Pening

Heh, PRU 12 dah pun abes. Alhamdulillah, takde apa² masalah kat tempat aku masa aku nak mengundi tu. Dah lak bangun lambat hari ngundi tu. Dekat² tengahari panas terik baru aku pegi memangkah. Jangan tanya aku pangkah sapa ye. Undi adalah rahsia. Saluran mengundi aku tu macam tak ramai orang je aku nengok. Mungkin itu adalah saluran mengundi untuk pengundi kali pertama macam aku ni. Yeah, aku baru kali pertama mengundi.

Dan sekarang ni keputusan pilihanraya dah diketahui pun. Bagi BN, boleh dianggap satu keputusan yang upset tapi bagi Parti Pembangkang, keputusan ni adalah satu kejayaan. Bagi aku….entahlah. Aku tak dapat nak rasa apa² perubahan yang ketara lagi buat masa ni. Mungkin aku tidak alert atau aku sengaja untuk tidak bertindak demikian. Biarlah…

Daripada aku fikirkan masalah negara dan orang² yang menang dan kalah dalam PRU tu, baik aku pikir pasal assignment aku yang belum siap² lagi. Huh, pening aku bila aku dengar ade 3 tugasan nak dihantar hujung bulan ni. Dah lak tak sampai 2 minggu lagi ade Pesta Konvokesyen UTM. Heh, aku jadi AJK untuk Pesta Konvo kali ni. Semester lepas aku yang berkonvo, tapi kali ni aku plak yang berpesta..hahaha..

Camne aku nak siapkan tugasan nih..!! Pening beb..!!

14 Respons sehingga kini »

  1. 1

    apis17 berkata,

    Mac 9, 2008 @ 9:17 pm

    theme ni banyak warna hijau sama ngan suasana kat kelantan sekarang ni.. warna hijau, terang benderang kena suluh dek bulan.. :)

    p:s/ sememangnya undi adalah rahsia giteww..

  2. 2

    ixora berkata,

    Mac 9, 2008 @ 10:16 pm

    betul.. betul.. baik pikir pasal assignment dr pikir masalah negara. saya pn pening ngn assignment saya ni.. tajuk pn tak pikir lg. huuu.. pening!

  3. 3

    cikf=) berkata,

    Mac 9, 2008 @ 11:51 pm

    erk…saye dapt MB baru~

  4. 4

    buzzybug berkata,

    Mac 10, 2008 @ 8:35 am

    hopefully sapa2 yg menang tuh, akan dpt menunaikan segala manifesto diorg… huhu…

    just pray for the best utk the nation… yeahaa…

  5. 5

    Pembebel berkata,

    Mac 10, 2008 @ 9:47 am

    Aku harap pembangkang tak lupa janji2 yang mereka buat dulu, tidak seperti pemimpin2 BN yang menipu rakyat, dulu, kini dan selamanya. Haha.

  6. 6

    aria ayumi berkata,

    Mac 10, 2008 @ 11:04 am

    huhu. pilihanraya kali ni tak tau nape ase cam best je nak amek tahu. slalu kite malas nak amek tahu psl politik. utk kali ni, interested lak :P

  7. 7

    zuriaf berkata,

    Mac 10, 2008 @ 11:10 am

    apis17 : aku dah lama guna theme ni..hahaha…cuma kalernya kurang gelap sket daripada yang kat kelantan tuh..

    ixora : butul tu..manyak butul..kita sebagai student harus memikirkan assignment yang belum dimulakan lagi tu..hahaha…

    cikf=) : saya dapat ahli parlimen baru..hahahaha…

    buzzybug : butul tu..jangan hanya janji² manis je…

    Pembebel : aku pun harap macam tu..tapi nama aku tak jumpa nama PEMBEBEL dalam senarai calon yang bertanding ar..??

    aria ayumi : heh, PRU kali ni adelah yang paling menrik dalam sejarah..jadi sila la amek tau walaupun sket..hehe..

  8. 8

    Bayan berkata,

    Mac 10, 2008 @ 4:37 pm

    hahahha, tanpa encik sedari, assignment yang banyak tu adalah hasil sistem politik mereka. Buat assignment dalam keadaan tidak begitu rela. Kelam kabut. Sistem yang patut diubah. Beri kebebasan kepada pelajar. bukan sistem exam-oriented yang memualkan.

  9. 9

    zuriaf berkata,

    Mac 10, 2008 @ 6:07 pm

    yaaa…betul tu cik bayan…sistem seperti ini patut diubah…sokong !!

  10. 10

    aremierulez berkata,

    Mac 11, 2008 @ 2:48 am

    sebenarnya keputusan pru tu dah pun di agak oleh penganalisa politik….cuma aku tak percaya dgn analisa tu…tapi tak sangka jadi kenyataan…

  11. 11

    aishah berkata,

    Mac 11, 2008 @ 4:19 pm

    aku pun berharap semoga manfesto yang dijanjikan akan dapat ditunaikan dengan baik…janganlah lagi rakyat rasa tertipu… :)

  12. 12

    zuriaf berkata,

    Mac 11, 2008 @ 7:34 pm

    aremierulez : yeah…kau memang tak boleh jadi penganalisa rasanya..hahaha..

    aishah : harapnya macam tu la…

  13. 13

    bulus berkata,

    Mac 12, 2008 @ 11:49 am

    abg zuriaf
    nampaknya byk player Chelsea mungkin akan dijual summer nnt
    hohohohoho
    drogba, lampard, makelele[retired], belleti, malouda, pizzaro, sidwell, shevchenko, cudicini, ben haim…
    wah! gile lah!

    oh ya
    draw untuk quarter final CL jumaat ni
    maybe ade club EPL yg akan bertemu
    so, best team win!

  14. 14

    zuriaf berkata,

    Mac 12, 2008 @ 6:44 pm

    hahaha…memang aku ade dengar itu kabar manyak player akan dijual…tapi aku harap akan ade player yang mantap akan masuk gak..

    aku harap tak jumpa liverpool lagi..serik dah..badi!!!

RSS Komen · URI Trackback

Katakan