Calon Atau Parti?

Yosh, besok dah hari mengundi. Hari untuk menentukan masa depan pemerintahan negara. Sesiapa yang dah daftar, layak la mengundi. Aku? Aku dah daftar dah pun. Lama dulu lagi. Jadi petang ni aku akan balik. Balik untuk mengundi. Yeah…

Sapa yang aku undi? Hei, undi adalah rahsia kan..hahaha.. Lagipun seingat aku, aku tak pernah citer pasal politik kat blog aku nih. Aku tak berminat nak citer pasal tu pun, cuma untuk kali ni, citer sket jelah. Tak banyak pun. Bagi aku politik ni banyak tipu muslihat. Tak sesuai untuk orang macam aku. Oleh sebab itu, aku taknak la citer yang bukan² mengenai politik apatah lagi pilihanraya ni. Takut nanti cerita aku disalah anggap dan condong kepada satu² pihak.

Kalau nak cerita pasal pilihanraya ni, ikut dalam senarai daftar hari tu yang aku semak kat laman web SPR, aku akan mengundi di DUN Paroi. Sapa calon yang bertandingnya pun aku tak tau. Yang aku tau adalah orang Melayu jugaklah. Takpelah, nanti balik ni sempat agaknya aku nak ushar² calon²nye kot. Eh, korang tau ke sapa yang bertanding DUN Paroi tu? Tak tau gak kan..hahaha.. Tapi kalau kawasan Parlimen plak, aku akan mengundi untuk Parlimen Rembau. Aku rasa tak perlu la aku bagitau sapa yang bertanding kat Parlimen ni. Dah panas citer ni masa hari penamaan calon dulu. Jadi tak perlu nak disensasikan di sini lagi rasanya.

Hmmm…apa yang dilihat pada seseorang untuk memangkah semasa pilihanraya eh? Calon ataupun Parti yang bertanding…??

11 Respons sehingga kini »

  1. 1

    buzzybug berkata,

    Mac 7, 2008 @ 10:38 am

    hmm… saya pun buh entri pasai undi2 ni.. haha.. selamat mengundi…
    Bagi aku politik ni banyak tipu muslihat.
    betul!!! saya sokong 100%!!

  2. 2

    ixora berkata,

    Mac 7, 2008 @ 1:51 pm

    hmm.. saya pn tak minat nk tulis pasal politik ni kt blog. takut nnt disalah tafsir plak. dah la saya ni taktau mendalam sgt pasal politik. so,better keep quiet la,kn? :)

    kalau saya, saya akan lihat pada calon dan bukan pada parti. kalau calon tu layak utk diundi, maka saya akan undi. (oh,okay! saya tak daftar pn.. ni cuma pendapat peribadi saya). saya akan lihat dulu utk PRU kali ni.. next PRU mgkn dah ada skit panduan utk saya daftar & sekaligus mengundi.

  3. 3

    zuriaf berkata,

    Mac 7, 2008 @ 2:59 pm

    buzzybug : haha..skang ni saya dah ade penyokong nampaknya…err, ade sapa² nak jadi pencadang untuk saya tak..??hahaha…

    ixora : yup, better senyap je..owh..tengok kepada calon ye..laaa, awat hang tak daftar lagi cik kak oi..hehe :D

  4. 4

    affuan berkata,

    Mac 7, 2008 @ 3:54 pm

    Tegakkan pendirian sebab mereka yang korang pangkah itulah yang bakal mewakili korang untuk kesejahteraan bersama ATAU mencilok wang ihsan yang kerajaan pusat bagi macam Patrick Badawi buat di Terengganu. Muahahaha.

  5. 5

    ixora berkata,

    Mac 7, 2008 @ 4:30 pm

    saya kan baru lapanblas.. manableh ngundi lagi. kuikuikui.

  6. 6

    geneticthylon berkata,

    Mac 8, 2008 @ 5:05 pm

    politik buat aku mengantuk…. tapi undi jugak lah … yang penting calon tu buat lah kerja… jangan kerja membuta aje kat opis tu… hahaha

  7. 7

    cikf=) berkata,

    Mac 8, 2008 @ 6:42 pm

    haha…xsangke cik iXora bawah umur lagi…wajib dibulu ni…erk…

    saye dh mengundi…hahaha

  8. 8

    cikf=) berkata,

    Mac 8, 2008 @ 6:43 pm

    *dibuli…hihi…pembetulan~

  9. 9

    en_me berkata,

    Mac 9, 2008 @ 4:53 pm

    tahniah pd pembangkang yg menang .. walopun kerajaan yg memerintah itu masih menang dgn majoriti mudah katernyer.. peace bro!

  10. 10

    Pembebel berkata,

    Mac 9, 2008 @ 6:47 pm

    18 ye. Jadik bini aku nak Ixora? Hahaha.

  11. 11

    zuriaf berkata,

    Mac 9, 2008 @ 8:41 pm

    huwaahhh…aku dah mengundi.. :D

RSS Komen · URI Trackback

Katakan