Hiyahh.. Keputusan SPM baru je kuar hari. Tapi disebabkan aku takde sedara mara atau pun kawan² yang mendapat result tu baru² ni, jadi aku jadi kurang alert la. Aku pun tak hengat dah sapa nama budak yang dapat 21A tu. Giler ke belajar banyak² subjek ni! Tapi aku tabik la yang dia mampu dapat A banyak tu. Aku dulu pun ciput je A yang dapat. Tu pun mak bapak aku dah bising dah..hahaha..

Ok²..aku bukan nak merepek pasal tu kali ni. Kali ni aku nak citer pasal KURSUS PENGURUSAN HARTA TANAH. Korang tau tak apa kejadahnya bende tu? Tak tau takpe, meh aku terangkan sket. Haa, mana² adik² yang nak amek course ni masa nak isi borang UPU tu boleh la tengok sini apa sebenarnya kursus ni. Aku dulu pun tau sket² je. Tapi skang ni dah 4 tahun aku bergelumang dengan course ni, boleh la gak aku citer sket². At least orang lain pun boleh dapat manfaat jugak kan.

Okey, aku mulakan ye…

Kursus Pengurusan Harta Tanah ni atau nama omputihnya Property Management a.k.a Real Estate Management adalah satu kursus yang lebih ke arah sains. Maknanya kalau kalau budak² skolah yang beraliran sastera tu memang sesuai la amek course ni. Budak² akaun pun boleh jugak. Tapi kalau budak² sains teknikal atau pun sains tulen ngada² nak amek course ni, silakan la.

Secara umumnya, course ni adalah berkaitan dengan harta tanah. Apa bende harta tanah tu? Harta tanah tu adalah bangunan, tanah kosong, premis perniagaan dan yang seumpama dengannya. Apa kaitannya dengan course ni plak kan? Pasti korang tertanya². Biar aku tambah sket. Dalam course ni ade 3 cabang utama pekerjaan. Yang pertama adalah korang boleh bekerja sebagai seorang PENILAI yang mana akan menilai harta² tanah berkenaan. Untuk yang ini kiranya korang akan menentukan berapakah nilainya sesebuah rumah ke, nilai sesebuah kedai ke, dan macam² bentuk harta tanah lagi la. Itu secara kasar penerangan pasal bentuk pekerjaan yang boleh orang yang berada dalam course ni untuk terlibat. Ringkas je penerangan untuk bahagian yang tu. Boleh je kalau nak aku terangkan panjang². Nanti takut korang dengan aku² skali tak faham lak kan..hahaha..

Okey, cabang pekerjaan yang kedua adalah sebagai seorang EJEN HARTA TANAH. Atau dalam bahasa orang kampungnya adalah sebagai broker tanah. Yang ni lebih kepada bisnes sendiri. Korang carik sesapa yang sewakan rumah dieorang atau pun jual, pastu korang carikla sapa² yang nak menyewa atau pun membelinya. Kiranya korang macam menjadi orang tengah jelah. Pendapatan yang korang dapat adalah melalui komisyen jualan. Kerja yang macam ni pun boleh untung gak la asalkan korang rajin je carik lobang. Aku rasa yang ni tak perlu la aku terangkan panjang lebar kan. Senang je kot sapa² yang tak paham pasal course ni nak pahamkan aku ghase la.

Dua² bentuk pekerjaan ni aku dah rasa masa aku praktikal masa semester akhir diploma dulu. Err, tak perlu la aku rasa aku citerkan pengalaman aku praktikal macam mana kan. Panjang lak entri ni nanti. Okey, kita beralih kepada cabang pekerjaan yang ketiga iaitu sebagai seorang PENGURUS HARTA. Yang ni lebih kepada pengurusan sesebuah bangunan yang besar macam shopping kompleks dan lot² pejabat (contohnya KLCC). Ala, bangunan yang macam besar² la senang citer. Haa, orang yang macam ni la yang menguruskan maintanance, pembaikan, dan segala macam yang berkaitannya la. Bukan dia yang buat keje tu sumer, tapi orang tu yang menguruskan. Ade paham?? Hehe..

Errm, aku rasa penerangan pasal bidang pekerjaan cukup setakat itu je. Sebenarnya ade banyak lagi contoh² pekerjaan yang orang dalam course aku ni masuk. Tapi aku cuma citer yang primary jelah ye. Kalau ikutkan, dengan bank pun course aku ni diperlukan. Dengan pemaju perumahan pun boleh masuk jugak. Macam² lagi la. Orait, aku citer sket pasal pembelajarannya ye.

Kalau kat peringkat diploma (based on pengalaman aku la), pembelajarannya adalah lebih mudah sket. Aku dulu diajar basic pasal pengiraan untuk menilai harta tanah sampailah buat laporan penilaian. Yang lain plak, aku ade belajar gak pasal pengurusan harta tanah dan jugak pasal ejen harta tanah ni. Yang aku tak suka adalah belajar pasal akaun. Huh, tak suka betul aku. Camne eh aku nak terangkan pasal pembelajaran nih? Aku pun dah pening dah macam mana aku nak terangkan dalam bentuk penulisan neh. Okeylah, kalau nak dibandingkan dengan degree plak, aku lebih kepada analisis dan market study dan jugak pengiraan yang lebih kompleks. Kompleks macam mana tu? Aku bagi satu contoh la. Aku kene nilai satu kawasan hutan!! Haa, mencabar tak tuh?? Aku rasa cukup mencabar beb. Yelah, aku sukakan cabaran yang macam ni. Tapi kadang² jelah.

Tapi enjoyla. Walaupun aku tak paham apa yang aku belajar sebenarnya, tapi aku tau la sket² prospek kerja bagi sapa² yang amek course ni. Kalau korang amek course ni dan mendapat salah satu kerja yang aku tulis kat atas tuh, korang memang akan berurusan dengan orang. Aku memang suka kerja yang berurusan dengan orang. Barulah rasa macam nikmat kerja sket. Bukanlah setakat duduk terperap dalam ofis dan buat report je.

Sedikit maklumat tambahan sket, kursus ni hanya ade kat UTM & UiTM untuk diploma dan ijazah. Kalau kat UM plak, hanya ade untuk ijazah je. Kat UTHM plak aku rasa ade ijazah je. Kalau sapa² yang rasa nak amek kurusu ni, pikirla masak² dulu macam korang nak kawen gakla. Sebabnya apa yang korang pilih akan menentukan masa depan korang. Heh, dah macam Ahmad Fadzli Yusof lak aku ni..hehe..

Oh, aku rasa cukuplah sampai kat sini dulu penerangan aku pasal course ni ye. Aku harapkan dengan penerangan aku yang seberapa ni akan membuka mata dan minda korang pasal Kursus Pengurusan Harta Tanah ni. Mau tanya? Boleh je. Tapi kalau bab² gaji tu yang korang nak tau, aku malas nak citer. Tapi kalau berkaitan prospek, akademik course ni dan yang releven, aku boleh jawabkan. Korang just letak je soalan² korang kat ruangan komen. Tapi biarlah pertanyaan korang tu berkaitan course ni. Kalau course lain, malas la aku nak jawab.

p/s : aku dah pakai header baru..hehe :D trimas kepada kakak “tak berdaftar” aku..hehe..

141 Responses to “Kursus Pengurusan Harta Tanah”

  1. narcissuslover Says:

    fuh! trimas… Ok.. menarik jugak..!! *sigh*
    no more question! :)

    p/s: sepatutnyer kna ada website yg terangkan all courses kat IPTA ni ler..
    blaja apa, prospek keja.. baru arr xder yg lost!

  2. AyUmi Says:

    keje valuer gaji tinggi. wow! jangan lupe be-lan-ja~

    • layman Says:

      ye gaji valuer (baca : registered valuer) mmg tinggi…
      gaji kuli yg keje dgn valuer biasanya x tinggi…

  3. zuriaf Says:

    narcissuslover : heh, kalau ade soklan nanti², tanyala ye..ermm, rasanya susah jugak kot nak setup website yang ade sumer course tu..aku pun rasa macam banyak giler course yang ade kat mesia ni…

    AyUmi : buleehh..marilah mai carik saya bila saya dah jadi resgitered valuer ye..hehe…

  4. ixora Says:

    oh,panjangnya.. sy skip dulu utk kali ni. kang tenet ni mengong blk, takut tak sempat drop komen. kui kui kui.

  5. ixora Says:

    hah,kali ni header kat atas tu mmg lawa. no komen dr saya. hehe

  6. aria ayumi Says:

    huhu. thanks 4 the info ye ;)

    err… tak tau le camne bebudak skang ni bleh kumpul A bebanyak… kite dulu pun A ciput jer… hihi

  7. zuriaf Says:

    ixora : eh, takkan takde apa nak komen kot…hahaha…

    aria ayumi : saya pun ciput gak…hahaha..budak² skang ni banyak makan vitamin kot…

  8. nurul Says:

    org dpt twrn kos ni..
    nk tnya peluang pekerjaan bagi kos ni byk tak..?
    sng tak nak bwak..
    akun kene terror ke..
    actually org ni dak sn tulen..
    tp dpt twran kos ni lak..
    konpius nak amek..

  9. zuriaf Says:

    Nurul : peluang pekerjaan untuk course ni memang banyak. sebab ade banyak cabang sebenarnya. dari segi senang atau tak, bagi aku agak senang kalau nak dibandingkan dengan kursus pengurusan yang lain kot. lagipun dalam sesi pembelajran kita takkan hanya duduk belajar dalam kelas je..ade banyak keje luar yang seronok kalau kita suka. akaun? tak semestinya sebab kalau dah ade basic matematik yang bagus, itu dah okey. konfius ke? buatlah solat istikharah.

    err, dapat U mana? UiTM ke UTM?

  10. nurul Says:

    owh camtu ker..
    k lar org pn dah decide nak amek jer kos ni..
    agi pn klo masuk matrik subjek sn tak bape terror..
    nak2 xleh bwak susah lak..
    erm dpt twran kat utm..

  11. zuriaf Says:

    Nurul : ok, gud luck la wahai super junior aku..hahahaha…kem salam kat lecterur² kat sana ye…

  12. nurul Says:

    huhu
    insya’allah..

  13. yati Says:

    memandangkan saudara ni bergelumang dengan bidang pengurusan harta tanah, sAya ada satu soalan…sekiranya seseorg tu banyak harta contohnya, ada byk rumah, tanah kosong or lain2, mcamene nak uruskan sendiri dengan baik? ada strategi2 yang boleh dijadikn panduan?arap dapat bantu saya

  14. zuriaf Says:

    yati : okey, saya cuba bantu ye..err, kalau nak lebih memudahkan, seorang pengurus harta boleh dilantik untuk bekerja dengan kita bagi menguruskan harta² tu (rumah, tanah kosong & lain²). tapi sekiranya kita sendiri nak uruskannya, kita kene ambik kisah pasal cukai² pintu & maintanance setiap harta tanah tu. sebenarnya tak perlu panduan pengurusan sangat sekiranya tanah tu adelah tanah kosong, cuma perlu tau prospek masa depan tanah tu je.

    err, rumah tu pun kosong gak ke? tiba² rasa cam jawab exam lak..hehe :)

  15. yati Says:

    tq atas jwpn yg diberikan..rumah tak kosong, ada bbrape disewakan dgn org lain..hmm, nak tny lg,hehe…klu nak tentukan prospek ms depan tanah tu mcmane yerk?maksudnye dari segi ape?sori klu soaln ni agk membebankan..sbnrnya saye kene bantu ank kpd bos saye utk lontarkan idea bagaimana nak uruskan harta persendiriannya dgn baik sbg panduan dia utk ms depan memandangkan dia skrg msh dlm pengajian…:)

  16. zuriaf Says:

    prospek tu maksudnya setinggi mana harga rumah tu akan naik untuk satu tempoh jangka masa panjang, 10 tahun ke, 20 tahun ke…kalau tanah kosong pun macam tu gak..tapi kene tengok jenis kegunaan tanah tu sama ada tanah untuk apa..pertanian ke, perdagangan ke, mix development ke…kalau macam rumah tu disewakan, pun kene tengok sewa pasaran kat area tu macam mana, berapa…baru dapat jana keuntungan maksimum daripada penyewaan je..kalau rajin baca laporan tahunan yang dikeluarkan oleh INSPEN, boleh la tau trend prospek tanah kat satu² area tu…

  17. yati Says:

    thanks a lot! anyway, saudara ni graduate dr ipt mane? klu tak silap sy, saudara xde nyatakan diatas

  18. zuriaf Says:

    yati : UTM KL…diploma…tapi skang ni sedang continue lagi dalam degree untuk course yang sama…

  19. yati Says:

    further study utk degree katne plak? utm skudai ke?

  20. ennaii Says:

    encik peruz..saye nk tnye soklan..hehhe..saje jer nk mnyebok =)

    perghh..caya lah ko peruz..siap ade sesi soal jwb psl kos kite nih.. hahhaha..terharu lak ak..ade gak yg minat..

    teruskn usaha ko jwb soklan2 yg d tnye tu..bagos2.. tetibe lak rase bangga ngn ko..hik3~

  21. zuriaf Says:

    ennaii : ceh..ade je kau kat sini….kau bangga dengan aku? sememangnya kau perlu merasa bangga pun…hahahaha…

  22. zuriaf Says:

    yati : yuppp…

  23. lola Says:

    you’r right narcissuslover.
    im still lost until i found this course.
    hope this course for the last one and this is my last chance.
    hope so.huh
    kat utm kl ad ke fairuz?
    knape la ak bru tahu.
    huuu

  24. zuriaf Says:

    lola : lost? hahaha…kat UTMKL memang ade pun…mungkin sebab kurang link dengan sana tu pasal tak tau sangat agaknya…

  25. yati Says:

    sekrg cuti sem kan? wtpe je? tak keje part time?

  26. zuriaf Says:

    yati : err, skang ni kat U..ade gerak kerja program…

  27. yati Says:

    ooo…kire aktif ye awak ni kat U..bgs2..

  28. zuriaf Says:

    err..tak sangat..cuma join program yang minat je…

  29. yati Says:

    program ape yg diminati tu?hehe mcm2 sy tny yerk

  30. zuriaf Says:

    yati : hehe…err, program macam karnival sket la…

  31. izam79 Says:

    kalau kau jadi broker tanah dh tentu ramai org cari kau nak suruh beli ngan jual tanah..heheh..

  32. zuriaf Says:

    izam : haha..lebih kurang macam tu la..

  33. izam79 Says:

    siot tul nnt mesti dia org paling kaya kat malaysia ni..
    tokei gula..babai la..tokei tanah yang naik pulak..heheheh

  34. zuriaf Says:

    izam : hahaha…

  35. izam79 Says:

    errr kau tak nak ker jadi tokei tanah macam dia ni ker..kaya wooooooo.hehehhehe

  36. deqna Says:

    salam…
    nk tny sket psl course ni,,
    coz i dpt cos ni kat utmkl
    mcm mne ek cra pmbelajarannye..
    byk kre2 or bce2 or hafal-mghafal..
    i nga wat survey psl cos ni..
    sbb i nk plih nk g utm or poly..
    kat poly i dpt ukur bahan…
    kalo ukur bahan ni i da phm sket2
    sbb dlu kat skewl i ade blaja ukur bahan sket2..
    mse kat skewl dlu i amik cos civil engineering….
    hope u dpt trgkan lbh mndlm lg kat i
    kalo bleh a.s.ap
    sbb i da xtau nk korek kat mne lg psl pengurusan harta tanah ni…

  37. deqna Says:

    kalo bleh send kat email i k
    huhu

  38. zuriaf Says:

    deqna : okeh..nanti ade masa saya email awak ye…

  39. rai Says:

    salam..

    saye ni agak conpius a jgak pasal coz ni.
    so boley x cite skit antare2 subjek di ajar?
    biasenye coz degree harta tnh ni kt mane? skudai or kl?

  40. yaya Says:

    adik saya dapat kos ni..
    tapi tadi dia ngamuk plak x nakk..
    geram nye ngan dia ni..
    x pandai bersyukur..
    da la dpt um..
    rase cam nak sepak2 je dia!!

  41. zuriaf Says:

    rai : konpius ke? takpe..nanti ade masa saya buat lagi satu entri pasal ni ye..err..degree kat skudai dik..

    yaya : hahaha..UM eh..though tu kalau kat sana…

  42. yati Says:

    fuyoo…dah jd mcm consultant pun ade awk ni yerk..bgs2..bantu2la adik2 yg kompius yg dpt kos pengurusan harta..:)

  43. zuriaf Says:

    yati : err…takdelah..saya cuma berkongsi maklumat yang saya tau je..nak buat apa simpan bende macam ni bila orang tanya dan kita buat² tak tau kan…

  44. alan Says:

    Um ok ape..bersyukur la drp beratus ribu org x dpt masok u..

  45. yati Says:

    en fairuz, kos ni sesuai utk llk or pempuan yerk?

  46. zuriaf Says:

    yati : errmmm..sebenarnya dua² sesuai. kalau dalam bidang penilaian harta tanah, lelaki lebih diperlukan berbanding perempuan. itu disebabkan kehendak kerja yang agak mencabar. kalau dalam bidang pengurusan fasiliti atau harta tanah, dua² (lelaki & perempuan) sama je.

  47. aan Says:

    salam..sori mencelah skit..
    kat UTHM ade ijazah, master ngn phd..
    sbb aku blajar kat UTHM n skrg keje kat cni..
    actually peluang keje byk gak..cume kene pandai pilih ar..
    mengikut pengalaman aku..
    membe2 yg keje valuers ramai benti (pompaun le..)
    sbb x tahan kejenye yg mmg sgt though..
    gaji ok la..paling tinggi aku dgr RM1,500 (ikut gaji membe2 aku la)
    tp bg yg keje jd property officer/under property management firm..
    orait gak..kejenye ssh gak la..(mane ade keje yg sng)..
    kalo keje yg paling byk duit of course le ejen harta tanah..
    sbb dpt komisen..huhuhu..
    tp jd lecturer pun bagus gak..
    bg ilmu tu kat anak2 lain plak..
    anyway..sesape yg dpt course ni balun je..bukan ssh pun blajar..
    kalo ssh nnti korg tnye je le lecturer..
    ngeh3..

  48. zuriaf Says:

    aan : okeh..penerangan kau dah memudahkan pembaca lain..aku rasa la…


  49. hye…urm,,act i intrest ngan cte u,cz i bru jerk abs orentasi kt shahputra
    n i amek property management dip by UTM,so..cn u tell me detail about property management .
    act,,tell u what,i kt cni dh kecut perot nk further course nie tau.cz my uncle said,kos nie adlh strenght kos,,it’s it true???n mcm ne mse u blaja dlu???leh cte pngalaman x???cz i bdk breu nk blaja,n mcm ne ngan u nye assigment???bp page kne what???
    wow…bro,,seram gle before sem start n ngan lect yg srict yg t’amat sgt,,mcm ne pengalaman mse 1st sem???

  50. zuriaf Says:

    republic enemy : err….nak kene citer ke? secara mudahnya, course ni tak susah mana..nak kata strength tu, takde sangat la rasanya..depends on kita jugak sebenarnya..

    pengalaman eh? ade masa nanti, saya tulis dalam satu entri khas eh..tapi tak janji tau..hehe..pasal assignment tu, depends on lecterur..brapa page tu bergantung kepada kreatif kita la..jangan limitkan kreativiti kita kecuali lecterur tu yang melimitkannya..

    ade masa, add la YM saya tu…maybe saya dapat tolong mana yang mampu…

  51. apis Says:

    salam perkenalan dari aku apis……
    aku nak tanya sikit pasal kursus nie..aku nak tanya siket kat sini..subjek apa yang paling tak berguna sekali ketika kita bekerja sebagai property consultan nanti masa diploma nie…..?

  52. zuriaf Says:

    apis : ermmm…1st, subjek² U yang macam titas. pastu subjek² valuation la..sebab valuation dan property tak brapa nak sama dari segi silibus…subjek valuation ni ade banyak dan terdapat di setiap semester…

  53. apis Says:

    aku nak tanyalah pasal masalah aku nie……….
    aku tak minat langsung kat property nie.tu yang pointer aku sederhana je.2.66.sekarang aku dah tahun dua.aku nak tanya kalau aku sambung degree nanti boleh tukar ke kos apa yang paling sesuai dan memang berlainan dengan kos property skang nie……..
    tolong cadangkan orang macam aku nie.nak g kos apa yang terbaik nanti sebab aku ingat memang aku nak tukar kos.tapi masa degreelah..

  54. zuriaf Says:

    apis : kalau 2.66, jangan kata nak tukar course, nak sambung degree pun tak dapat weiii….baik kau tingkatkan pointer kau dulu, baru boleh pikir nak sambung degree..pastu baru pikir course…

  55. zahrah Says:

    salam..
    wa….bagus la blog u ni…
    i frOm ums…ambek cOs psikologi organisasi.nw da mula bzy wat asgmnt & asgmnt i banyak kaitanNya dgn cOs u ni…sO arap2 pa2 soalan nanti u ikhlas jwb k.nw nak survey blOg lu sal broker tanah ni….hehehe=)

  56. zuriaf Says:

    zahrah : errkkk…blog bagus?? haha..thanks ye…ermm..survey eh..okey..papahal, saya try jawab sebaik mungkin nanti… :D

  57. farah Says:

    nk tnye..cmne nk wt report penilaian harta tanah?
    next week nk kne present depan pn.zaharah dlm penilaian statut..
    die suh wt standard report..
    sbnrnye dr sem 1 lg msh xphm kos nie..
    gile kn?
    hehe..

  58. zuriaf Says:

    farah : err…tak penah gi mana² firm penilaian ke? cuba pegi sana, mintak dengan dieorang satu report yang standard punya…

  59. amy Says:

    erm…bez gak citer pasal ni…tapi nak tanya ape beza ejen harta tanah berdaftra ngan ejen biasa jer??

  60. zuriaf Says:

    amy : ejen harta tanah berdaftar adalah orang yang sah di sisi undang² dan berhak mengenakan peratus bayaran yang sepatutnya…

  61. fara Says:

    aku nk tnye stU soklan nie..ape beza antara estate agent dan property management?ape kelebihan dan kelemahan antara dua-dua job nie?

  62. zuriaf Says:

    fara : ermm….estate ejen tu dalam bahasa pasarnya adelah broker tanah..boleh faham? kelebihannya boleh dapat komisyen yang banyak kalau rajin carik klien..property management adelah lebih kepada pengurusan sesebuah harta tanah tu. maknanya lebih terikat kepada kerja² yang berbentuk pejabat dan sumber manusia.

  63. rohani Says:

    Salam,
    Nak tanya saya minat ttg kurusus ini b’mana cara nya saya nak ambik dip dulu lepas tu baru sbg digree. Klu kat johor di UTM mcm mana nak apply? tlg kasi panduan sikit. tq.

  64. zuriaf Says:

    Rohani : salam…errmm..kalau nak amek kursus ni kat IPTA, kene isi borang UPU. kalau amek diploma, kat uitm dan UTM je yang ade..lepas tu kalau nak sambung degree boleh buat kat UTM, Uitm, UM atau UTHM..

    dalam bulan 2 nanti apply la melalui borang UPU ye…kalau nak masuk yang swasta punya, itu kene rujuk kepada ipts tu sendiri la..saya tak tau..

    oh ye, kat UTM Skudai ni hanya ade degree je..diploma kat UTMKL tu…

  65. rohani Says:

    Salam,
    Thanks for your infor god bless you.

  66. ziela Says:

    saye ni pun amik property management gak.. skrg ni nak kne wat asgnmnt.. kne value disco n kilang memproses klape sawet.. ade x sape2 yg ade contoh repot.. plz.. tlg ler..

  67. zuriaf Says:

    ziela : errr, kilang takde, disko lagi la takde….ala, pegi je JPPH carik evidence…lagi senang…banyak sket data..

  68. afzashiea Says:

    just nak tanya..sejauhmane perkembangan prospek pengurusan hartanah di malaysia..i mean mcm peluang pekerjaan ke,n ape2 jela..kalau dulu negara kite masa awl tahun 2000,ramai yg amik IT n bussines..so kos nie mcmane tahap dier kat pasaran…

    sy ada sorg member ms degree dier amik civil then bercadang nak wat master dalam property..ape pandangan saudara..

  69. zuriaf Says:

    afzashiea : bagi saya course ni tetap ade peluang pekerjaan tak kira zaman bila pun. pokoknya orang tu kene pandai carik peluang je. course ni berlainan daripada IT tu sebab IT tu macam musim gak kan. tapi course ni tetap maintain je. errm, kalau nak amek master dalam bidang ni bagus gak. sebab sekiranya seseorang itu nak menjadi property manager dan mempunyai pengetahuan pasal engineering sememangnya adalah satu bonus. tak rugi nak amek master dalam bidang ni.

  70. Hafizi n Sufi sufian Says:

    npe ko x join institut penilaian negara…kt ctu pn bagus gak..
    kos yg ade pengurusan harta tanah n penilaian harta tanah..
    lg hebat..under goverment lg (bawah kementerian kewangan)..
    hah,cbe ko teka,apa fktor2 yg mempengaruhi nilai sesuatu harta tanah..
    jawab jawab,jgn x jawab..
    sng je kan,awk kn dh ambil diploma..
    cepat jawab…(hnya gurauan)

  71. diey_an a.k.a farah Says:

    hua hua hua mcm ku kenal ini mamat…

    hahaha…

    okay ahh leh ganti en fazli yang macho tu

    hehehehe

    :)

  72. diey_an a.k.a farah Says:

    ummm uthm kalau nak sambung ijazah..

    lg jimat tahun..

    cpt grade cpt kawin

    hehehe…

    utm lambat…

    :)

    mari2 dtg uthm..

    pengajaran dlm bm lagi..

    senang skore… senang dpt dekan…

    setiap sem…siyes tak tipu…

    gsc kat sni pon rm5 jer hehehe

  73. zuriaf Says:

    farah diana : ceh…kawen tu takde kene mengena dengan tempoh waktu belajar..masa lepas skolah pun dah boleh kawen..haha

  74. nurul Says:

    saye dpt matrik..pastu dpt gak dip pngurusn harta tanah kat utm..
    kompius ar..tlg bg pape pndgn kat email sye..

  75. huhu Says:

    sye dpt course ni jgk…
    UTM,diploma..sye nk tny,diploma tu slalu nye kt kampus mn ye?

  76. zuriaf Says:

    nurul : ok. nanti ade masa, kita ber-email ye…

    huhu : setakat hari ini, masih di UTMKL (international campus)..tapi dengar² khabar, kursus diploma akan dipindahkan ke Bandar Penawar. tapi setakat ni pembinaan untuk kampus tu masih belum dimulakan. jadi, mungkin lambat lagi untuk beroperasi di Bandar Penawar. kalau degree plak, di Skudai, Johor…

  77. ain Says:

    wah..sme r kte nurul..sy rse cam berminat ngn kos nih..tp mslh nye, x byk yg sy tawu..kt ne ea nk tawu byk sal kos ni??

    • zuriaf Says:

      ain : ermm..informasi berkenaan kursus ni memang agak kurang. sebab tu ramai student yang takut² nak pilih kursus ni. kalau nak tau lagi, boleh la ber-YM dengan saya… hehe

  78. Nadiya Says:

    elo elo.
    hi disana.. saya ni pelajar degree architecture kat um.
    dah 2 tahun dah belajar.
    baru sekarang saya sedar yg sebenarnye saya xmampu nk bawak course archi ni…
    sy mmg dlm dilema gila skang ni oh.

    sbb sy kena repeat design saya. so sy kena extend paling kurang setahun.(xpayah la nk cerita detail sgt an)

    so, bila pikir2 balik, sy rasa ada baiknye saya tukar course drp ambik benda yg xtentu sy boleh bawak dan sy xnmpak lgsung prospek kerjanya. sbb sy mmg xnk jd arkitek.

    and course pertama yg sy terlintas adalah EM. awak rasa ok ke kalau sy nk amik EM?
    sy mmg suka berurusan dgn org, n sy mmg seorang yg kecoh, agaknye la.
    n saya boleh nmpak masa depan sy sebagai seorang valuer.
    tp… patutke sy sia2kan 2 tahun archi sy tuh…

    hah… panjang kan luahan sy ni.

    • zuriaf Says:

      2 tahun ek.. saya dulu cuma mensia²kan setahun saya untuk archi ni. tapi awak 2 tahun. agak tabah jugak la…

      Estate Management memang ok. tapi kalu nak jadi seorang valuer, terutamanya seorang perempuan, awak kene gigih sket la. sebab tak ramai valuer perempuan yang berjaya menjadi Registered Valuer.

      so, kalau awak betul² berminat, awak patut carik lebih banyak info pasal course ni sebelum awak decide nak tukar ke course ni.

      tapi, kalau awak ada apa² nak tau lagi pasal course ni daripada saya, YM la saya… ok? :)

      • Nadiya Says:

        hah, kire tepat gak la sy tanya awak pasal benda ni.
        orang yg pernah berkecimpung dlm archi, dan meninggalkan archi utk amik EM. yer, mmg serupa kes saya.

        saya yakin saya boleh bawak EM, lagipun sy mmg minat gile berborak2 dgn ayah saya pasal harta tanah ni sejak kecik lagi.

        tp xpernah pulak saya borak2 ngn ayah pasal bangunan kan.

        huhuhuhu.

        • zuriaf Says:

          baguslah kalau dah ade rasa minat. tapi elok la bincang dulu dengan ayah awak pasal nak tukar course ni. mintak jugaklah pendapat dia.

          err, tepat ke tanya saya..? hehe..mungkin gak la… macam kebetulan je eh..

          BTW, gudluck for ur future…

  79. huhu Says:

    hmm…thanks sbb jwb soaln sye…
    stu lg sye nk tnye…
    ade org ckp kt sye y peluang kerje utk course ni ssah…
    btul ke???

    • zuriaf Says:

      ermm..kalau pandai carik peluang, tak de la susah. cuma market untuk job ni agak terhad. tak besar. itu je.

      tapi tak semestinya belajar course ni, awak akan bekerja dalam bidang ni jugak. mungkin rezeki awak akan ada di tempat lain suatu hari nanti…

  80. tendou Says:

    salam…sy nk tnya bnyak perkara sal kos ni…bleh x bg email ym??pning xtau nk ambk ke x kos ni..buntu2!

  81. hani Says:

    macam mane prospek kerja utk course ni kat m’sia? okay tak?

  82. dean Says:

    askm,slm pknln sy din.nk tnya,antara UM,UiTM,UTM,n UTHM mana yg trbaik nk smbg ijazah cos pngrsn hrtanah ni?sy confius skrg ni.xtau nk ambik U mana.hrp dpt mbntu.thanks

    • zuriaf Says:

      din…

      sumer U ade kelebihan dan kekurangan masing².. kalau nak sambung di UM, tempohnya adalah lebih kurang 2 tahun tanpa sebarang extend. itu paling cepat la… tapi kalau kau nak masuk UM, kebanyakan kat sana adalah budak cina. kau kene competitif la…

      kalau kat UTHM, tempoh paling cepat tak salah aku 2 tahun setengah. tanpa extend. dan budak kat sana tak ramai sangat. satu kelas dalam 30 orang kot. cuma silibus kat sana (ni aku dengar kawan aku cakap) agak mengarut sket. dan UTHM kalau tak salah aku tak “connect” dengan Board lagi..

      UiTM adalah yang terbaik gak la…tapi nak masuk sana kalau kau dak UiTM adalah lebih senang. kalau budak U lain, leceh sket. tapi ade je kawan aku kat sana. sorang jelah. kat situ, 3 tahun. dan kalau kau belajar kat UiTM shah alam, pensyarah kat sana ramai yang Registered Valuer…

      UTM lak 3 tahun gak..tapi kat UTM skudai la.. UTMKL hanya untuk diploma je.. aku belajar kat UTM. so..aku rasa kat sini pun okey gak la..

      kau dari U mana eh sebelum ni..?

  83. ayu Says:

    hahahahaha..
    knl2 itu en fadzli..lec mse sem 1 & 2.
    lec law..
    besh2!!!
    rndu motivsi beliau,tiap x sblm start kls..
    ngeee~~~

  84. dean Says:

    sy bru lepasan matrik..nk smbg ijazah cos ni…tp keliru sgt nk p U mana..

  85. dean Says:

    aku ambk uitm.cmna?ok? tp kau kta kt UM tmpoh stdy 2 thun je tnpa sbrg extand.
    bgs jgk 2.jimat umur sket.amacam?

    • zuriaf Says:

      minimum memang 2 tahun. tapi..daripada 3 orang kawan aku yang gi sana, 2 orang tambah 1 sem lagi. sorang tu abes on time.. FYI, ketiga² kawan aku tu dean list…

      aku rasa UiTM pun dah ok dah..mantap gak pe..

  86. dean Says:

    kena result sedap ke abes on time? kalo kt uitm stdy kt kampus shah alamkn?
    kt lain xde?

    • zuriaf Says:

      bukan..maksud aku, kalau belajar kat UM, kau kene struggle dan usaha lebih sket. tak boleh malas².. kalau kat UiTM, rasanya course ni ade kat shah alam punya kampus je..ok gak tu kan…

  87. dean Says:

    kau dh thun kebrapa dh kt utm?
    ore kata keje hartanah ni bg pulangn yg lumayan.btl ke?
    cuba kau explain sket?hi3 thanks

    • zuriaf Says:

      nak masuk tahun akhir dah..

      kalau pandai, memang boleh buat duit. tapi kalau takde modal, tak guna jugak…

      kalau nak aku explain, kau add jelah YM aku tu…

  88. lola Says:

    ok mcm ni , saya ni ada apply uitm tapi saya dpt diploma pengurusan hartanah , saya x minat kot and plus course ni kat uitm perak . saya nk tanya , course ni susah x and byk cabang kan mksud saya dalam penurusan hartanah ni ada diploma ukur tanah la , reka bentuk dalaman la , byk lagi la. saya x paham tang tu kot

    • zuriaf Says:

      course ni tak susah mana. bukanlah macam engineering tu.. yang ukur tanah tu dah cabang lain. sipi² je, tapi totally different dengan pengurusan harta tanah. Interior Design tu lagi la lain. takde kene mengena dengan pengurusan harta tanah pun.

      pengurusan harta tanah adalah pengurusan harta tanah. jangan campur adukkan dengan course lain. cuba la tanya orang lain jugak. mana tau dieorang pun dapat membantu..

      pergilah masuk dulu. rasanya tak rugi kalau amek course ni..

  89. lola Says:

    DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH
    SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

    ini la yang di tawarkan kepada saya , so pengurusan hartanah dgn senibina perancangan dan ukur ni sama ke ? sory la tanya byk2 :p

  90. masnizah Says:

    hey junior..kos ni mmg x susah, yg pntg 1st sem kena score.
    keje senang je nk cari, sbb kos ni x ramai yg involve..cuma nak ngan xnak je.
    i keje lecturer ypj..grad utm skudai 2002-2007..kalo pmpuan x nk jd valuer, leh jd lecturer kolej gak..haks ;p

  91. didie Says:

    salam,sya dpt kos nie…tp tkut la nk bwk,sya x de basic akaun..dlu mse skool sy dak civil..konfius sgt….tkut x ble bwk la…ble pk2 blik psal nie rse nk nangis lak….hahaha bley bg pndangan x?sya x brape mnat@tau psal kos nie…tp ble dpt suma owg sruh pk baek2 nk pg u @ kolej je….klau kt kolej sya dpt perlancongan by uitm kt kolej poly tech mara…aduh konpius nk pk…anyway bgus ar blog nie,sya ske sgt..byk dpt info

    • zuriaf Says:

      aku dulu kat skolah amek awam gak. bila aku belajar dalam course ni, tak la susah mana..nak kata senang sangat tak jugak la..tapi boleh makan la..haha..

      akaun tu minor je beb..yang penting kira² kau kene mahir je…

      aku cadangkan kau pegi je..eh, kau dapat U mana ar?

      • didie Says:

        ok thanks bebanyk…dpt kt utm…lau pegi utm tak bley mhon pnjaman mara ke?rse seram lak nk pegi utm nie..owg bkan pndai sgt pn…rse cm kecik je nti dlm klas…kos nie ad byk kira- kira ke?

        • zuriaf Says:

          kira² tu adelah. nak kata tak banyak sangat, tak jugak. tapi yang penting kene mahirkan la. sebab core untuk course ni..

          kau dapat degree ke diploma?

          • didie Says:

            ala diploma jek…tu pn atas tiket ryuan yg bwu kuar ari tu…owg bkn pndai sgt pn…tu yg pk byk kali nk ambik ke x kos nie…tgk cm susa jek kos nie..

  92. didie Says:

    err…lg 1,bhase pengantar utk kos nie bm kn?sowy ler byk tnye…owg da x twu nak tnye spe ag…nsib ler ad blog nie,lau x msti kosong…nti lau ad pape owg tnye ag eh.. thanks ar jwb…

  93. nadira Says:

    nak tanya sikit dalam kursus ni kan berapa peratus teori dan berapa peratus praktikal di tahun satu dua dan tiga. praktikal tu kan kena buat apa dalam lab atau luaratau bilik kelas jer.rasanya perlu tahu bagi persediaan pakaian kan kan kan. kita terpilih bagi mengikuti kursus ni dan akan melapor diri pada 26 jun diuitm perak semoga dapat penerangan lanjut mekacih……

    • zuriaf Says:

      errmm…kursus ni ke arah kedua²nya, teori dan praktikal. tapi untuk tahun satu dan dua, lebih kepada teori. tahun 3 nanti baru ke arah praktikal…

      persediaan pakaian tu biasa je…kalau kuliah macam baju kurung ke..jangan runsing sangat pasal pakaian ni…

      tahniah la sebab terpilih ye :D

  94. lalala Says:

    saye nk tnye la kn…
    btul ke ade org y ckp kt sye..UTM neh ‘Unvrsti Tendang Menendang’?
    maksudnye..mmg kne score btul2 la..kne stdy gle2..klw fail out..
    ye ke?
    sye tnye sbb awk kn ade pnglmn dgn u ni..
    tp an…sori la sbb lari sket kn dr REM neh..
    x pe kn3?

    • zuriaf Says:

      ye tak tak ye jugak. kalau CGPA untuk 1st sem di bawah 2.00, still diberi peluang untuk perbaiki pada sem depannya. kalau bawah 2.00 gak lagi…baru la kene buang..

      cuma orang yang malas je tak cuba skor betul²..

  95. fie-fah Says:

    nak tanye cket..course pengurusan harta tanah nie ada biasiswa jpa x???

  96. lalala Says:

    time ksh la ssh jwb soklan saye ye….
    lg soklan..klw blaja course neh smpai prngkt diploma je kn..boleh krja ape ek?
    dan..klw nak smbng degree..pointer kne brape sekurang-kurangnye?

    • zuriaf Says:

      kalau diploma je, boleh la jadi penolong pegawai penilaian…kalau tengok dalam SPA tu, kalau tak salah, dalam skim W27… dan kerja² lain seperti yang dinyatakan dalam entri di atas..

      kalau nak sambung degree, syaratnya adalah 2.70..tapi lagi tinggi, lagi bagus..sebab persaingan kan banyak…

  97. didie Says:

    mane nak dpt report penilaian?

  98. didie Says:

    kalau kene ambik report penilaian dkt firm penilaian, pling dkat firm tu ngan utm kl kat mane erk?

  99. didie Says:

    nie ke alamat nye..THE BOARD OF VALUER,APPRAISERS AND ESTATE AGENTS MALAYSIA,suite 3B-10-3A, LEVEL 10 plaza sentral,jalan stesen sentral 5, kuala lumpur sentral,50470 kuala lumpur….

  100. didie Says:

    ok,ok org rase mcm da jumpe firm yg dekat…k thanks

  101. Nadiya Says:

    remember me yg dulu ada antar komen cerita pasal masalah daripada architecture nak masuk estate management.

    :P

    guess what? i dah berjaya masuk pengurusan harta tanah!!!!!!

    i baru start mggu ni.
    1st masuk mmg sgt sgt blur sbb i dah masuk lewat 3 mggu. lagi2 subjek valuation, harini baru masuk, esok terus test, gile an??

    kene pantas la skarang, xleh malas2 :P .
    u ade pape tips??

    • zuriaf Says:

      wow…tahniah…i still remember your story…baru 3 minggu je lewat. takde apa sangat..ermm, masuk U mana eh?

      tips ek..ermm, apa kata start carik nota atau bahan bacaan yang berkaitan. untuk tambahkan minat. bila dah minat, jadi senang la lepas tu sebab dah faham…

      • Nadiya Says:

        hihi. ye lah kan.
        i tukar dalam um gak.
        so skang i start balik degree estate management from 1st year.
        dah la i xpernah belajar account, tp i seronok buat akaun!! :D

        doakan i berjaya eh?

  102. zuriaf Says:

    insyaallah…saya ada 2 orang kawan di sana. final year, maybe final sem…hehe…

    maknanya awak ni jadi budak 1st year yang agak tua la eh…

  103. shamil Says:

    helo..

  104. siti Says:

    salam…i’m student um yg amek course estate management..subject valuation is a core subject in this course.i want to ask what tips that i must know to score well in the valuation subject…it is very though rather than additional mathematics…i think…huhuhu…

    and last…is it the valuer will cooperate with the quantity serveyor, engineer, n architect in the construction project??and how important the valuer in malaysia?

  105. zuriaf Says:

    uish siti…soalan tu macam soalan final exam pulak dah..haha..

    errm tips eh..saya pun tak berapa cekap subjek kira² ni…tapi as long as awak faham basic concept, awak akan faham pengiraan yang agak payah..

    contoh la eh..ermm, kalau awak mahir dengan sifir penilaian dan tau macam mana nak guna, pengiraan yang lain² dalam valuation akan jadi senang. kalau yang basic tu tak dapat nak catch up, so, agak sukar nak faham..

    yang pasal cooperate tu. dalam construction project, valuer tak terlibat. valuer cuma terlibat sebelum dan selepas projek je…to value the property before project (for loan financing purpose) and after project completed (for review)..during project construction, nope…

    how important eh..tu dah macam soalan exam je..

    ermm, so far, boleh dikatakan penting. penting yang macam mana tu, agak subjektif la rasanya. sebab bidang² kerja yang berkaitan kewangan ni saling memerlukan antara satu sama lain…

  106. siti Says:

    owh okey…thanks=)

  107. nor Says:

    salam…sy student utm gak,skudai n amek degree..
    bru 1st yer…n i got diz course…
    sy apply 4 diz course tp choice yg ke 5 maybe..
    tp xtau lak kos ni snanye lbh kpd ekonomi…
    sy dari skola dulu amek sains tulen smpi ke matrik…
    n xde basic ekonomi o akaun o yg seumpama dgnnya la….
    so agk tension ble blaja dgn bdk2 yg mmg da de basic akaun…
    so susah x bagi org cam saye nk survive tok kos ni??
    n nk tnye kamu skang blaja lg ke?
    ktne?


Leave a Reply