Kata² Tanpa Ucapan
January 21, 2008
Kadang² kata² tidak perlu diucapkan.
Kadang² ucapan tidak perlu dilafazkan.
Kadang² mulut tidak perlu berbicara.
Kadang² tangan tidak perlu untuk menulis.
Cukup sekadar ia ditunjukkan dengan perbuatan.
Cukup sekadar ia dipamerkan dengan gerak gaya.
Cukup sekadar ia ditonjolkan dengan pandangan nakal.
Cukup sekadar ia diekspresikan dengan lenggok badan.
Tak faham apa yang aku tulis ni. Tak apa. Macam ni lah. Biar aku cerita sket. Hari Sabtu, course aku ade buat program Family Day. Jadi aku menolong sebagai AJK. Aku memang rajin tau. Okey, nak dijadikan cerita, siang hari ade sukaneka dan malamnya ade makan² dan BBQ. Disebabkan aku terlampau rajin, aku pun menjadi letih pada suatu tahap tu. Iaitu pada jam menghampiri 1200 tengah malam. Aku hanya mampu bersandar kat dinding je pada masa tu.
Sedang aku lepak² selepas penat sambil² menikmati lewat usia 22 tahun, dengan kejap² aku menjeling jam kat tangan… Dengan tiba² ade satu simbahan air yang laju tepat kene kat aku. Dan lepas tu gelak tawa memecah kesunyian malam. Siot betul. Apa maknanya tu..!! Itulah tanda ucapan selamat hari lahir daripada kawan² aku kepada aku ni. Perghh, kalau setakat air paip tu aku boleh tahan. Ni dengan air sirap limau ais skali dieorang simbah kat aku. Mana tak menggigil aku masa tu. Aku sebenarnya dah tak mampu untuk lari daripada situasi malang itu daripada menimpa aku. Aku terlalu letih pada masa tu. Jadi kawan² aku telah mengambil kesempatan itu untuk menodai aku dengan serakus²nya. Okey aku tipu, tak rakus sangat pun. Sikit lagi je nak jadi rakus.
Kalau masa tu aku duduk kat tempat tu lagi setengah jam, sudah pasti badan aku akan dipenuhi semut² yang bernafsu untuk menjilat badan manisku ini. Tapi aku takkan benarkan diri aku dinodai lagi. Jadi sebelum perkara itu berlaku, aku balik ke bilik dulu untuk mandi dan berwangi² kembali. Lepas tu aku kembali ke tempat kejadian semula untuk mengambil bahan bukti iaitu jug air, bekas yang menyimpang air sirap limau asi itu dan sampah²an untuk dibuang.
~
Erm, kat sini aku nak ucapkan terima kasih kepada orang yang menemani aku berjalan², pegi tengok wayang, bergelak ketawa, makan² dan lepak² dengan aku semalam. Oh, terima kasih jugak atas hadiah yang diberikan itu..hehe..
~
Hari ni aku masuk ke satu kedai. Masa aku masuk tu cuaca memang panas giler ah. Takpe, aku memang harapkan macam tu pun hari ni. Setelah aku duduk kat dalam kedai tu lebih kurang setengah jam, aku pun bayar tujuh hengget kat kedai tu. Tapi lepas je aku bayar, hujan pun mula turun. Hujan rahmat agaknya. Eh, kedai yang aku citerkan ni bukan kedai komik ye, tapi kedai cuci kereta. Jadi tak sampai 5 minit Ikan aku dikilatkan, badan dia dicemari lagik. Takpelah, tujuh hengget yang aku laburkan tu nampaknya tak bertahan lama disebabkan wrong timing. Nak buat cam mana kan….






January 22, 2008 at 3:38 am
wa…kuar dgn gadis itu ye?
patut la lepas bsuh kete, hujan pun still happy
January 22, 2008 at 7:59 am
hahaha.. ingatkan kat sekolah je kena camtu masa birthday.. kat U pun still ada ek xtvt itu?
January 22, 2008 at 8:38 am
wah..bahagia sungguh!!
January 22, 2008 at 8:46 am
aku login wordpress je, entri ini ‘entri terpanas hari ini’..
hoho!
January 22, 2008 at 8:50 am
wahhh..bahagianya bro kita…semoga berbahagia selalu
January 22, 2008 at 10:37 am
nasib baik simbah sirap limau..
kot simbah milo panas ke.. teh tarik ke..
mau tertukar ngan Razak Maidin.. muekekekeee..
January 22, 2008 at 10:47 am
Nsb baik awk cool lg pas kene simbah ngn sirap limau..
kalo sy, ntah2 tercetus perang dingin pastu. hahaha,.
January 22, 2008 at 3:20 pm
ni kira body language la ni… 70% komunikasi adalah dari gerak bahasa tubuh, yeah!
*masuk blog ni dari link blog affuan, he he
January 22, 2008 at 5:16 pm
aremierulez : tau takpe…hehe
buzzybug : skolah dan U sama je…buat jahat tu tetap ade..haha..
نورنانا : haha..tau takpe..
abang hilang akal : trimas untuk info tu..memang entri panas oun..huhu..
aishah : yeah..semoga begitulah..
medcham : aku tak minum milo dan teh tarik..tapi kalau kene, memang bikin panas la..haha..lagi satu, aku tak suka Razak Maidin tu jugak..
ixora : saya memang seorang yang kacak + macho lagi cool gitu..
musnaz : lebih kurang camtulah…masa tu kawan² aku dah menunjukkan reaksi yang pelik sebelum jam 12 tuh..
nampaknya affuan telah menaburkan pengaruhnya ke atas kau..haha..tapi bro, kau penah masuk blog aku ni dulu dan bagi satu komen dulu..aku pun penah masuk blog kau sebelum kau pakai broadband dulu…
January 22, 2008 at 8:24 pm
arrghh…saye penah kene campak dalam laut..
huhu…nakal punye budak2…
January 23, 2008 at 12:41 am
January 23, 2008 at 12:28 pm
Hepi Besday…. errr… boleh tak aku minum ko… hehehehehe.. bleh gak rasa manusia sirap limau ais… hehehehehehe
January 23, 2008 at 2:35 pm
cikf=) : kalau saya ade masa tu, mungkin saya pun akan jadi budak nakal tu kot..
ixora :
kipp : jangan..kau tak boleh minum aku..kemanisan aku tak sesuai untuk kau..hahaha…
January 23, 2008 at 3:56 pm
hujan itu memang kejam tapi nak cemana. itu kan hukum Tuhan. rahmat sungguh sebab ko derma ikhlas gila kat kedai car wash tu. haha. kalo kawan2 aku yang simbah aku gitu, memang putus saudara lah. tabik, ko memang penyabar. kui3.
January 23, 2008 at 4:51 pm
hahaha… ok ape air limau tu… kalu member2 aku kat u dulu lagi teruk… siap baling telur ngan tabur tepung lagi.. hahaha…
January 23, 2008 at 5:12 pm
huhu. ade ke ckp semut nodai die… ye ye je… pdhal semut tumpang lalu jerk… ahaks… btw, kamu nak adiah gak ke
January 23, 2008 at 6:11 pm
haha..saye pun penah bkomplot kenekan org dengan membaling telur dan menyimbah air di tengah malam y gelap gulita…haha
January 24, 2008 at 1:10 am
Affuan : tabik cam iklan DiGi tu ye…tapi perut kau kene boroi sket la..baru jadik..hahaha..
luccadjiwa : kalau aku kene camtu, memang aku dah mengamuk dah…dah jadi incredible hulk dah aku agaknya…
aria-ayumi : yeah..nak jugakla..hehe…kamu kan baik hati..selalu bagi hadiah kat orang lain..huhu
cikf=) : waahh..awak ni ketua yang berbahaya ni..lepas ni saya akan berhati² dengan awak la nampaknya..haha…
January 24, 2008 at 10:54 am
best apa kena simbah sirap…huhu.. itu tandanya kawan2 masih sayang sebab ingat besday awak. tanpa gimik macam nie..life is not awesome anymore..
hepi belated besday!
January 25, 2008 at 8:25 am
air rendaman baju selama seminggu penah kena? saiko tak ingat.
January 26, 2008 at 2:14 am
anizyn : ingat la sangat…!!
nickmenza : aku tak penah kene…dan aku tak nak kene..!!