Lembab Macam Siput
May 12, 2008
Aku bukannya Lelaki Kilat, tetapi aku rasa aku laju. Dari pintu pagar UUM ke plaza tol Senawang cuma mengambil masa 6 jam dengan dua kali berenti. Satu untuk makan tengahari, satu untuk solat. Aku tak tau sama ade aku kene speed trap atau terlepas. Papan tanda tulis 110km/j, tapi aku tengok meter kereta aku 140km/j. Maklumlah, kereta bapak aku, automatik transmision lak tuh. Memang la best menekan pedal dan bermain di lane kanan aje.
Tapi bukan bende tu yang aku nak citer. Aku nak citer tentang bende yang aku tak suka semasa kat highway. Memandangkan Pembebel dah lama tak membebel pasal manusia dan kereta, jadi benarkan aku mengambil alih sekejap peranan beliau membebel itu.
Korang kan tau yang aku baru pegi ke Utara hari tu dan semalam baru kembali. Jadi adelah beberapa perkara yang bikin aku panas dan membuatkan aku bengkek semasa memandu. Yang pertama, aku cukup bengkek dengan pemandu yang bawak kereta kat lane kanan skali, tapi bawak slow, lembab nak mampos. Aku guna cara sopan dengan bagi signal kanan, tanda nak potong, tapi tak paham² jugak. Cuba guna cara kurang sopan sket, bagi lampu tinggi. Tak paham jugak. Sah ini pemandu kurang ajar namanya. Aku macam biasa akan membuat spekulasi yang pemandu itu adelah seorang Cina tua. Dan aku betul. Oh ya, kereta yang aku maksudkan adelah Mercedez model lama kaler merah. Apa hengat dia pakai kereta macam tu dia boleh duk lane kanan setiap masa ke!! Hangin tul aku.
Lagi satu yang aku hangin adelah, sedang elok je aku laju kat sebelah kanan, dan² time² tu lah ade kereta nak masuk lane kanan secara mengejut dan dengan tak bagi signalnyer, untuk potong kereta yang sememangnya bergerak macam siput kat kat lane kiri. Pulak tu bila dah masuk lane kanan, tak gheti nak up kan lagi speed. Lembab. Bukan kereta kancil pun, kereta besar lak tu. Terpaksalah aku brek. Kalau tak, aku langgar bontot kereta tu lak kan. Naya plak. Macam la dia takleh tunggu lepas aku lalu dulu baru dia nak potong kereta depan die tu!! Bila aku potong kereta dia dan aku pandang dia, dia boleh buat muka kerek lak. Kurang ajar betol.
Yang kedua bila tiba perkara yang berkaitan eksiden. Kalau tak salah aku, masa tu kat lebuhraya menghala ke KL kat area UPM kot, ade eksiden. Aku tak perasan sangat kereta apa, tapi aku sempat jeling yang bahagian depan kereta tu remuk sket (jeling jelah sempat, dah aku memang laju masa tu..hehe). Kereta tu langgar apa, ade kematian ke tidak, aku tak tau la. Tapi aku rasa takde. Sebab takde ambulans yang aku jumpa daam perjalan aku tu. Lagipun bukannye aku suka nak menybok pun. Erm, eksiden tu plak kat side sebelah lagi satu. Masa aku lalu tu, kereta tu dah dialihkan ke lorong kecemasan pun. Jadi aku agak, dah lama gak la eksiden tu berkesudahan.
Tapi yang tak bestnya (walaupun bukan kat side aku), orang yang lalu kat situ sumernya nak tengok kereta yang tersadai tu. Jadi bila bende macam tu pun nak disaksikan, maka akan berlakulah kesesakan. Itu sumer disebabkan terdapatnya manusia² yang ingin menyaksikan bende² tak berfaedah yang terjadi. Kenapa aku kata tak berfaedah? Sebab kebiasannya orang hanya akan tengok je kejadian tu tanpa mengambil iktibar. Ade ke orang bila tengok eksiden terus jadi insaf dan mula bawak kereta macam siput dan terlampau berhemah? Aku rasa takde. Okeylah, jangan jadi byers sangat. Aku anggap la ade sket orang yang macam tu. Tapi berapa lama keinsafan tu bertahan? Paling koman pun sekejap je. Kalau ade yang melibatkan kematian atau darah terpancut², tu lain cerita eh.
Biasanya lepas je tengok eksiden macam tu, lepas lalu je kawasan kemalangan, andaian² akan mula dibuat. Sapa yang salah. Apa puncanya. Dan macam² lagi. Cuma satu je aku tak suka. Kesebokan masyarakat Malaysia yang kononnya “prihatin” terhadap bende² macam ni selalunya menyusahkan orang lain. Hasilnya, eksiden tu menyebabkan kesesakan sepanjang 10KM kalau tak salah aku. Itu satu. Eksiden kedua yang aku jumpa kat area selepas R&R Nilai (tak ingat kat mana). Yang tu pun menyebabkan kesesakan walaupun kereta yang eksiden dah dialihkan ke lorong kecemasan.
Hmm, aku cuma membayangkan kalau la aku ade kat side sebelah sana, dan nak menuju ke KL sebab ade urusan penting, mesti aku dah sumpah seranah kat orang² yang busy body nak tengok² eksiden tu. Aku takkan menyumpah seranah kat orang yang eksiden okey. Tak elok tau..hehe.. Bende dah nak jadi kan, nak buat macam mana lagi.
Jadi kepada pemandu² sekalian, berhati² di jalan raya. Ingatlah mereka yang tersayang.
~
Manchester United menang EPL. Takpe. Champions League Chelsea punya!!
p/s : cuba korang baca ni.






May 12, 2008 at 10:59 am
yeahhh~!!! first!!!~~~
marah betul kamo yek. tenang2 pak. len kali kalo jumpa lagik manusia cenggitu, kamo jerit kuat2 sama die “deyyy thambiii!!! lu takdak otak ka???”
Pesanan ikhlas dari aria ayumi.
ngehhh~!!
May 12, 2008 at 11:47 am
alamak.. chelsea sekadar seri..
takpe.. takpe..
chelsea tetap di hati.
* klu la kete2 kite dilengkapi meriam or else.. mahu je aku tembak semua kete yg hampess itu… ekekekeke
** salam kenal.. maaf mencelah ya
May 12, 2008 at 1:53 pm
ala…jangan la marah sangat..sifat amarah di jalan raya nanti selalunya menjadi sebab kepada kemalangan (kata ahli2 pengangkutan) hehehe..
wah..peminat2 chelsea nampaknya di sini hehehe…
May 12, 2008 at 2:37 pm
Kat tempat aku kondisi jln raya lane kiri lebih cantik compare tu lane kanan.
May 12, 2008 at 2:42 pm
Wigan tak boleh diharap..
punah harapan aku nak gelakkan membe2 aku..cis~
ui…rilek bro..
takde pekdah marah2 kat orang yang tek reti etika jalan ni..
yang penting kita membuat pemanduan yang mantap..haha~
May 12, 2008 at 3:36 pm
kenapa orang slow bila ada kemalangan?
Sebab nak tgk betul-betul keadaan kemalangan. Manalah tahu kaum kerabat atau kawan-kawan kita yang ditimpa kecelakaan. Itu andaian saya. Jadi saya tak marah traffic slow jika ada kemalangan.
Kalau kat kampung, ada kemalangan abah saya pasti berhenti, tolong apa yang patut. Dah lah kete abah ada bermacam gajet menyelamat dan memotong besi. hahahaha…
May 12, 2008 at 3:44 pm
ngaa…
May 12, 2008 at 3:45 pm
“dia selalu dengki dgn aku” <<ngaaaa..itu description ko pada aku…??? ngaaaa!!!
May 12, 2008 at 3:49 pm
owh..betul2!!
aku sokong..cina tua bawak pelan nak mampus..haha
aku pun da byk kali jadi cm ko ni..sbr jela..diorg tu insan istimewa..harhar
May 12, 2008 at 7:12 pm
Sabar.. sabar.. bawak2 bertendang.. eh no! Bertenang..
May 12, 2008 at 7:55 pm
ko rasa ader yang tengok nombor tak???
May 12, 2008 at 8:27 pm
aku da agk dh..MU msti mng lg kali nie..hahhaaha
ak akn tutup mata kalo nmpk eksiden..if ak x drive lar…huhuu
owwwhh..ko pkai kete auto ker..
May 12, 2008 at 8:36 pm
crayon kakak : okey, aku jerit kuat² ye…
fara : mungkin kau bakal dijejaki White House..dikhuatiri klan Osama Laden lak kan..hahaha..err, apa link kamu?
tongah : tulah pasal, lupa nak mintak advise kau sebelum aku post entri ni..hahaha…
t.a.t.a : sebab tak ramai yang guna lane kiri, itu pasal cantik lagi…
hamakakun : memang tak bleh pakai betul wigan ni..chelsea pun sama je..boleh seri kat home..sengal…err, aku adelah pemandu yang mantap…
Bayan : kamu seorang yang prihatin…sangat bagus ade orang macam kamu, bukan macam saya ni..
lydiarayyan : kau tak suka ke? nak aku tukar tak? tapi takde idea..bagi la sket…
mahsyar : aku jumpa apek tu..die berenti kat Tapah..dia berjalan memang kene ade orang pimpin..hahaha..tapi bawak kete masih gagah lagi tu..
Sindarellalala : okeh, skang dah cool…cool..cool…
redapples : kompom ade…!!
May 12, 2008 at 8:36 pm
zatie : kate bapak aku auto..ikan aku manual..kau takut dengan darah ke? hahahaha…
May 12, 2008 at 8:43 pm
owhh..oke2..hhaahaa..x caye ak klau ko pn nk pkai auto..hihhii..
xla..mn de ak takot darah…betol.x takot..lalala~
May 12, 2008 at 8:54 pm
kau memang tak pandai menipu la..muahahaha….kau takut darah..tu pasal tak pakai baju kaler merah kan..
May 12, 2008 at 11:40 pm
hoho… pi utara hujung minggu?? baik cek saman tuh… hahaha…
uishh… mmg banyak benda irritating masa memandu~ lagi la dapat pemandu x paham bahasa…
dan time eksiden pun menyakitkan hati gak… ingatkan jem sebab apa laa… rupa2nya nak tgk eksiden…adehh!!
May 13, 2008 at 12:01 am
uishh, bahaya nih..saman lagik? tak larat nak bayangkan dah…
yeah, saya pun benci dengan pemandu tak paham bahasa lalu lintas nih..menyusahkan umat manusia…
May 13, 2008 at 12:46 am
esh…aku pun benci orang camtu…. tapi aku benci lagi lori yang cam sial n babi… aku benci driver cine yang drive cam gampang. tapi kan.. yang part accident tu… wat aku trase la sebagai peng accident… huhuhu…
aku rase ko dapat 5 speedtrap kot.. lalala..
May 13, 2008 at 1:33 am
tibe2 izZa plak rase mluarp2 kemarahan dlm hati ni.hahaha.. sbb sume yg zuriaf ckp tu penah kene kat izZa. nk slow pn msuk lane kanan, siput tul la!! nk tukar lane x bg signal n mcm2 lg karenah pmndu di mesia nih.
lg 1, x kisah la org nk kate kutuk kaum sndiri ke hape, tp bdasarkn pemerhatian.. pompuan mmg kedekut signal. patah ke tgn tu nk petik signal?
ps: i drive n i’m a girl, but my friend said i drive like a man..hahahaha..
May 13, 2008 at 7:45 am
kalau eksiden semua orang nak tengok. jakun.
May 13, 2008 at 9:37 am
bukan jakun, cuma saja nak buang masa.
apsal lambat? ada xciden!
huhu~
May 13, 2008 at 10:16 am
wandalini : aku memang gerun kalau lalu sebelah lori..lebih² lagi kalau treler panjang..uishhh..seriau..err, 5 je ke? macam sikit sangat je..hahaha…
arasis : heh, ramai lagi yang ade pengalaman cam aku ni…err, kau perempuan yang macam mana eh? macam laki bila drive? boleh la aku upah kau jadi drebar aku nanti ye..hahaha..
AyUmi : memang pun..itulah malaysian..
t.a.t.a : banyak bende lagi kalau nak buangkan masa tu, tapi bukan kat jalan raya..hehe
May 13, 2008 at 1:31 pm
huuhu….
marah nampak…
sabo2 yek…
biase ler…
org nih mcm2 ragam….hehehhe
May 13, 2008 at 2:54 pm
kamo~!!! kamo letak link baru kite CRAZY-ON kakak!~~ hahaha cam best lah plk bunyik nye
May 13, 2008 at 5:49 pm
panjangnye…dah lame aku tak ke sini..ape2 pun,.kao bukan lelaki kilat, tetapi lelaki petir!!
May 13, 2008 at 6:44 pm
sesungguhnya pemandu di malaysia memang suka berperangai pelik…
banyak pelancong dari oversea cakap macam tu..
hehe..
May 13, 2008 at 7:35 pm
hahaha..aku jugak benci org yg lembab tapi dok fast lane.kalau leh kuar kete dan sepak tangan kaki dia dah lama aku buat..tapi apakan daya aku hanya mampu sumpah seranah dlm kete sniri je..cis! bedebah
May 13, 2008 at 8:29 pm
haha..
ko lum dtg sini lagi,lum tgk org sini bwak kete, motor, bas, cam ha***, hahaha..
nak lintas jalan? tengok kiri, kanan, kiri balik, lintas..? arwah le pastu. Sini kapla kene kasik pusing 360. Bas, lori, motor, lembu, basikal, scooter, kete, org jalan kaki, sume main redah je, undang2 suke2 hati.
chelsea gi le amek CL tu, kang bongkak SAF tu, nyampah gua, hahaha..
May 13, 2008 at 9:04 pm
afieyfahz : aku memang seorang penyabar pon…kalau tak dah lama aku langgar lari dah..hahaha…
crayon kakak : okeh..aku buat dah..kamu punya pasal..hahaha…
faerrin : berjanggut dah aku tunggu kau..mana blog kau ha??
orang yang baru abes exam : kau paham ke orang oversea cakap? ntah² orang indon kot yang cakap dengan kau macam tu..hahaha
M1N4M1 : itulah pasal..kalau boleh, nak je aku hantuk kepala orang macam tu kat stereng kete dier..biar padan muka orang macam tu..tapi nak buat macam mana, menyumpah dari dalam kereta jelah yang paling efektif boleh dilakukan..haha..
RashiD : apsal la kau nak jugak belajar kat sana eh kalau camtu..tapi kau ade terkena langgar tak setakat hari nih?
May 13, 2008 at 9:25 pm
nk buek cemano, dah rozoki kek sinun..
ade, langgar head-to-head ngan motor lain, malam, die x pasang lampu, naseb memasing da brake, heh..
May 13, 2008 at 9:49 pm
RashiD : umur kau masih panjang..haha..kalau tak, sia² hantar gi belajar jauh² tapi arwah sebab eksiden..rugi kerajaan..hahaha…
May 13, 2008 at 10:56 pm
ya Rabbi… awk bebetul letak CRAZY-ON kakak ke? adehhh. suka ati lah. janji ade link kite. eheh. moshi2
May 14, 2008 at 7:17 am
nak tukar ke? tak yah la…(walopun aku tak pasti motif kau sebenarnyeee) wahahaha
May 14, 2008 at 3:39 pm
lydiarayyan : hahaha..bagus²..
May 14, 2008 at 9:28 pm
saya tiada komen sbb saya bukan pemandu..
May 17, 2008 at 1:21 pm
ahaha. siot jek. disebabkan perkara2 gini yang selalu terjadi atas jalan raya lah, aku rasa nak beli bigfoot, lanyak terus siput2 bodoh itu. ahaha.
May 17, 2008 at 8:58 pm
saffa : takpe, nanti satu hari kamu akan jadi pemandu jugak..hahaha…
Pembebel : okeh, takdehal..lepas kau lanyak, aku nak pinjam lak..rasa cam megah je bawak bigfoot neh..