Selangkah Ke Hadapan

October 29, 2007

Hari ini dan semalam..

Semalam aku dan beberapa member pegi open house. Rumah classmate aku. Perempuan. Makan nasi beriani Thailand. Aku pun 1st time dengar menu ni. Tapi tenyata ia tidak mampu untuk menghalang aku daripada terus untuk membaham makanan tersebut. Memang sedap rupanya nasi beriani tu. Rasanya ade sedikit lain daripada nasi beriani yang ader kat kedai mamak tu. Hmm..aku pun bukan selalu makan nasi beriani kat kedai mamak, tapi yang ni memang best. Cuma aku tak bernasib baik je nak tambah ayam. Ader sorang mamat mana ntah makan sampai 4 ketul ayam. Bengang je aku dengar bila die bercerita dengan kawan die sorang tu. Aku tak kenal pun mamat pemakan 4 ketul ayam tu.

Hari ni pulak, aku pegi ke satu lagi open house classmate aku gak. Lelaki. Yang ni plak ade nasi tomato. Tapi aku tetap tak bernasib baik sebab masa aku sampai tu, nasi tu tak masak lagi. Awal jugak rasanya aku sampai. Tapi aku sempat membaham 2 ketul ayam kali ni. On diet sebenarnya..hehe.. Jadi sementara nak menunggu nasi tomato tu masak, aku sental nasi impit jelah beserta ayam tu. Eh, otak² atau ader orang panggil sata pun ade jugak. Sental saja masuk ke mulut ini. Dah aku dekat nak balik barulah nasi tu siap masak. Tapi apakan daya, perut aku ni ade had muatan yang tertentu. So, aku ambil bau jelah sebelum blah tu.

Aku terpaksa blah awal sebab aku dah berjanji dengan Gadis Itu untuk mengajar dia satu subjek yang dia kurang faham. Cewahh..macam aku ni lecterur junior plak..haha..Ceritanya macam ni.. (dalam versi perbualan)

Ishh..susah la rasenya subjek ni” gadis itu memulakan topik baru setelah pelbagai cerita dibualkan.

Aku menjawab, “Eh, apa yang susahnya? Senang je saya rasa.” Perghh..aku bercakap macam aku ni pandai sangat je time tu. Sebenarnya aku dah penah ambil subjek ni masa diploma dulu. Cuma tak dapat A je.

Awak tu dah penah amek. Mestilah kata senang. Saya ni yang rasa macam susah je nak skor.” Gadis Itu mengeluh.

Laa, apa yang susahnya. Ade yang awak tak paham ke?” Aku mula memasang jerat dalam pertanyaan.

Ade….kira². Eh, kan awak dah amek subjek masa kat KL dulu. Mesti terer kan?” Gadis Itu tanya balik kat aku.

Aku cuba merendah diri dengan berkata, “Memang dah amek, tapi saya ni bukanlah pandai mana pun. Setakat tau sikit² je.” Masa ni aku dah tersengih sorang². Tapi nasib baikla dalam phone. Ade guna jugak rupanya super savers ni.

Ala, at least dah amek… Dah ade basic… Saya ni risau la takut tak boleh skor…” Dia cakap camtu. Tapi tak habis lagi. Dia sambung lagi dengan nada sedikit berharap (pada pendengaran aku la), “Ermmm…boleh la awak ajar saya macam tu ye…

Hahahaha… aku dah tergelak secara senyum masa tu. Ianya umpama kisah superhero dengan gadis² heroinnya. Kalau gadis heroin tu ade masalah atau ditimpa masalah, sudah pasti si superhero tu akan muncul pada masa yang tepat untuk menyelamatkan gadis heroin itu daripada musibah yang bakal muncul. Cuba korang tengok citer Superman jelah, kalau si Lois Lane tu menghadapi masalah, sudah pastilah si Clark Kent tu akan muncul pada masa yang tepat untuk membantu dia bukan..?? Cuba tengok lagi satu kisah superhero ni, Spiderman. Kalau si Mary Jane tu ade masalah, sudah semestinya si Peter Parker tu akan datang menyelamatkannya, bukanlah orang lain.

Sama saja kisah superhero tu dalam hidup aku kini. Bezanya cuma aku takde kuasa² ajaib macam tu dan aku tak hensem macam dieorang. Tapi aku masih berpijak di bumi yang nyata. Aku tak berangan² lebih, tak cuba untuk bermimpi kosong. Eh, aku dah melalut dah.

Jadi kat dalam cerita aku ni, akulah superheronya dan Gadis Itu adalah gadis heroinnya. Jadi bila dia dah cakap macam tu, aku pun lantas menjawab…

Eh, betul ke awak nak saya ajar ni? Saya ok je..” Aku menjawab dengan nada girang seolah kanak² mandapat aiskrim. Takkan la aku selaku superhero ni akan jawab tak nak pulak kan. Bodohla aku kalau aku jawab macam tu..hahaha.. Tak boleh la aku nak bergelar superhero.

Jadi dipendekkan cerita, aku pun menetapkan tarikh dan masa yang sesuai iaitu pada hari ini. Punyalah semangat aku nak ajar dia. Memang aku dapat ajar die sket². Mana² yang aku tau, aku perturunkan la ilmu aku tanpa ade rase kedekot. Tapi ade jugak yang aku tak dapat nak jawab masa die bertanya satu soalan kat aku. Aku ni pun bukannya pandai mana sebenarnya..hehe.. Konon²nya nak study skali la sambil² tu. Hampeh..aku duk jeling die je. Tapi nasib baik die tak perasan sangat. Kalaula die perasan, malu la aku. Buku kat depan mata, tapi mata menjeling je.

Aku rasa sangat happy hari ni sebab aku dah selangkah ke depan..hehe.. Walaupun kawan baik die (partner MC aku) ade skali, tapi dia seolah² memahami tindakan aku ni sikit. Tapi dia pun tak banyak cakap dan hanya memerhatikan saja aku sambil membuat senyuman sinis. Takpe, lepas² ni aku akan cuba tanpa kehadiran dia. Bak kata Acha Septriasa “Berdua Lebih Baik”… Bukankah begitu..hehe..

With Gadis Itu

Ermm..kali ni aku letak gambar penuh disebabkan permintaan oleh seseorang. Ishh…nasib baiklah kawan² aku, classmate aku, family aku tak tau pasal blog aku ni. Kalaulah dieorang tau, habessss aku. Memang kene bahan je. Err..maksud aku pasal gambar kat atas ni la. Nama dia biarla aku rahsiakan dulu..hehe.. Aku pun tak tau nak cerita apa lagi dah. Aku dah mengantuk ni. Aku ingin bermimpi indah. Biarkan aku dengan dunia aku. Jangan kau cuba kacau….

25 Responses to “Selangkah Ke Hadapan”

  1. Bayan Says:

    maka bermulanya sebuah hikayat yang di dalamnya penuh dengan kisah suka-duka. bersedialah kamu memeasuki fasa kedewasaan.

  2. zuriaf Says:

    hoho…macam menakutkan je bunyinyer…

  3. cikf=) Says:

    kalo sy dapat cari insan tersebut macamane???hehe

  4. zuriaf Says:

    hahaha…janganlah begitu cikf=)…cikf=) ni macam menakutkan saya pulak apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu…hehe..kalau jumpa sekalipun, buat² tak kenal je ye…


  5. bersedialah untuk merase jiwa yg kacau…

  6. geneticthylon Says:

    yaa…. bersedialah untuk memasuki jiwa kacau bilau… hahaha… mental ready bro… serius ni..mcm kata sik kak bayan tu.

  7. zuriaf Says:

    arghh..aku sememangnya dah jiwa kacau sejak dulu lagi..cuma belom berada di tahap yang membimbangkan..huhu..

    http://fairuzmokti.wordpress.com/2007/09/26/jiwa-kacau/

  8. faerrin Says:

    moga kao bagia dgn gadis itu..

    errrr…nasik minyak bile beb??

    hahahahahahahaha..

  9. zuriaf Says:

    haha..time kasih faerrain…nasik minyak tu kau kene tunggu kalau nak..tak tau lagi bila..cess…

  10. lazuardiblue Says:

    bila rasa masanya sesuai nanti, terus terang ye? n then bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan.

    err..ko confirm ke takde kawan ko tau psl blog ni?

  11. cikf=) Says:

    haha..btul2…mane tau ade blogger lain 1 course ngan awkgak yg sll surf kat sini…jge2..tp sy rase bagus gak..mst ‘insan itu’ tharu..=)

  12. faerrin Says:

    hoi…nasik minyak ade, aku rewang umah kao pn sanggup arrrrr…

    hahahahahaha…

  13. faerrin Says:

    errrr…tambah lagik..

    kao sebenarnye..

    “malu..tapi mahu”

    end..

  14. zuriaf Says:

    lazuardiblue : err..aku hampir confirm la yang takde kawan aku tau..kalau tak sudah pasti ruang komen ni dah dipenuhi oleh dieorang je..

    cikf=) : terharu ke…?? ishhh…

    faerrain : pandai² je ko ni…malu tapi mahu la…tapi memang macam tu gak kot..hehehe…

  15. cikf=) Says:

    kalo die suke awak gak..mstila die tharu..hehe
    nnt sy cri bdk2 property management=)
    haha..

  16. zuriaf Says:

    cikf=) : ishh..sudah²la tu..

    4g1rlt3lls4ll : time kasih..hehe..

  17. tongah Says:

    aku datang ni zuriaf…aku cari kesempatan untuk ko…

    yaaa…tahniah…berani lah melangkah ke depan…wehh…ko amek ape kat utm tu?sem bape dah?

  18. zuriaf Says:

    haha..time kasih encik tongah..aik..merisik aku nampak..heh..ko boleh tengok profile aku kat blog ni..rajin² sket ek..

  19. cikf=) Says:

    hehe..ok..
    sy gurau jer..
    jgn risau k…

  20. zuriaf Says:

    hahaha…nasib baik anda hanya bergurau aje cikf=)…kalau tidak..ishh..malu la saya..

  21. Mr Green Says:

    suka plak baca skrip drama citer ni.. hehehehe… romantik jer… tak yah la ko risau cicak ma pun x lah hensem gak… ko cute pe… hehehehe

  22. zuriaf Says:

    time kasih ek encik hijau…tapi tak la romantik pun..huhu…

  23. Mr Green Says:

    romantik pe… cam skrip drama pelem pe.. hehe

  24. zuriaf Says:

    jangan la cakap begitu…nanti yusuf haslam suruh anak die buat filem lak kisah aku ni…huhu…


Leave a Reply