Apa Nak Jadilah…
January 2, 2008
Hari ni hari Rabu. 2 Januari 2008 dah rupanya. Selamat Tahun Baru kepada sumer. Jadi ni adalah entri pertama untuk tahun 2008 ni. Nak dijadikan cerita, semalam aku tak bercuti. Johor tak amek cuti tahun baru. Aku ulang, TAK AMEK. Jadi semalam aku berkuliah. Jadi jangan gelakkan aku lak ye. Kuliah semalam pun cam biasala. Sekadar introduction je. Bila pikir balik, kalau aku tak datang pun takpe. Tapi kan, aku ni adalah pelajar yang dikategorikan baik dan tak gheti nak ponteng² ni. Yeah, aku memang baik. Jadi aku datang la sumer kelas.
Hari ni pun aku datang ke kelas macam biasa. Tapi masih dalam percubaan mencari mood belajar yang dah hilang selama sebulan lepas. Aku masih rasa macam takde semangat untuk study lagi awal² ni. Yang ade, cuma semangat untuk datang ke kelas je. Lagipun aku jarang study awal² ni. Dah nak test atau exam, barulah terhegeh² nak study. Tapi jangan korang tiru tabiat aku ni. Aku syorkan korang study la daripada awal.
Petang tadi aku ade half-blind-date dengan seseorang. Bukan Gadis Itu, tapi seorang gadis jugak. Aku jumpa dengan Miss Fauzani. Tapi dalam wordpress ni, dia lebih dikenali sebagai cikf=). Sebenarnya dia ada ajak aku join satu program dan aku telah bersetuju untuk join. Jadi kenelah jumpa dia untuk isi borang dan mengadakan sesi berkenalan secara ringkas. Ermm, ringkas je, tapi mau dekat sejam jugaklah. Dia tu banyak cakap gak sebenarnya..haha.. Tapi pada masa yang sama, dia cuba mengekalkan keayuan mukanya yang dilitupi dengan sedikit solekan (aku rasa la yang dia ni bersolek sket).Lagi satu, dia ni suka tersengih²..haha.. Nasib baik aku ni lelaki kental. Kalau orang lain, aku rasa dah cair dah tengok dia senyum tu.
Tapi takyah la korang berangan. Tak lama lagi dia nak kahwin dah tu. Itu yang dia cakap kat aku la..hahaha.. Tapi dia ni kecil molek je orangnya. Patutla dia asyik beria² nak tambah berat badan. Tapi lepas ni, aku kene hormat lebih la kat dia, sebabnya dia akan jadi Bos aku untuk program tu. Bos…jangan marah ye..
Aku takde apa nak citer sebenarnya kali ni. Jadi aku citerkan la kawan baru aku tu. Ini adalah kali pertama aku kenal dan berkawan dengan melalui blog. Melalui wordpress ni. Daripada alam maya ke alam realiti. Selain daripada blog ni sebagai medium untuk menulis, aku rasa blog ni memang satu medium yang bagus untuk berkawan dan menambah kenalan. Aku rasalah.
~
Kepada Affuan, nanti aku ade masa, aku siapkan tag kau tu ye. Buat masa ni aku agak busy sket..hehe.. Kau fahamkan..faham kan.. Tapi disebabkan aku takde bakat dalam photoshop, aku akan cuba buat sesimple mungkin ye. Aku cuba!!




January 2, 2008 at 7:36 pm
Sukati ko la, janji ko buat. Hehe.
January 2, 2008 at 9:45 pm
ermm..kawan blog ke realiti ek..ade yang ok, ade yg ko..hati2 memilih kawan =)
January 2, 2008 at 9:50 pm
aku tak berapa minat untuk berjumpa watak2 blog di dunia sebenar, hohoho…
January 2, 2008 at 10:55 pm
Ahahaha, bro zuriaf, syok weh datang kelas masa awal-awal ni, tapi ada sikit anxiety strike sikit la. Lagi-lagi mengenangkan assignment/project yg bakal menimpa….
Ayak!!!
January 2, 2008 at 10:57 pm
Affuan : hehe..aku buat nanti..
inah : yeah..nak kawan pun kene berhati² skang nih..
azrul : aku pun…tapi aku ni kan kacak..so, sebab tu ramai yang nak jumpa..haha..
Mr Ah Fa : skang ni belum ade lagi assigment yang memeningkan..tapi aku dah dapat rasa dah…dah dekat dah rasanya..
January 3, 2008 at 12:12 am
oit…mane ade soleki, natural je tau ptg tadi..
kenela senyum selalu,baru awet muda..hahaha
January 3, 2008 at 1:53 am
cikf=) : haha..natural ke..?? ermm…tipulah…haha..
January 3, 2008 at 7:25 am
waa…mcm saspen dan mencabar je nak jumpe rakan blog maya di dunia real…waa…..saspen….sbb sini selambejer nak merepek mengomen dan membubuh sesedap rasa ….
waa….saspen…
…..”uhuk..tetiba rindu nak join program manjat gunung”………
January 3, 2008 at 10:19 am
ko pun dah tersampuk dengan aura geli ke?? Habiskan dulu belajar woiiii.. hahahahaha
January 3, 2008 at 10:22 am
lydiarayyan : memang suspen beb…tetiba je aku kene jadi baik dan menukar slket watak aku…
program panjat gunung..?? uh, aku tak penah lagi join program camtu..mesti best kan..
4g1rlt3lls4ll : err…saya tersampuk daripada akak la..lepas baca entri menggelikan daripada akak tu..hahaha…lama lagi nak abes blaja ni..huuu..
January 3, 2008 at 11:30 am
“Tak lama lagi dia nak kahwin dah tu.” Betulker? Jgn dengar guruh dilangit, air ditempayan dibuang jangan.. ekeke
January 3, 2008 at 1:12 pm
me yginsaf : err…dia kata macam tu la kat aku..hehe
January 3, 2008 at 1:57 pm
ok la tu…
ko dah jmpe member blog…
aku blum penah lg pun..
January 3, 2008 at 2:25 pm
pe nak jadik neh… hihihi…
January 3, 2008 at 3:19 pm
hahaha… mesti ko cuak nak jumpe utk first time kan… hahaha…
January 3, 2008 at 3:34 pm
ehem..ehem…cam ade pape je ni. hahaha!!
selamat tahun baru! moga bertemu jodoh. ke dah jumpa?
January 3, 2008 at 4:21 pm
aremierulez & luccadjiwa : perghh..cuak gak mula² tu..tapi aku buat cool je..biasala, gaya macho kene ade kan walaupun aku tak macho..
zatil : err..jadi manusia yang berjaya..kerana tuhan untuk manusia..
fadh : err..takde pape pun..jodoh..?? on the way dalam pencarian..haha…
January 3, 2008 at 4:56 pm
ya btul tu.. blogging ni mmg salah 1 cara nak tambah kawan..
January 3, 2008 at 5:22 pm
Entry 2 tahun akan datang mungkin berbunyi. Aku akhirnya diijab kabulkan dari alam maya ke alam realiti ke alam perkahwinan… kekeke. Jangan marah ek…
January 3, 2008 at 6:42 pm
“Tak lama lagi dia nak kahwin dah tu”
owh..fauzani ade bgtau can gitu ek..erk…
January 3, 2008 at 8:25 pm
buzzybug : yup..betul tu..
lanog : aku pun tak pasti…sebab aku tak dapat nak ramal masa depan aku sendiri..tapi harapnya bukan macam tu la..
cikf=) : err…err…rasenya la..walaupun bunyinya lain sket..hehe..tapi maksudnya macam tu kan..err, tahun depan eh..lagi setahun eh..eh..eh..
January 3, 2008 at 10:58 pm
ish2
January 4, 2008 at 8:58 am
pandagumuk : ish…
January 4, 2008 at 11:01 am
hoho… semangat UTM… kekeke…
January 4, 2008 at 11:27 am
Zatil : hahaha…UTM la sangat..huhu
January 10, 2008 at 3:23 am
lerr.. ingatkan kampus kite jerk kene msk kuliah time 1hb br ni. heh. tak patut kan. satu donia cooti, kite lak terkedek2 pegi kuliah. huhu. seb baek dh lepas
January 10, 2008 at 9:17 am
aria-ayumi : tau takpe…orang lain duk rilek je masa 1hb arituh, kita kene gi kuliah..sungguh tidak adil..