Lebih 50% Rasenya
March 1, 2008
Yeah, aku dah balik darip trip. Giler lama. 4 hari tu. Gerak Selasa pagi, balik sini lak Sabtu pagi² buta. Pukul 2 pagi la kot kalau aku tak mamai masa tuh. Antara tempat yang dilawati atau dijejaki oleh aku dan kawan² sekelas aku adalah, Jabatan Perhutanan Selangor atau lebih tepatnya kat Hutan Lipur Sungai Tekala. Tempat yang kedua adalah kat Jabatan Perikanan Malaysia kat Putrajaya. Lepas tu gi tengok kolam penternakan ikan kat Rawang lak.
Tempat ketiga yang terdapat dalam trip ni adalah kat MARDI Cameron Highland. Kat situ dapat gakla layan strawberi. Kat sumer tempat ni ade dengar taklimat dan lawatan site skali. Cuma ade satu tempat je yang dapat dengar taklimat iaitu tempat yang last skali. Taklimat tu dibuat kat satu hotel kat Cameron Highland tu.
Tapi aku rasa malas la nak tulis panjang² pasal trip tu kat sini. Aku semacam takde mood. Ah, lantakla. Biarkan aku macam ni.
Lagipun aku kene hantar laporan lak pasal trip nih. Baik aku tulis laporan tu daripada aku tulis kat sini kan. 1st thing 1st. Baru tadi aku transfer gambar daripada kamera aku ke komputer super aku. Dan baru aku perasan yang lebih 50%daripada gambar dalam dalam kamera aku tu mengandungi gambar Gadis Itu. Err, gambar aku dan dia adelah jugak..hehe.. Banyak mana tu, tak pasti lak kan.
Arghh, assignment berlambak lagi. Tak disiapkan lagi. Okeyla, aku mau cau dulu.




March 1, 2008 at 7:06 pm
strawberi untuk saye xde ker????
March 2, 2008 at 12:47 am
ahaha…
dia sudah angau nih.
March 2, 2008 at 3:15 am
cikf=) : strawberi hanya sedap dimakan ketika di sana aje..kalau dah bawak turun, akan jadi mengecut dan tak sedap…kawan² saya dah ramai yang kerugian..
anakawi : heh, angau sket la kot…
March 2, 2008 at 7:19 am
me teringat budak pompuan yg sesat dalam hutan pahang minggu lepas.. expedisi itteww..
March 2, 2008 at 10:39 am
err..entri ni ade kaitan ke dengan budak pompuan tu sampaikan boleh teringat lak..?? huhu…
March 2, 2008 at 5:11 pm
weh, gila banyak tag. haha.
March 2, 2008 at 6:59 pm
seronok kau ye…
asik trip je…
March 2, 2008 at 11:33 pm
Affuan : tak banyak pun..cuma panjang je…
aremierulez : heh, dah tuntutan akademik..terpaksa aku turutkan…hahaha…
March 3, 2008 at 12:36 am
sah anda sudah angau..hihi..gamba trip xde ke bro,ltk la satu dua
March 3, 2008 at 10:01 am
amik course pertanian/perikanan/perhutanan ke kat U? suma tmpt2 pertanian/perikanan/perhutanan tuh… hehe…
March 3, 2008 at 10:36 am
nUUr : nak ke gambar trip..orait, nanti aku letak la…
buzzybug : saya amek kursus pengurusan harta tanah..tau tak apa tu..??
March 3, 2008 at 10:48 am
errr.. x tau la apa benda tuh…
March 3, 2008 at 6:11 pm
takmo ltk gambar die tu ke? hehehe..
March 3, 2008 at 8:04 pm
buzzybug : kalau tak tau takpelah…memang ramai yang tak tau pun sebenarnya…
idawanie : yelah²..saya letakla kak…
March 3, 2008 at 8:36 pm
mana tag yg aku bagi hari tuh.. hehe..
March 3, 2008 at 8:46 pm
saya terbang sini smlm tapi malas nk komen pasal awak tak letak gambar gadis itu. huhuhu =p
March 3, 2008 at 10:10 pm
apis17 : aku ade penyakit alergik nak buat tag..tak caya cuba tanya si ixora nih…
ixora : apsal sumer nak tengok gambar saya dengan gadis itu neh..!!
March 3, 2008 at 11:46 pm
haha.. marah ke? dah awak mentioned pasal dia.. mesti la nak tengok gambar dia. yelaa.. yelaa.. tanak tengok la. tak kisah sangat pn.. =)
March 4, 2008 at 5:55 pm
amboi 50% gamba ngan die je yek… bile nak tayang gamba?
March 4, 2008 at 7:43 pm
yelah²..saya letak la nanti…