Kisah Lintang Pukang
April 29, 2008
Muahahahaha… Aku dah abes exam. Aku dah bebas. Aku dah boleh berjimba ke sana sini. Aku bebas berdating..erkk. Okeyla, aku rasa memang dah lama aku tak menulis sesuatu yang bermutu kat sini. Mesti korang dah rindu dengan entri daripada aku kan..kan.? Aku pun rasa tangan ni macam dah gigil bila menekan² keyboard neh. Menggigil sebab nak tulis entri yang panjang². Hahahaha….
Ade banyak aku nak citer kat sini. Mungkin korang akan rasa sedikit menyampah. Tapi lantaklah, aku tetap nak tulis jugak. Aku tak tipu, memang panjang entri ni, tapi tak sampai 388 mukasurat. Jadi, aku nasihatkan korang peruntukkanlah sedikit masa untuk membaca entri aku ni. Tolonglah. Aku merayu. Ahakss… Hehe..
KISAH EXAM
Final aku ade 5 paper. 1st Adalah English. Datang dewan dengan macho-nyer. Menjawab dengan macho-nyer jugak. Tetapi gelabah setelah exam berjalan 2 jam. Sebabnya tak sempat nak buat satu chapter lagik. Argh, kenapa jadi macam ni lak. Tapi yang peliknya masa tu pengawas exam tu tak announce untuk kutip kertas lagik. Aik. Dan lepas tu aku pun tengokla arahan kat depan skali kertas soalan tu, dan masanya adelah selama 2 jam setengah. Ciss, kenapalah aku tak baca arahan dulu kan sebelum menjawab. Excited sangat kot agaknya.
Paper kedua, PHTK. Aku rasa sangat bengang dengan paper ni sebab daripada 5 soalan yang dibagi, kene jawab 4 soalan. Dan soalan²nya sememangnya memakan masa yang panjang. Jadi aku hanya sempat jawab 3 1/2 dalam masa 2 jam. Dan mood aku hari tu agak tidak best macam biasa.
Tapi paper ketiga iaitu Law adelah yang paling sempoi. Aku dengan berlagaknya menjawab 8 soalan (arahan cuma suh jawab 5 je) dan siap boleh kuar awal lagik. Senang giler bagi aku. Kalau tak dapat A, aku boleh hentak kepala kat lantai lah. Hahaha..
Ermm, lepas tu paper Penyenggaraan yang aku rasa soalan dia “yang sedang² aje”. Tak banyak fakta dan banyak menggoreng. Yang macam tu yang aku suka. Tapi apa yang aku study tu, boleh dikatakan agak tidak berguna di dalam exam sebab soalannya adelah berbentuk pemahaman.
Last paper adelah Rural. Aku rasa paper ni macam nak mengulang je..huhu.. Apa yang aku study tu, tak masuk lak dalam exam. Apa lagi masa jawab soalan tu, keras jelah. Toleh kiri, toleh depan. Sambil melihat kawan² aku yang lain dan mengharap belas kasihan mereka. Takdelah sampai sumer soalan yang kuar tu aku tak study, tapi yang soalan kira² tu aku rasa sungguh…..urghh..damn!! Okeh, aku tak mau tulis pasal exam lagi.
~
Aku telah membeli liquid paper berkaler pink (kaler body nyer) bagi membantu aku dalam exam. Kenapa pink? Jambukah aku? Hahaha..
KURUS vs GEMOK
Nak dijadikan citer, aku ni memang selalu study kat library time² exam. Rajinkan aku. Muahahaha. Dan pada suatu hari iaitu hari Ahad yang bukan minggu lepas ni, yang lagi satu lepas punya, aku telah ditakdirkan bertemu dengan seseorang. Sedang aku berjalan² nak mencari port yang canteekk punya nak menelaah (ayat takleh blah..), ade sorang telah membuat bunyi tikus yang agak digemari oleh muda mudi masa kini untuk memanggil aku. Aku menoleh, cuba mencari dari manakah datangnya bunyi itu. Dan, aku ketahuan yang bunyi itu datangnya dari seseorang yang berbaju merah. Dan aku sungguh terkejot berok pabila melihat yang itu adalah Kuncit (nama gelaran dia). Oh, benarkah apa yang aku lihat nih.
Dia telah berubah. Berubah sehingga aku rasa tak percaya. Dulu lehernya tak nampak, skang dah nampak. Dulu dia nampak sendat, skang tidak lagi. Dulu pipi dia kelihatan gebu, skang sudah cekung. Dulu dia gemok, (oh, agak kasar bunyinya) maksud aku, lebih gemok daripada aku, tapi kini dia telah kurus dan lebih kurus daripada aku. Aku tidak dapat menerima perubahan dia tu pada 2 jam pertama aku lepak dengan dia tu.
Dia ni member baik aku. Daripada form 4 sampailah skang. Memang kamceng giler la. Cumanya kat sini kiteorang agak jarang dapat lepak bersama disebabkan berlainan kolej dan kursus. Hari tu aku telah duduk study semeja dengan dia akhirnya.
~
Bilakah aku dapat mengasingkan “kentalan six-pack” yang ade pada diri aku nih..?
MAKAN ITU MENGGEMOKKAN
Malam tadi aku dan kawan² sekelas aku yang lelaki telah buat satu BBQ sebagai tanda meraikan penamatan sebagai pelajar tahun 2. Poyo kan? Biarlah. Janji kiteorang hepi sebab dah abes exam. Kalau korang belom abes exam lagik, jangan ngengada nak buat cam aku buat ni lak ye. Terutamanya Hamakakun dan Ixora. Oh, cikf=) pun takleh buat sebab skang ni dia belom abes exam lagik.
Tapi dia lagi seminggu lebih je nak abeskan sisa² kehidupan dia sebagai student dan bakal bergelar penganggur serta berusaha menambahkan berat badan dan membesarkannya. Mungkin, aku rasa. Aku jeles dengan dia sebab dia dan Azrul dah nak abes. Bulus lak dah keje. Jeles beb!!
~
Bilakah aku dapat menghabiskan degree aku ni…?
-
Aku rasa cam nak tulis panjang lagi. Tapi cukuplah ni. Nanti muntah lak korang nak bacanya. Aku tulis bukan best mana pun. Macam lintang pukang je entri kali ni…




April 29, 2008 at 12:26 pm
wow! dah habes exam. bagus.bagus. entry panjang sgt. huhuhu. penat baca.
April 29, 2008 at 12:27 pm
owh.. i ke yang first? muahahahahaha.. i terharu yeww…
(reading a long entry is not one of my favaourite. unless it’s a book. but anyway, as you are my favourite adik, so i read la. kasi can la. kasi can la. hahahaha~
( mesti terharukan akak baca sampai habis? hihihihi~ )
April 29, 2008 at 12:34 pm
1 more paper~la..la..la…
pastu jalan2 cari2 kerja…la..la..la…
April 29, 2008 at 4:03 pm
aku dah celebrate membe bais exam membe aku weekend aritu..haha~
*walaupun exam aku sendri tak abis lagi..* T_T
April 29, 2008 at 5:36 pm
kau dah abis exam?
best la kau…
April 29, 2008 at 6:14 pm
sape cakap saya takleh selebret? saya baru balik dr tgk wyg sempena dh abih exam smlm. hahahaha.
April 29, 2008 at 11:58 pm
tanya kawan kamu,mcm mane die kurus.haha.nak tau.
April 30, 2008 at 12:46 am
eh,lupa nk tnya td.. bila balik rumah? ke ni mmg dh sampai rumah..?
April 30, 2008 at 5:00 am
AyUmi : owh..i’m ur faveret..hehe
like it..
huhu..terharunya ade yang baca sampai abes…walaupun kasik can..hahaha…
cikf=) : hahaha..saya jeles!!
Hamakakun : kau memang!! pegi study la weiii….
ixora : ceh, dah selebret jugak…tak aci neh…
pandagumuk : nak tau ke? 1st dia kurangkan bab² makan ni. kalau dulu dia amek nasik sepinggan penuh, skang ni dia amek ciput giler. kalau aku tengok nasik dia tu, mak aih, memang aku tak kenyang punya. dah tu, nasik dia tak abes lak tu. yang kedua, dia jogging. yang ni takleh malas la. dia kata memang seksa sebab kene tahan nafsu. dan dia cuma amek nasik pada tengahari aje. malam dia banyak makan buah dan roti. itulah…
April 30, 2008 at 11:44 am
tahniah2… dah abis exam… tunggu result la plak ketaq nanti… hehe…
x sempat baca lagi… later ye…
selamat bercuti
April 30, 2008 at 1:01 pm
yeahh….i’m not student anymore~
April 30, 2008 at 4:22 pm
panjangnya entri…penat baca,huhu…
April 30, 2008 at 4:38 pm
entrimu sgt panjang macam galah sampai aku tertidur membacanye..
haha..abis exam bole la enjoy..
April 30, 2008 at 5:09 pm
heyp kamu,moh email..mao add..hukhukhuk~oh yea..aku mahu bertanya.
ko exam english kt manakah???
April 30, 2008 at 5:50 pm
tahniah sbb dh abes exam…
*tone jeles disembunyikan*
April 30, 2008 at 6:15 pm
aaaa.x suke joggingg.
April 30, 2008 at 7:22 pm
wah! betul2 mgotakan janji utk tulis panjang2 eyk!
April 30, 2008 at 7:53 pm
buzzybug : memang ketaq nak tunggu result nih..dijangka point semester ni akan jatuh..hahaha..
cikf=) : but u r a penganggur rite now kan…?
hazri : uishh..ni pendek je..kalau dulu² lagi panjang..siap ade gambar skali..thanks baca eh..
mahsyar : kalau kau tido, macam mana mahu baca? kau ni paranormal kah?
z[a] : amek gmail aku la.. apai69@gmail.com..aku exam kat N24..mungkin satu dewan dengan kau kot..
aria ayumi : hahaha…sama² dia atas ucapan kamu *tone menjawab secara kerek disembunyikan juga*
pandagumuk : aku pun..tapi kene paksa gak beb kalau nak jadik kurus..hahaha…
saffa : aku adelah lelaki yang berpegang pada janji.. hahaha..
April 30, 2008 at 8:14 pm
da add da~
April 30, 2008 at 11:01 pm
woo pnjgnye.balas demdam nmpak.ihih
April 30, 2008 at 11:23 pm
aku baca entry ni senafas je tau takkkkk.. tak panjang langsungggggg! I want moreeee.. hahaah~
sebut pasal BBQ, tak sabar tunggu cuti sekolah.. nak berbBQ dengan adik2 kesayanganku.. yay!~
May 1, 2008 at 5:28 am
z[a] : okeh thanks..
nUUr : hahaha..ni pendek je…ade lagi panjang dulu..
4g1rlt3lls4ll : yeah, saya hormat akak yang kebiasaannya antara yang mempunyai entri harian terpanjang kat wordpress ni..hehe
err, tau ke buat marinet ayam tu? muahahaha…
May 1, 2008 at 7:39 am
pieja : hang memang… menulis entry yg panjang-panjang kan kepakaran kau. hahaha~
May 1, 2008 at 10:20 am
on KISAH EXAM
5 paper je?? apesal skit sgt?? brp kredit nie?? hehhee… smoga dpt A sumanya… amin..
on KURUS vs GEMOK
pi library tu study ke dating?? hahha
mintak la nasihat si Kuncit itu utk mengasingkan “kentalan six-pack” yang ade pada diri kamu itu…
on MAKAN ITU MENGGEMOKKAN
makan la best!!! gemok x per, asal happy~ ada orang sayang~
belajar je dulu~ cherish every moment as a student… once u dah keja nanti, sure rasa nak jadi student balik… jadi pekerja ni, 1 je yg best, sbb dapat duit~ yg lain2 tu suma tak best!!
jadi student, suma best kecuali slalu sengkek~
May 1, 2008 at 2:19 pm
AyUmi : nak tambah sket boleh..panjang + emosi sket..hehe
buzzybug : Ko-Q takde final..jadi tinggal la 5 paper je..4 daripadanya adelah 3 kredit dan lagi satu 2 kredit (english)…err, A sumer susah sket la…sebab ade yang carry mark ciput je..
err, cuma dua tiga kali je dating kat library..selebihnya hanya bergerak secara solo sambil mengharapkan diushar oleh awek-awek cunz..hehe
hahaha..kuncit tu dah bagi nasihat dah..dan siap ade tambah kutukan sket..
ish, kalau gemok dan terus gemok lagi, orang yang sayang tu pun boleh lari gak tau..hahahaha…
yup, sengkek memang tak best!!
May 1, 2008 at 3:05 pm
wahahhaa… ada gak dating kat library tuh… hahaha… apa kelas dating kat library… x bleh nak makan…
emmm… kalu dah sayang, gemuk pun gemuk la… terima lah dia seadanya… kan kan??
May 1, 2008 at 10:23 pm
buzzybug : kalau lapar, kiteorang pegilah makan..hahaha…
errm, betul tu!! (harapnya dia baca la komen akak ni)
May 4, 2008 at 2:12 pm
Tahniah lagi.. hahahah saya juga sudah abess exam…
leh berjimba juga..
May 11, 2008 at 9:10 pm
kisah exam
~owwwhh..ko la yg jwb 8 soklan tu yer..xpe la..ko kn tarer..
kurus vs gemok
~si kuncit tu smoking x? smoking pn bole cpt kurus gak..tp x baek utk kesihatan lar..mmbe ak ade yg smoking n jd kurus (laki)..ko smoking x? kwang3~
makan itu menggemokkan
~korang mmg poyoz..hahhaha..wey,ak pn jelez tol ngn diorg2 yg da nk grad..sbb tu mls jd ajk pesta konvo..sakit ati je bile nmpk diorg berpesta merdeka..hohhoo~
+mcm ni ko kate pnjg?? x pnjg lgsung!! skali menguap je da abes muahhahha..
May 12, 2008 at 12:55 am
t.a.t.a : meh la berjimba…hahaha…
zatie : aku tak terer mana pun..nasib je tu..hahaha…
kuncit tu dulu smoking..skang ni dia dah berenti..baru 5 bulan berenti…tapi kurus gak..hahaha…aku tak smoking!!
ini bukan yang terpanjang, tapi still lebih panjang daripada entri yang terdapat kat blog kau..hahaha…
May 14, 2008 at 3:34 am
[...] English, Six Pack, SMTTJ, UTM Semalam aku pegi skolah. Skolah teknik. Ditemani oleh Kuncit (member aku yang dah kurus tu). Oh, silap. Aku yang menemani dia sebenarnya. Datang dengan tujuan untuk mengambil sijil English [...]