkan wallpaper ni mampu untuk mengingatkan aku kepada kematian. Yaa, mungkin bunyinya menakutkan, tapi itulah hakikatnya. Ala, sambil² tu aku boleh insafkan kawan² aku dengan menunjukkan wallpaper ni setiap kali dieorang menggunakan komputer aku. Tapi lama² dieorang buat cam biasa gak..haha..
Skang ni aku nak citer mengenai item² yang ader kat desktop aku, yang paling best adalah Folder Access yang rupanya macam peti besi tu. Bende tu adalah untuk mengunci folder² aku yang aku anggap private. Boleh lock dalam 4 folder je sebab ini free version punya. Tapi tu pun dah cukup dah. Kawan² aku semuanya gatal tangan nak bukak folder yang aku tak kasik bukak. Sebab tu aku terpaksa pakai bende ni.
Item kedua yang paling best kat situ lak adalah icon TV. Sebabnya, kalau aku berniat nak tambahkan pengetahuan mengenai isu semasa, aku pun klik bende tu untuk menonton berita. Selain tu jarang la aku tengok TV. Tapi sepanjang Ramadhan ni, Diari Ramadhan Rafique aku memang tak penah miss. Dan icon ketiga yang selalu berkelip² minta untuk aku klik adalah icon game Titan Quest. Gunanya icon ni adalah semasa aku teringin nak melepaskan tension, jadi aku pun mainla game ni.
Item² atau icon² untuk internet aku letak kat sebelah kanan skrin aku ni. Biar dieorang duk diam² kat sana. Jangan kacau sebelah kiri ni..hahaha.. Tapi button start kat bawah tu terpaksa aku buang sebab masa aku copy desktop ni, aku menggunakan banyak window dan macam tak cantik lak kalau nak masuk dalam post ni. Lagipun kalau korang nak tau aku guna Windows XP Service Pack 2 je dan buat masa ni aku guna theme yang dah sedia ada je iaitu theme Vista. Tapi takdela sampai nak guna side bar Vista dan Object Dock tu. Dulu dah penah pakai, dan aku rase macam rimas je kalau nampak icon banyak² kat atas skrin tu.
Aku rase setakat tu jelah yang boleh aku ceritakan mengenai desktop aku yang tak seberapa ni. Ni sumer sebab aku kene tag oleh si Tongah ni. Tapi sapa plak yang aku nak tag. ..??




September 28, 2007 at 3:02 pm
hahaha…tankiu bro…sempat ko kenekan aku erk hahahaha…
pakai advance pack ker?laju tak?aku pkai yang paling murah jerk…
September 29, 2007 at 2:56 am
aku penah tengok member aku yang pakai starter package, tapi tak berapa nak laju sangat la. sebab tu aku amek advance…
bila pikir² balik, beza RM10 je..aku pun angkat je yang ni..
hehe, sorila bro sebab terkenakan ko sket…