2 Disember

Hujung minggu ni di Seremban ade PC Fair. Huh, 1st time aku dengar kat Seremban ni ade PC Fair. Sebenarnya ni kali ketiga kalau tak salah aku. Mungkin aku salah. Aku pun tak tau sebenarnya. Cuma yang dulu tu aku tak tau disebabkan aku rasa promosinya yang sedikit hambar mungkin. Mungkin juga aku takde di Seremban pada masa tu. Ah, biarkanlah. Dah lama hal tu berlaku.

Siang tadi aku mempunyai sedikit masa untuk ke Terminal 1, untuk meninjau dan mencuci mata dengan kecanggihan teknologi yang terdapat kat PC Fair tu. Aku takde plan nak beli apa pun. Cuma nak ushar² harga laptop untuk adik aku. Sekadar nak tau harga pasaran sebelum membuat perangkaan perbelanjaan. Heh, dah semakin murah pulak harga laptop skang ni ye. Kalau dulu laptop yang spectation dia macam tu harganya boleh cecah RM 2000, skang ni dah jadi RM 1800 je. Oh, dah lama aku tak update harga² barangan komputer ni. Kalau dulu masa belajar kat KL dulu, memang selalu update, sebab aku ni agak rajin ke Low Yatt mencari barang² untuk PC aku. Tapi skang ni, macam malas nak kasik upgrade PC aku. Biarlah dia macam tu je. Aku rasa dah cukup best dah. Main game pun sedap je.

Tapi bila aku belek laptop ni lama², timbul satu keinginan dalam diri aku. Aku rasa cam nak pakai laptop je. Pakai PC ni macam leceh plak kalau difikirkan balik. Yelah, asalkan cuti je, aku nak kene simpan monitor, simpan speaker aku yang gedabak tu. Oh, untuk pengetahuan korang aku pakai speaker Altec Lansing. Jadi faham² jelah akan kegedabakan speaker aku tu. Saje je aku nak poyo kat sini. Dan yang paling pentingnya nak kene bungkus CPU aku. Huh, itu sumer melecehkan dan memenatkan. Itu yang menyebabkan aku rasa pakai laptop lebih mudah dan senang. Senang kene rembat pun ye jugak. Tapi memang senangla kalau nak bawak ke mana².

Oh, aku inginkan sebuah laptop. Ade sapa² nak bagi kat aku tak? Sedekahlah kat aku laptop baru kat aku ye. Buat hadiah pun takpe. Pos kan kat aku..hehe..

Tapi on the way balik rumah, aku perdalamkan lagi apa yang aku fikirkan tadi. Sebenarnya menggunakan laptop ni bukan gaya aku. Aku suka sesuatu yang lasak dan senang untuk dijaga. Laptop ni agak sensitif sket. Aku ni bukannya pandai sangat nak berhati² bila guna barang cam komputer ni. Uh, aku memang ganas dalam menggunakan PC aku. Sebab tu dah dua kali aku beli joystick. Pakai kejap je, dah jahanam..hahaha.. Itulah sebabnya masa mak aku bagi duit dulu, aku pilih nak beli PC daripada beli laptop. Sebab aku ni kaki game. Main game kat PC adalah lebih menyeronokkan. Aku takde Play Station cam korang sumer. Jadi kat PC aku ni lah aku melepaskan keinginan aku untuk bermain game.

Tapi kan….. Aku rasa cam nak pakai kedua²nya plak skang ni. Satu untuk game, dan satu lagi untuk kegunaan yang lebih ringan macam assignment. Uh, tamak sungguh aku ni. Macam banyak duit je..!! Oh, bersyukurlah dengan apa yang ade ni ye..hehe :)

-

Hari ni dah masuk 2 Disember 2007. Jadi kepada sapa² yang menyambut hari  lahir pada hari ni [2 Disember], aku ucapkan selamat hari lahir, happy birthday…semoga panjang umur murah rezeki dan berbahagia di samping aku. Eh, silap…di samping sapa² yang mereka sayang la.

-

Huh, lambat lagi citer ni nak kuar. Aku teruja sungguh dengan citer superhero daripada komik ni. Jom kita layan trailer ni dulu. Pastu tunggu la kuar kat wayang nanti….

22 Respons sehingga kini »

  1. 1

    ixora berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:21 am

    Aaaa… 1st! Bangganya… :D

  2. 2

    zuriaf berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:22 am

    ixora : ceh..siot je..

  3. 3

    ixora berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:33 am

    hahaha.. bangga la sbb bkn selalu saya dpt jd 1st commenter kt blog org

    eh,patut la ada dedication! besday ‘Gadis itu’ ye?

  4. 4

    zuriaf berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:34 am

    ixora : tau takpe… :) yup, besday dia…hehe…

  5. 5

    azrul berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:36 am

    happy birthday kepada dia! yay! (sebab tak dapat nak komen kat yang atas tu, jadi aku komen kat sini je, mesti ayat-ayat puitis kan kat atas tu? hehehhee..)

  6. 6

    zuriaf berkata,

    Disember 2, 2007 @ 12:37 am

    azrul : hahaha..malu la aku kalau korang baca..heh..gelak guling² lak nanti..hahaha.. :)

  7. 7

    z[a] berkata,

    Disember 2, 2007 @ 5:36 am

    bufday awek ko ek ari neh..selamat ari lahir tuk beliau..smuge pjg umor dan murah rezeki..bahagia dunia dan akhirat..

    bg aku laa,kalao pkai laptop ni tk sesuai tuk mereka2 yg mmg lasak dan perlukan byk memori..terhad sungguh laptop nih..memori besar sket mule lew hang..mmg ampeh..nk buat keje pon jadi susah..tp bergantung pd processor la plak mende tuh bg keje2 aku (itu cite lain)..huhu~

  8. 8

    zuriaf berkata,

    Disember 2, 2007 @ 8:19 am

    z[a] : err, dia blom jadi awek aku lagi…hahaha…tapi aku tolong jawabkan la..THANKS…

    yeah, laptop ni memang ni memang selalu hang dan jangka hayat selalunya tak lama..huhu ;)

  9. 9

    medcham berkata,

    Disember 2, 2007 @ 9:32 am

    happy besdey kepada beliau yg istimewa tu..

    laptop: memang senang nak guna dan bawak sana sini..tapi pada masa yg sama hardware mahal sehh..ko bayangkan kalau screen laptop rosak..

    Ironman: best bangat..tak sabar tunggu movie ni keluar. in fact semua movie marvel superheroes aku kumpul. eh bro War Machine tu kan ke suku sakat Ironman gak? aku tunggu Green Lantern nyer movie..rasanya Will Smith dapat watak tu.

  10. 10

    green berkata,

    Disember 2, 2007 @ 1:11 pm

    aku suka laptop… aku x suka main game.. huhu… pe2 je la kan janji ko bahagia encik zuriaf…

  11. 11

    KNizam berkata,

    Disember 2, 2007 @ 7:00 pm

    bestnyer dapat beli laptop baru….hhehehehe

  12. 12

    zuriaf berkata,

    Disember 2, 2007 @ 9:20 pm

    medcham : time kasih aku ucapkan mewakili pihak DIA..

    haa, betul tu..laptop punya hardware memang mahal…huhu..aku tak mampu nak beli kalau rosak…

    err..aku tak tau sangat pasal heores marvel ni…apa kata kau buat satu entri pasal ni..hehe :)

    green : heh, memang laptop lebih praktikal pada zaman skang ni…heh, cubalah main game, kau pasti akan rasa teruja..hehe :)

    KNizam : kalau baru memang best…

  13. 13

    pandagumuk berkata,

    Disember 3, 2007 @ 12:16 am

    suke pc.xsuke laptop.kene handle with care.susah!

  14. 14

    zuriaf berkata,

    Disember 3, 2007 @ 1:30 am

    pandagumuk : yeah..setuju dengan kamu…

  15. 15

    green berkata,

    Disember 3, 2007 @ 2:23 am

    ko befday ke? hepi befday… aku telah cuba bermain game.. namun aku hanya mampu teruja untuk lima minit pertama dan terus quit pada minit2 selepasnya. aku ni jenis yang x pandai bersabar la.. huhu.. shame of myself.. hehe

  16. 16

    zuriaf berkata,

    Disember 3, 2007 @ 2:35 am

    green : bukan besday aku la…orang lain..hehe :)

    owh, game adalah sesuatu yang melalaikan..lebih baik kau menjauhinya..eh, macam ade kontra je dengan komen aku sebelum ni..haha..abaikan..

  17. 17

    green berkata,

    Disember 3, 2007 @ 3:35 am

    huhu.. malunye aku tesalah wish.. hehe

  18. 18

    zuriaf berkata,

    Disember 3, 2007 @ 3:41 am

    green : takpe..anggapla kau wish aku punya jugak..hahaha

  19. 19

    medcham berkata,

    Disember 3, 2007 @ 8:36 am

    entri pasal marvel superheroes? aaaa jap aku wat research dulu.. nice idea anyway.

  20. 20

    zuriaf berkata,

    Disember 3, 2007 @ 1:50 pm

    medcham : orait bro…aku akan tunggu entri daripada kau nanti…

  21. 21

    aria-ayumi berkata,

    Disember 3, 2007 @ 6:43 pm

    uishh. nape entry birthday kat ats itu xleh view? kene ade password yek? btw, birthday kamo bulan 1 kan? bape hb yek?

    nak laptop? jom share ngan kite. tapi, xmo kasik :P

  22. 22

    zuriaf berkata,

    Disember 3, 2007 @ 8:49 pm

    aria-ayumi : err..yang kat atas tu adalah entri yang aku khaskan untuk seseorang yang menyambut besdaynya pada 2 Disember..hehe :)

    err, kalau camtu tak leh nak share la..hik³…

RSS Komen · URI Trackback

Katakan