Sedang aku berjalan² di alam maya pagi tadi, aku pun masuklah ke satu blog. Kononnya blog ini sangat lah bertuah. Betul ke? Entahlah. Mungkin kot. Dan aku tengok kat blog tu ade satu tag yang menjadi entri terbaru daripada beliau. Tapi aku tak terus baca tag dier. Aku terus menuju ke pengakhiran tag dia untuk melihat wanted man yang dia letakkan kat situ. Oh, aku dah agak. Naluri aku sentiasa betul. Beliau meletakkan nama aku kat situ. Ditambah pulak dengan ayat pemanis yang mengatakan aku CUTE. Ok fine, itu memang betul dan aku bersetuju untuk buat.
Tagnya bertajuk 5 perkara pertama yang terjadi dalam hidup anda. Penat dah aku perah otak nak pikir nak tulis ape kebendenya yang boleh masuk akal sket yang terjadi dalam hidup aku. Dan inilah hasilnya.
Nombor 1 : Kali pertama pergi interview
Okey, sebenarnya ade dua interview yang aku nak citerkan. Yang pertama adelah interview keje. Lepas abes SPM, aku cuma duduk rumah sekejap dan disebabkan aku bosan duduk rumah, aku pun pegilah carik keje. Aku try kat Giant Senawang ni. Kat sana walk in interview memandangkan post yang aku mintak pun adelah part time cashier. Interview dibuat hanya pada hari Khamis aje. Jadi seminggu cuma sekali aje. So, pada suatu hari Khamis tu, aku pun pegilah dengan kawan aku (Mohd Hadri Aswad). Aku rasa awal giler dah aku datang. Pukul 830, tapi turn aku yang ke 20++. Mak aih, pukul brapa lak dieorang yang lain ni datang kan. Takpelah, aku menunggu dan terus menunggu sehingga nama aku dan member aku tu dipanggil.
Interview tu berjalan macam borak² je aku rasa Kiteorang diinterview oleh seorang Chinese perempuan yang aku rasa ade jawatan besar dalam HR Department tu kot. Masa tu aku rasa selesa dan langsung tak gementar. Dan petang tu dalam pukul 7, aku mendapat call yang suruh aku masuk keje besoknya. Itu aku anggap sebagai rezeki dan juga tuah.
Tapi lagi satu interview ni yang lagi best untuk aku ingat. Interview untuk memohon biasiswa. Interview kerja dan biasiswa ni lain okey. Kali ni aku memohon biasiswa daripada Yayasan Guthrie. Yakni sebelum aku masuk belajar ijazah neh. Lebih kurang setahun lepas la. Daripada ramai² yang memohon, nama aku terpilih dalam shortlist 30 orang. Hebat tak!! Mungkin sebab CV aku masa tu yang boleh aku anggap mantap.
Dan preparation yang aku buat masa tu boleh tahan gakla. Siap search kat internet lagi pasal Guthrie ni dan buat sedikit homework la katakan pasal speaking omputih ni. Tapi bila je aku masuk bilik temuduga tu, aku dah gigil dah. Siot!! Aku takleh nak handle dah masa tu. Cilakak betul. Sebelum masuk okey je, tapi dah masuk, terus gigil. Kat sana ade 4 orang yang interview aku dan aku merupakan candidate terakhir hari tu. Dieorang nampak aku gabra gak la dan dieorang cuba cool kan aku dengan bertanya soalan² secara santai, but in English okey.
Memang aku boleh jawab. Cuma ade satu soalan yang aku tak expect langsung dieorang akan tanya aku iaitu pasal One Year Blank yang ade dalam CV aku. Da untuk tu, mungkin aku telah mengeluarkan cerita benar yang berlaku dalam hidup aku yang menyebabkan aku tak dapat biasiswa tu. Mungkin. Aku rasa.
Nak baca kisah tu? Klik sini. Aku alu²kan.
Nombor 2 : Kali pertama makan shushi
Satu hari, kawan² senior aku ajak gi Carefour kat Wangsamaju untuk membeli barangan makanan sebagai seorang student seperti megi dan sebagainya. Kisah ni berlaku masa aku belajar kat UTMKL dulu dan semasa aku semester pertama kat sana. Aku tak ingat kuar brapa ramai, tapi adelah sorang tu nak belanja sumer orang shusi (ala, yang RM1 je untuk satu bungkus tu). Aku pun okeyla masa tu sebab sebelum ni seumur hidup aku, aku tak pernah merasa shushi.
Disebabkan aku sungguh teruja masa tu, aku mintak la dua. Nafsu bukan. Jadi bila sampai kat bilik member aku, kiteorang sumer pun nak menyental la shushi tu. Aku pun sama gak la. Tapi bila aku mula membuat kunyahan yang pertama, aku terus rasa mual dan loya seperti ibu² mengandung mungkin. Tapi aku gagahkan jua untuk menelannya. Dan aku berjaya. Tapi untuk satu gigitan aje. Selebihnya aku sedekahkan kat kawan aku. Sungguh rakus dieorang memakan shushi tersebut.
Aku pun tak paham la macam mana orang lain boleh makan bende tu tanpa rasa geli dan mual. Eeeee….
Nombor 3 : Kali pertama main game tak hengat dunia
Korang pernah main game Need For Speed tak? Kalau yang pernah main tu, mesti korang tau penangan game tu macam mana kan. AKu betul² giler main game ni masa yang NFSU yang pertama kuar tu kalau aku tak salah. Masa tu aku tak terdedah sangat dengan dunia game ni lagi. Sebab kat rumah aku tak de PC lagi masa tu. Errm, masa ni aku sedang One Year Blank. Kalau tak salah aku, hari tu Hari Raya Korban dan aku tak balik rumah sebab sebelum cuti tu, dah ade cuti Chinese New Year yang lebih lama.
Tuan punya PC tu balik rumah dan cuma tinggal beberapa orang je yang ade kat blok tu. Aku salah seorangnya. Hebat sangatkah permainan aku masa tu? Tak tau nak katalah, tapi agak hebat jugaklah aku rasa. Masa kemuncaknya adelah pada Hari Raya pertama tu, malamnya, tepat pukul 12 tengah malam, aku dah start enjin aku. Sehinggalah pukul 12 tengaharinya tanpa menganjakkan bontot aku dari kerusi tu walau seinci pun. Non syop aku main. Takde tido². Dan pukul 1 lebih lepas tu, aku dan dua orang kawan aku terus pegi ke Kota Tinggi untuk beraya di rumah member kiteorang jugak.
Giler kental masa tu beb. Memang tak hengat dunia langsung, apatah lagi akhirat..hehe..
Nombor 4 : Kali pertama bapak aku test aku bawak kereta
Aku amek lesen motor masa aku form 4 dan aku amek lesen kereta masa aku form 5. Sanggup aku datang skolah pukul 10 sebab nak gi test JPJ masa tu. Hari Isnin dalam bulan Januari kalau tak salah aku la. Tapi sejak aku dapat lesen P, aku tak pernah bawak Ikan tu sehinggalah beberapa bulan kemudiannya. Masa tu aku ade tuisyen. Balik tu bapak aku dan mak aku amek. Dieorang baru balik dari shopping agaknya, aku fikir. Bila aku melangkah je ke kereta tu, bapak aku kuar dan suruh aku duduk kat tempat pemandu.
Apa maknanya tu? Bapak aku cakap, “Dengan JPJ boleh la kau lulus, ni dengan abah lak!!“. Walaupun perjalanan dari tempat tuisyen tu ke rumah aku tak la jauh mana, tapi masa tu aku rasa macam jauh giler lak. Dengan enjinnya yang mati dua tiga kali. Mungkin aku nervous kot masa tu. Tiba² je kan. Kalau bapak aku bagitau malam sebelumnya, boleh la aku buat homework sket kan..hahaha..
Lagipun clucth kereta tu bukan calang² orang boleh bawak. Ramai dah kawan aku yang pinjam kereta aku tu yang kematian enjin ketika di traffic light. Yang paling ketara masa aku di bawah ujian bapak aku tu adelah tangan aku mengeras dan setiap kali amek selekoh, kompom keras punya. Oh, aku sungguh malu becerita kepada kalian, tapi tak mengapa. Mungkin korang boleh jadikan iktibar kisah aku ni.
Lepas daripada ujian tu, bapak aku banned aku bawak kereta tu selama beberapa bulan. Dan selepas tempoh pergantungan itu tamat, aku hanya dibenarkan bawak kereta tu di dalam kawasan kejiranan dan yang takde menempuh traffic light. Kesian tak? Kalau tak salah aku, tempoh pergantungan tu tamat bila dah dekat nak SPM kot. Lama gak la aku rasa. Tapi aku tak kesah pun masa tu, janji aku dah ade lesen kereta. Bukan niat nak berlagak dengan member, cuma untuk kesenangan di kemudian hari.
Nombor 5 : Kali pertama aku pakai henfon
Zaman aku skolah, aku tak pernah pakai henfon. Tapi aku takdelah sampai jahil functions yang terdapat dalam henfon. Dan henfon pertama yang aku pakai adelah Nokia 8210 kepunyaan bapak aku. Dia bagi aku sebab dia baru beli henfon baru masa tu, yang skrinnya ade colour la. Jadi yang lama bagi la kat aku kan. Masa tu aku dah dekat nak masuk ke KMNS dah. Tinggal lagi dua hari je kot nak register.
Jadi besoknya aku pun kuar la ke town untuk carik satu nombor dan nombor yang aku cekau adelah nombor Celcom aku skang ni. Lama kan aku pakai nombor ni. Adelah dalam 5 tahun. Still aktif walaupun tak ramai kawan aku yang pakai Celcom. Masa tu aku agak giler dengan housing sket, jadi aku pun pegilah beli housing kaler hijau menyala. Memang cun beb. Tapi bila aku pikir² balik, sekali pandang memang la cun, tapi kalau selalu sangat pandang, boleh nampak cam keling punya henset lak.
Tapi gi mamposlah, henset aku kan..hahaha.. Mula² pakai henset niaku tak brapa nak pandai sangat SMS neh. Jadi untuk berhubung dengan orang, aku akan call. Perghh, macam orang kaya aku masa tu. Tapi memang tak perasan la kredit tinggal brapa masa tu sampailah aku takleh nak call orang dah. Lepas daripada tu, barulah aku belajar bab² SMS nih. Urghh, jahilnya aku masa tu.
~
Okeyla, panjang sangat aku merepek untuk satu tag ni. Nanti nak layan tagsi Azrul lak. Hmm..tag ni secara tak langsungnya telah mendedahkan diri aku yang sebenar. Itu adelah salah satu sebab aku malas nak layan tag ni. Sebab aku akan merepek tanpa disedari.
Aku tak mau tag sesapa. Jangan paksa aku. Tapi kalau ade yang nak buat, silakan. Cuma bagitau kat dalam ruangan komen ni je.









AyUmi berkata,
Mei 8, 2008 @ 6:09 pm
ohh first kah?
AyUmi berkata,
Mei 8, 2008 @ 6:10 pm
hoyeah~
looooooooong entry.. huhuhu~
SUSHI SANGAT SEDAP LAAA!!!!
zuriaf berkata,
Mei 8, 2008 @ 8:30 pm
tak best la…mau muntah la…err, panjang eh entri ni..baru tau kehebatan saya..
saffa berkata,
Mei 8, 2008 @ 10:45 pm
yup! bab2 tulis entri panjang2 ni confirm jatuh kepada encik zuriaf !! LOL
cikf=) berkata,
Mei 9, 2008 @ 12:44 am
knp tbe2 en.apai rajin buat tag????
cikf=) berkata,
Mei 9, 2008 @ 12:46 am
knp xde kali pertama bercintan cintun…hahahaha
zuriaf berkata,
Mei 9, 2008 @ 9:31 am
saffa : yeah..dah lama aku tak buat entri panjang macam ni..hahaha..inilah kehebatan aku..merepek dengan panjang gile babeng..
cikf=) : err, entahlah..mungkin sebab duk rumah tak tau nak buat apa, so, apa salahnya layan tag..
err, dah agak dah, mesti ade yang akan bertanya soalan macam ni. dan saya memang dah agak yang awak akan tanya..shuuushhh..senyap² sudah…
AyUmi berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:31 am
ala.. fairuz, malu eh nak cite pasal kali pertama jatuh cinta? hahaha~
Tag Lagi La Nampaknya « Fairuz Mokti berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:32 am
[...] Err, ade dalam entri sebelum ni. Klik sini kalau nak layan. [...]
zuriaf berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:38 am
hahaha…nanti jadi lain la kak kalau citer..bahayasss…
aishah berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:42 am
panjangnya. hahah. tak larat nak baca. *jangan marah*
zuriaf berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:49 am
takpe…
buzzybug berkata,
Mei 9, 2008 @ 10:58 am
kata x suka jawab tag, tp, bila cakap diri dia cute terus jawab ye? haha… ok, next time i want to tag u, sure akan puji2 dulu… hehe…
zuriaf berkata,
Mei 9, 2008 @ 11:07 am
adeh…abes la saya macam ni…jangan la menganiaya saya kak…lagipun, pujian itu haruslah datang dalam bentuk yang ikhlas..hehe
نورنانا berkata,
Mei 9, 2008 @ 1:44 pm
lama akak x singgah blog kau..
pengkomen blog fai berkata,
Mei 9, 2008 @ 4:58 pm
nana ko lupa jln ya.. hehehe
kalau baca entry yg pepanjang ni kan, otometik ingat kat AyUmi.
dia ni maleh sket nak baca entry yg pepjg.. hahaha
kan AyUmi dear kan? heheh
zuriaf berkata,
Mei 9, 2008 @ 8:41 pm
نورنانا : heh, akak kan busyyyy… hehe
pengkomen (yang aku rasa t.a.t.a) : ishh, AyUmi ni nak kene ni..dia memang malas nak baca entri yang panjang² eh..takpe, tapi aku rasa yang entri aku dia akan baca…
~zAtiE~ berkata,
Mei 11, 2008 @ 12:01 am
aku baca smpai abes..hohhhoo~
zuriaf berkata,
Mei 11, 2008 @ 8:56 pm
zatie : biasanya aku tulis memang panjang..trimas sebab baca sampai abes..femes kan blog aku..? hahaha…
~zAtiE~ berkata,
Mei 11, 2008 @ 10:38 pm
woww..femes nye blog ko..bwat ombak skit~~~~~
~zAtiE~ berkata,
Mei 11, 2008 @ 10:43 pm
sikit lg nk tmbah..
mane x femes..ko da lama dlm arena blog nih..
ak maseh hijau..hih3
zuriaf berkata,
Mei 12, 2008 @ 1:02 am
zatie : takpe, aku boleh tolong femeskan blog kau..tapi aku rasa layout kau kene kasi tune sket la..baru best orang nak masuk..senang nak baca…
t.a.t.a berkata,
Mei 12, 2008 @ 2:31 pm
fai, tul la aku la tu.. heheh maleh nak login!
eleh tak de nya dia nak baca entry ko yg pepjg tu.. huhuh~
*sakat fai*
zuriaf berkata,
Mei 12, 2008 @ 8:25 pm
aku sedih la AyUmi tak baca
~zAtiE~ berkata,
Mei 12, 2008 @ 8:37 pm
x reti la..hehehe
zuriaf berkata,
Mei 12, 2008 @ 8:53 pm
ceh…nanti aku bitau camne…