Tarikh Keramat
April 12, 2008
Kelas aku dah berakhir untuk semester ni. Kelas terakhir adalah petang semalam. Dan lepas ni takkan ade kelas lagi. Hopefully. Oh, minggu depan final exam aku akan bermula. Aku rasa macam tak cukup bersedia lagi untuk berdepan dengan exam nih. Gigil lagi beb. Rasa macam ntah apa² la yang aku belajar sem ni. Macam malas² nak study pun ade. Mungkin itu yang aku rasa macam berdebar je bila sebut pasal exam neh.
Kalau la aku ade kuasa macam Doraemon, mungkin ingin saja aku berhentikan masa dengan menggunakan jam ajaibnyer tu (kalau aku tak salah la). Paling tidak pun aku ingin mempunyai kuasa macam Hiro Nakamura (citer Heroes) yang boleh memberhentikan masa dan bergerak merentasi ruang. Oh, alangkah bestnya. Tapi itu adalah mustahil untuk berlaku. Menentang hukum tuhan namanya. Tapi itu cuma angan² aku je..hehe..
Okeh, ini adalah tarikh² yang bisa membuatkan aku bergelodak. Bergelodak menghadapai final exam. Dan kalau boleh nak saja aku ubah silibus yang ade kat Universiti ni biar takde final exam. Itu kene tunggu aku jadi menteri pengajian tinggi nantilah..hehe.. Eh, meh aku letak tarikh² exam aku dan juga subjeknya. Sekadar saje² je.
15 April [Selasa] – Subjek English. Belajar bahasa omputih dah berbelas² tahun dah. Tapi tak gak pandai²nyer.
21 April [Isnin] – Subjek Penilaian Harta Tanah Khas. Subjek yang ade banyak kira². Aku memang kurang gemar dengan subjek kira² ni. Tapi dah ni subjek core aku sem ni. Jadi nak tak nak kene gak la skor. Walaupun markah assignment dah kene tolak 2 sebab tak hantar direct kat tangan dia..hehe..
23 April [Rabu] – Subjek Law – Aku rasa ni je harapan aku untuk menggondol A untuk semester neh. Sebabnya dia ade bagi banyak hint soalan dan selain tu aku memang kowtim dengan dia..haha..
25 April [Jumaat] – Subjek Kemudahan & Penyenggaraan Bangunan. AKu rasa yang ni pun agak mudah gakla. Sebab pensyarah aku tu kata soalan yang dia buat senang je katanya. Tak tau la, itu kata dia. Nanti sama²lah aku dan kawan² aku tengok masa final nanti.
28 April [Isnin] - Subjek Rural. Subjek paling blur aku sem ni. Macam tak tau blaja pasal apa. Soalan dia berbentuk pengiraan + teori. Uh, memang payah giler subjek ni. Lecterur subjek ni pun pelik gak pada pandangan aku.
Okey, itu adalah tarikh² keramat aku semester ni. Memang padah seh. Tak tau la camne aku nak handle nanti.
~
Hari ni 12 April 2008, besday member baik aku sejak dulu. Skang dia dah belaja kat USA tu. Maybe bulan 8 ni abes la dia. Jadi aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke 23 kepada dia kat sini. Aku harap dia akan search nama dia kat Google satu hari nanti dna terjumpa entri sengal ni. Oh, nama dia MOHD HADRI ASWAD BIN SALIM. Kenal ke? Haha..
p/s : Aku tak harap classmate aku akan search nama² subjek kat atas tu satu hari nanti.






April 12, 2008 at 8:26 am
good luck encek fairuzmokti ittewww.. semoga berjaya dgn peperiksaan itteww..
April 12, 2008 at 8:42 am
saya BELIA BENCI EXAM…………! (>_<)…
April 12, 2008 at 8:57 am
kalau time gini saya cuma nak pinjam capsule masa dari Son Goku. bila dia masuk kapsul tu, lima minit masa di bumi, dlm tu 1jam, (lebih kurang kot, tak ingat deh). so that dlm tu nanti boleh study bebetul, boleh berjimba².. hahah..
tapi rasanya kalau ada pun tak buat jugak kot. sbb nya kita dah tau exam bila tapi still tak study jugak kan? itu la namanya manusia. suka buat kerja last minit. tak tahu smp bila baru nak berubah.
April 12, 2008 at 2:00 pm
wah,last paper 28hb eh? best la.. pastu da cuti.
apa2 pn,selamat menempuh final exam~
April 12, 2008 at 2:58 pm
haha..exam2878x kali pun belum tentu aku akan rase konpiden..
ada je rse takut tu..pape pun slamat manjalani peperiksaan ye bro!
April 12, 2008 at 3:23 pm
en_me : thanks
lydiarayyan : saya pong..hehe..
t.a.t.a : manusia memang macam tu..susah nak berubah…hahahaha…kapsul masa..erm cam best je…
ixora : best? aah..memang best sebab lepas tu cuti dah kan…
mahsyar90 : trimas²…
April 12, 2008 at 8:20 pm
[...] menggunakan cara ini, ada syaratnya. Pertama: Korang disukai oleh orang lain macam Cik Ixora dan Zuriaf. Kedua: Komen yang korang drop adalah komen bernas – contohnya, komen aku di sini. CAri lah [...]
April 13, 2008 at 8:05 am
good luck dear. your point on 15 april kena tambah tu. my birthday. hahaha..
anyway, belajar rajin-rajin tau. nanti akak bagi cotton candy. gagaga~
April 13, 2008 at 9:27 am
hahaha..nak jugak masukkan besday dia tuh…okeh², cotton candy pun jadilah kan…
April 13, 2008 at 10:27 am
ok ah tu. nak lebih-lebih melampau sungguh debushhh!
April 13, 2008 at 2:04 pm
gud luck~
gud luck to me tooooo…
April 13, 2008 at 3:03 pm
paswed : pwtc
hehe
April 13, 2008 at 3:05 pm
paswed : pwtc
hehe
April 13, 2008 at 4:18 pm
gudluck xm bro.sy xdak final,bestnya.hihi
April 14, 2008 at 12:07 am
may all the best!
April 14, 2008 at 10:44 am
AyUmi : ala, apa salahnya..lebih sket je daripada t.a.t.a
cikf=) : gud luck to..yeah…
ixora : trimas²…
nUUr : ceh..dengki betul aku dengar orang yang takde exam nih…
narcissuslover : yeah..hopefully…
April 14, 2008 at 10:46 am
semoga berjaya la bro dalam menempuh kesukaran hidup, heh.
April 14, 2008 at 11:09 am
heh..aku jeles dengan kau yang dah abes semester nih..aku jeles beb…
April 14, 2008 at 12:07 pm
hahaha.. lu takleh lawan t.a.t.a la beb.. hahaha..
April 14, 2008 at 1:59 pm
ehh tak de. tak de nak lebih² dari saya ya..
amik ni.. debushhh..
hahaha
April 14, 2008 at 4:24 pm
oh…sungguh romantik AyUmi dan t.a.t.a ini…sehati sejiwa la kunun…
April 15, 2008 at 1:51 am
awal gak exam kamo yek. habis pun awal. kite start lambat. abes tengah bulan 5. btw, gud luck ye for ur exam.
btw, klw ade doraemon, ukan setakat nak suwuh hentikan masa, macam2 lagik kite nak mintak. huhu
April 15, 2008 at 2:06 am
aria-ayumi :err, kamu UITM kan..memang biasa U kamu tu mula lambat…jangan jeles ya aku akan cuti dulu sebelum kamu..hehe
p/s – rindu sama komen kamu di sini la…
April 15, 2008 at 12:08 pm
sehati sejiwa.. tapi lain badan ehh.. hahahah..
p/s: saya gembira!
April 15, 2008 at 9:17 pm
ceh…lain badan kunun..huhu
April 16, 2008 at 1:25 am
huwahhh. tak sangka ade org windu komen kite kat sini. hihi.
ya ya, UITM mmg slalu lambat. tu yg cuti pun sket je. alahhh tak jeles pown
April 16, 2008 at 11:07 am
hahah…kamu jeles kan..sebab kamu tak dapat cuti panjang cam aku..muahaha..
April 16, 2008 at 9:01 pm
ahaks. agak jeles gak ah. sbb cuti pas final nnt pun, kite kena uat praktikal sebulan. dahle cuti limited dh, tambah praktikal plak, lagik limited. by the way, kamu dh lepas 1st exam kan? camne? hopefully, beghehhh sokmo bohhh
April 17, 2008 at 1:29 am
uhukk…1st exam eh? err, bolehlah..tapi tak tau la dapat brapa…
April 19, 2008 at 12:26 pm
haram jadah ader gak nama aku kat sini..hahaha. Aku pon tak tau apsal aku terasa nak search kat Google, tgk2 jumpa blog ko. Anyway, tima kaseh pasal wish….nnt aku jumpa ko kat Azhar…kalau nak lepak lg aa..hahah
April 19, 2008 at 12:28 pm
lupa lak nak cakap…gud luck exam, aku pon tgh layan exam gak ni…..
April 19, 2008 at 5:37 pm
hahahha…akhirnya kau ade gak search nama kau kat google ye…tapi tak sangka lak secepat neh…lepak azhar? boleh..kau belanja la..US Dollar kau kan banyak lagi..hahaha…
okeh, gud luck gak la untuk kau bro..
April 24, 2008 at 1:50 am
ewww…cepatnyer habis exam…
April 25, 2008 at 12:27 pm
hahaha..jeles la tu..
April 29, 2008 at 10:59 am
[...] Final aku ade 5 paper. 1st Adalah English. Datang dewan dengan macho-nyer. Menjawab dengan macho-nyer jugak. Tetapi gelabah setelah exam berjalan 2 jam. Sebabnya tak sempat nak buat satu chapter lagik. Argh, kenapa jadi macam ni lak. Tapi yang peliknya masa tu pengawas exam tu tak announce untuk kutip kertas lagik. Aik. Dan lepas tu aku pun tengokla arahan kat depan skali kertas soalan tu, dan masanya adelah selama 2 jam setengah. Ciss, kenapalah aku tak baca arahan dulu kan sebelum menjawab. Excited sangat kot agaknya. [...]