Cerita Di Blog Orang
Huah.. Malam semalam aku rasa lega sket sebab takde kelas. Boleh rilek² sket kat bilik. Tapi bila dah mengadap PC nih, tak tau pulak nak buat apa. Nak main game, terlampau hebat sangat. Heh, termakbur lak..hehe.. Tapi tu kenyataan beb. So, bagi membuangkan masa aku kat dalam bilik ni sorang² disebabkan roomate aku ade discussion gruop, aku pun berjalan² kat blogroll aku tu. Singgah sana, singgah sini. Takdelah sampai sumer aku masuk. Banyak giler tu kalau aku nak masuk sumer dalam satu malam.
Aku singgah ke blog yang paling ikhlas di muka bumi ni kononnya. Sapa lagi kalau bukan si Affuan yang kecoh dengan cerita Triton dier. Dia sedang memberlagakkan dirinya dengan mempromote Triton secara free. Eh, bukan dia bagi Triton free, tapi dia promote bagi pihak Mitsubishi daa. Sebenarnya dia baru je beli kereta tu. Err, kereta ke apa namanya menatang tu ar? 4WD? Haa, yelah tu kot.
Lepas tu aku terbang dengan menggunakan kupu² untuk sampai ke blog rama². Heh, sebok betul dia menceritakan tentang kerajinan dia. Macamlah aku ni tak rajin kan. Mungkin dia mengharapkan mana² makcik yang ingin mencari menantu agar terbaca kisah kerajinan dia itu..hahaha.. Mungkin juga di saat ini dia sedang membuat kek batik. Rajin kan dia? Yeah, kepada makcik² yang berkenan kepada dia, dia masih single lagi. Err, betul kan? Hehe..jangan marah ye cik ixora.
Dan selepas itu, atau sebelumnya lagi, aku pun dah lupa dah, aku masuk juga ke blog orang yang telah membelanja aku pizza walaupun aku terlewat setengah jam. Nampaknya dia sedang mengimbau kenangan lama dengan lagu² yang mengusik perasaan serta mampu meruntun jiwanya yang kesepian akibat PSM beliau. Entah apa la yang best layan lirik lagu tu? Layan la lagunya skali kan. Maksud aku melodi lagu tu. Baru masyuk..hoho.. Takpe, mari kita biarkan dia dengan kesepian dia.
Kemudiannya aku bergerak ke blog yang aku andaikan kali ini macam dah jadi ejen rahsia ala² Angelina Jolie gitu. Entah apa la yang rahsia sangat tu agaknya ye. Mungkin dia merasakan malam dia dah tak indah lagi. Mungkin dia sudah mula menoleh kiri dan kanan tatkala membaca entri aku nih..hehe..
Haa, aku sempat gak masuk ke blog sorang Imam yang soleh nih. Dia kata dia ni Imam, tapi ngape dia bagi tips temuduga lak? Adalah dia ni seorang bos sebenarnya? Mungkin juga ade kebenaran di sebalik itu..haha.. Eh, apa la aku ni. Dia tu dah elok nak kongsi tips yang berguna, aku boleh terpikir lain lak kan. Ish³ teruknya aku ni.
Aduuhh. Ade lagi blog yang aku masuk, tapi tak sempat nak tulis kat sini. Camne la dieorang boleh ade bende nak tulis ek. Sedangkan aku macam takde idea lak. Dan yang paling pentingnya, apsal la aku tulis bende² cam kat atas tu? Macam dah takde modal nak buat entri kan. Lepas tu nampak sangat aku ni seorang pengomen yang teruk..hahaha.. Lantaklah…..





haha… no comment!
oh ya.. delete je lar link my story tale (yg blogspot..) coz nak delete nanti… thnzx!
ahaha, dan me sempat jugak masuk ke blog ko.. cool bro
dalam takde idea dapat jugak ko buat karangan 6-7 perenggan…..
hahaha… sangat rajin, ek?
Ini namanya teknik ping yang keji…
P/s: Yang kat atas tu, bukan termakbur lah, terTAKBUR!
owh takbur..
ingatkan doa makbul or haji mabrur..haha..
hahahahha.. siot je~!!
apee?? macam angelina jolie. hahahaha. aku suka! aku suka!
sebab..sebab..
mukekekeke…
Whoa, tekde idea pun boleh tulis 7 perenggan, kalau ada idea banyak mane la boleh tulis ek…
Hohohohoho, sirius sey, enche zuriaf memang ada bakat menulis panjang-panjang
lalang bru nk blaja~~
tp perktaan ‘termakbur’ tu cam pelik jee..
bkn ‘tertakbur’ ker?..hehe
salam ijau dr lalang..
narcissuslover : orait..nanti akan didelete kan…
en_me : trimas sebab kata wa ini cool..
lydiarayyan : kalau aku ade idea, memang berpuluh perenggan pun dapat beb…
buzzybug : err, sangaaaatt rajin..hehe
ImamKhalid : memang keji pun..hahaha…err, salah taip lak..biarlah..malas la nak betulkan..
Hamakakun : dasat giler kau ni..baca detail abes ye…aku pun tak perasan ade salah taip lak..
ixora : hahaha..memang siot…
AyUmi : kenapa akak suka? adakah akak ade bibir macam dia..?? hehe
pandagumuk : ……sebab apa?
Affuan : hahha..gelak keji daripada kau nampaknya…
hazri : mungkin kau kene tengok entri aku yang 2, 3 bulan lepas..haaa, yang tu sumernya memang panjang gilos…
Mr Ah Fa : bakat menulis panjang² sambil merepek adelah Ah Fa…
ijaulalalng : salam…err, link blog apa ye..?
AyUmi>>bibir ikan emas..haha..
ijaulalang.wordpress.com
wah perjalanan cerita yang menarik. secara tak langsung mereka mendapat linkback dari anda har har har.
hahaha…ini linkback dengan cara yang keji…