Sebelum bertolak malam ni, aku nak tulis lagi satu entri. Entri picisan sahaja. Cuma untuk menyatakan yang aku dah tengok citer JUMPER tu. Menarik gak citer tu. Cuma yang part ending tu buat aku kurang berpuas hati sket. Seolah² akan ade sambungan untuk citer tu kelak. Tak apelah.
Kalau korang belum tengok, tengoklah kalau ade masa nanti. Aku tak gheti nak bagi bintang² kat citer yang aku tengok nih. Nanti sapa² yang dah tengok tu, korang klasifikasikan jelah sendiri ye. Hari ni aku telah memaksa supaya Gadis Itu rela untuk ikut aku dan temankan aku tengok citer tu kat wayang. Heh, kejam kah aku? Tidak rasanya..hehe..
Lepas tengok citer tu, otak aku ligat berfikir. Kalaulah aku mempunyai kuasa atau kebolehan teleport macam tu, tak perlu aku naik bas ke Langkawi kan. Mungkin aku dah tak perlu menggunakan Ikan lagi. Huh, macam². Aku harapkan weekend ni akan jadi satu weekend yang menarik untuk aku. Mari kita enjooooyy….









Affuan berkata,
Februari 15, 2008 @ 7:47 pm
aku suka teleport ke bilik mandi kaum hawa. boleh? ehehe. gatal.
cikf=) berkata,
Februari 15, 2008 @ 8:47 pm
owh..patutla….
ixora berkata,
Februari 15, 2008 @ 11:19 pm
Enjoy ur trip! =)
aqma berkata,
Februari 16, 2008 @ 1:52 am
selamat berenjoy di sana..sy pn akan ber’enjoy’ nx week n 2 weeks later.wa…….
HE berkata,
Februari 16, 2008 @ 9:23 am
akupun nak superpower telephaty…
anakkawi berkata,
Februari 17, 2008 @ 1:43 am
ahahah… g dating upanyer….
pandagumuk berkata,
Februari 17, 2008 @ 10:01 am
oittt.nak chocssss.
wandai berkata,
Februari 17, 2008 @ 1:40 pm
hahaaa
tengok gak cerita jumpers semalam, menarik sey~
KNizam berkata,
Februari 17, 2008 @ 4:18 pm
aku pun nak tengok gak la jumper kalo camni. heheheheeh
aremierulez berkata,
Februari 17, 2008 @ 6:29 pm
ho…
aku pun mau tgk jumper gak..
Mr Ah Fa berkata,
Februari 18, 2008 @ 12:36 am
Superpower yang aku nak ialah…?
Berfikiran jauh ke depan?
medcham berkata,
Februari 18, 2008 @ 10:17 am
i’m back..
haha..
Jumper memang best. ada ala² Nightcrawler citer X-Men tu.. cuma hencem skit la dari Kurt Wagner tu..
buzzybug berkata,
Februari 18, 2008 @ 12:15 pm
jumper tu citer menda? x penah dgr iklan pun pasal cite tu.. huhu
ImamKhalid berkata,
Februari 18, 2008 @ 5:04 pm
Cambest jer citer tu… Aku nak gi tengok gak ah. Tapi kat Tganu ni mana aku nak cari pawagam?
P/s: Siap sedialah ko menanti hari esok, di mana satu bencana
alamblog akan tiba!aremierulez berkata,
Februari 18, 2008 @ 8:38 pm
kalau ada power jumper, senang aku nak memenuhi impian aku…mengelilingi dunia..
ImamKhalid berkata,
Februari 19, 2008 @ 8:30 am
You’ve been tagged!
http://soleh.net/2008/02/19/dalam-kesibukan-kuturutkan-jua/
zuriaf berkata,
Februari 19, 2008 @ 8:31 am
Affuan : boleh je..tapi jangan lupa ajak aku skali ye…
Cikf=) : sorilah pasal pemberitahuan petang tu ye…tak dapat nak handle..hehe..
ixora : memang enjoy beb!!
aqma : kita akan berenjoy bersama² nanti..yeay…
HE : kalau macam tu kau kene duduk atas kerusi roda macam Professor X la kot…
anakkawi : sambil²..hehe…
pandagumuk : mehla datang jumpa aku dulu…aku bagi..hahaha…
wandai : kan aku dah kata..memang menarik..huhu..
KNizam & aremierulez : jangan tak tengok!!
Mr Ah Fa : err, boleh…kau kene jadi seorang pemikir dulu la kalau camtu..hehe
medcham : weii, brapa lama dah kau tak tengok wayang ar..?? BTW, Liverpool kalah..kat home lak tu..hahaha…
buzzybug : citer pasal lompat² dari paris ke mesir..pastu lompat balik US..pastu kalau bosan, lompat lak gi Jepun…hehe..pegilah tengok..best!!
ImamKhalid : ala, beli je DVD..janji kau layan citer ni…
aremierulez : kau nak bawak sapa nanti..?? maria tu ke..?? hahaha…
Soleh.Net » Dalam kesibukan, kuturutkan jua… berkata,
Februari 19, 2008 @ 12:48 pm
[...] zuriaF <– cancel, banyak tag lama yang ko belum buat; dan [...]
starwalker berkata,
Februari 20, 2008 @ 6:15 pm
haha citer jumpe tu cam tergantung sikit. pastu cite dia pendek sgt…
zuriaf berkata,
Februari 20, 2008 @ 7:30 pm
starwalker : butul tu…
kipp berkata,
Februari 21, 2008 @ 2:11 pm
Syok aaa jalan-jalan… mesti best.
sebagai kerja rumah, aku dah tag ko. hehehe. sila jenguk di:
http://kipp3k.wordpress.com/2008/02/21/aku-kena-tag-8-random-facts-about-me/
jawab ye.. tapi kalo dah kena, tak payah la jawab lagi.