Coretan Spontan Aku
October 20, 2007
Berat rasa fikiran ini untuk memikirkannya.
Berat lagi kaki ini untuk melangkah.
Tapi akan daya, kakiku yang hanya beralaskan sepasang sandal Jazpolo murah ini terpaksa juga menempuhnya.
Meninggalkan segala yang ada di rumah untuk menuju ke satu destinasi.
Destinasi yang menentukan masa depanku.
Aku pasrah.
Jika bukan hari ini, pasti besok lusa akan kutempuhi jua.
Tetapi kaki ini begitu ringan untuk menekan padel “ikan” ku.
Mungkin kaki ini mahu tiba awal.
Tetapi hati ini antara mahu dan tidak mahu untuk mengiyakannya.
Apatah lagi fikiran ini yang sengaja aku biarkan ia melayang sendiri.
Antara sedar dan tidak sedar, aku telah tiba ke tempat yang dituju.
“Ikan” ku diletak dengan cermat agar ia tenteram di situ.
Rehatla wahai “ikan” ku.
Kesian aku melihat dikau mengaum di jalanan tadi.
Bertarung nyawa demi ku.
Demi memastikan aku kan tiba ke destinasi aku.
Rehatla “ikan” ku.
Ada urusan lain yang harus ku selesaikan lagi.
Lantas aku memikul sebeban beg hitam di tangan.
Mendaki tangga kejayaan menuju ke suatu kamar.
Kchingg…. Bunyi kunci kejayaan bergesel di celah jari jemariku.
Ktakkk…. Bunyi pintu kejayaan dibuka.
Melihat sehampar tikar getah berwara biru laut yang telah 10 hari ku tidak hadap, ku tidak sentuh dan ku tidak bermanja dengannya.
Sungguh rindu ku dengannya.
Ku sengaja baringkan badan yang telah letih ini ke atas katil kusam yang sedia ada bagi melepaskan lelah seketika.
Sambil mataku ligat mengekori bilah kipas yang sememangnya ligat memutarkan dirinya.
Tidak lama kemudian….
Secara spontan aku berkata dalam hatiku ”Cutiku telah habis“…”Arghhhh“….
Secara spontan statusku bertukar menjadi seorang pelajar semula, sambil ditemani bahan ilmiah di keliling ini.
Aku redha.. Aku pasrah..
Aku telah pulang ke rumah keduaku….






October 20, 2007 at 10:38 pm
haha.. wah, kau bereksperimen dengan gaya penulisan baru ke.. boleh buat trailer movie ni..
papehal pun, selamat kembali dari bercuti. heh.
October 21, 2007 at 12:12 am
sekali skala ubah lak sket..
tapi takdela sampai boleh buat trailer movie..huhu..
selamat kembali “memerah otak” untuk kau jugak bro…
October 21, 2007 at 9:42 am
Hi Zuriaf, kebetulan dah lalu lalang sini, teringin gak nak mengomen. bes jugak baca ko nyer tulisan niew… ala2 perlu berfikir gitu.. pe2 pun gud luck in ur final exam dan selamat kembali ke sekolah. sekolah ke? hehe… macam mana aku tahu? aku pun pelajar sama seperti anda juga. cam iklan syampu plak..
October 21, 2007 at 3:44 pm
sama² encik hijau…tapi bukan sekolah ye..sekolah telah lama kutinggalkan..hahaha…
October 21, 2007 at 4:10 pm
bukan pelajar aje yang mengalami sindrom “argghh cuti ku dah habis..” tapi yg dah bekerja pun sama… arghhh… tapi takpe beberapa hari lagi gaji keluar…hehehe
October 21, 2007 at 4:13 pm
jangan boros lak bila dapat gaji tu ye…huhu..
kesian kat aku ni..PTPTN pun dah berada di bawah paras par..
October 21, 2007 at 5:46 pm
ko anggap je sekolah. kan sekolah tempat belajar ;p
ptptn aku pun sama kalau ujung2 sem ni usah d cari. mmg ngak ada. wakaka… kena call ptptn yg kat umah…
October 22, 2007 at 7:36 am
encik hijau : macam sama je ek..hujung² sem cam gini memang panggilan ke rumah itu adalah amat perlu sekali..hehe..
October 22, 2007 at 10:41 am
tumpang komen =)
dah abis cuti??kesian
dah abis ptptn??kesian
slamat menjadi pelajar semula =)
October 22, 2007 at 3:48 pm
huahuahua…dah nak exam…
kene study..huhu
October 22, 2007 at 6:10 pm
haha…selamat berpeperiksaan..tak sukanya..ish³…