Back To School

May 14, 2008

Semalam aku pegi skolah. Skolah teknik. Ditemani oleh Kuncit (member aku yang dah kurus tu). Oh, silap. Aku yang menemani dia sebenarnya. Datang dengan tujuan untuk mengambil sijil English 1119. Aku tak rasa teruja pun untuk ambek sijil tu sebab aku punya result English tu tak superb pun. Tapi aku temankan aje si Kuncit tu. Kalau diikutkan memang aku malas nak pegi. Malas. Tapi aku rasa cam dah lama giler je aku tak jumpa cikgu² aku, jadi aku pun pegi gak la.

Aku malas nak pegi sebab aku dah tau yang aku akan jadi bahan tatapan kat skolah tu. Gadis² skolah akan memerhatikan aku. Menyiul² pabila aku berlalu di hadapan mereka. Sambil buat² muka ego dan kerek. Nampak macho begitu apa. Sekaligus memberi gangguan kepada jiwa dan mental mereka kerana mereka akan memikirkan pasal kekacakan aku. Sebab aku hot aper. Oh tidaaakk. Sebab itulah aku malas nak pegi ke skolah tu.

Tapi persetankan itu sumer. Biar aku cerita sket. Pabila sampai kat skolah, daripada pondok pengawal aku dan Kuncit terus ke pejabat. Tanpa banyak bicara, terus je kiteorang cakap niat dan tujuan kiteorang bertandang itu. Akan tetapi, malang itu tidak berbau. Cikgu Husni telah menyedari kelibat kami di sana, lantas menghulukan salam perkhabaran. Dan dia mula lah bertanya itu ini seolah² dia ini SB pencen. Takpe, biarkan. Dia itu cikgu, dan aku ini hanyalah nobody. Dia tak pernah mengajar aku pun sepanjang dua tahun aku kat skolah tu.

Setelah sijil itu berjaya kami dapatkan, kami berjumpa pula dengan guru kelas kami, Puan Saemah Yusof. As my expectation she said, “Fa fa fa fa…Fairuz ke?” with her smile. Dan dia tambah “ya Allah, hensemnya, kacaknya, cutenyer dan tampannya“…ok, yang ini aku tipu. Sekadar penambah selera ketika korang membaca entri ni. Aku memang dah agak lepas je dia sebut nama aku dia akan kata mengenai transformasi badan aku yang dah mula mempunyai six pack. Tapi aku buat cool jelah sebab aku memang cool pun. Yang bikin aku tak bleh blah masa tu cikgu aku tu boleh lupa nama si Kuncit tu disebabkan dia dah jadi kurus, kurus sangat. Siot betul si Kuncit tu. Kenapalah dia kurus sangat sehingga membuatkan aku menjadi bahan cerita. Lepas tu kiteorang pun bla bla bla bla bla sampai lah dia kata dia nak pegi meeting. Lepas tu kiteorang pun kelaur la dari pejabat tu dengan harapan aku takkan masuk situ lagi dah. Kecuali sebagai pengetua skolah tu je..hehe..

Tapi lepas keluar dari pejabat, aku erbelah bagi sama ade nak naik pejabat atau terus cau dari skolah tu. Sedang coba untuk merancang, ternampak plak ustazah kiteorang. Bila dah nampak tu, takkan nak menyorok lak kan. Terus la jumpa dan borak² kejap. Dan macam aku dapat agak, sekali lagi six pack aku dipuji melambung². Tapi dengan cara pujian yang baik la. Itu sumer sebab si Kuncit tu dah kurus sangat.

Lepas tu, kiteorang terus cau ke town sebab aku nak gi beli beg. Tapi sempat gakla main bowling kat JJ Seremban 2 tu. Heyy, mestilah aku menang lawan si Kuncit tu. Sudah main, aku pun balik la ke rumah.

~

Pagi ni aku akan balik ke Skudai. Ade gerak kerja program Pesta Konvo. Masih di unit yang lama, unit penajaan. Jadi, lepas ni aku akan berlintas langsung daripada UTM Skudai la ye. Nantikan kemunculan aku di sana..di sana..di sanaaaaaaaa…

23 Responses to “Back To School”

  1. lydiarayyan Says:

    yihaaaa!!1 pes!!pes!!

    aku malas nak gi skola lama sbb cikgu ramai dah takde…banyak cikgu baru..sekolah plak banyak renovate…dah ghupe lain dah…nak reminisce kenagan silam pun dah takde feel…huhuhu

  2. fara Says:

    aku pun dah tak suka p sekolah aku yg sekarang. cikgu kesayangn dah posting tempat. pengetua dah bertukar ganti. bangunan baru byk yg dah didirikan. kenangan lama byk yg dilupuskan.. uik.. ape aku merepek lagi.. hehehe

    * link sy http://fgurlz.wordpress.com/ > silalah ke teratak yg tak seberapa nih :P

  3. aremierulez Says:

    sekolah menengah aku sekarang tak best..
    banyak keaslian sebagai sekolah premier yg bersejarah telah di musnahkan oleh pengetua yg bingai dan pemerintah kuku besi..

  4. afieyfahz Says:

    hurmmm…..
    da balik ke utm skudai y tercinta rupenye…
    hehehhe
    memang ler ko nih setia ngan utm kan…
    hahahhaha

  5. buzzybug Says:

    hahahaha… dah tau sgt dialog itu dialog tipu~ ahhaaha…

  6. pandagumuk Says:

    aku pun xmo g skolah lame sbb bende yg same.haha.lgpun,da bukan skolah aku kan.rase x besh.kang byk lak aku komplen.

  7. zuriaf Says:

    lydiarayyan : kau ni sentimentel sungguh la…nak feel la bagai kalau nak imbas kenangan lama..hahahaha..

    fara : penambahan bangunan skolah demi memenuhi keperluan masa skang…tapi kita sebagai orang lama skolah tu, mungkin rasa tak best..aku pun rasa macam tu gak..

    aremierulez : apa kata kau bangkit membuat demonstrasi..kumpulkan sumer budak batch kau..biar pengetua tu berundur..hahaha..

    afieyfahz : ye ye..dah ade kat UTM dah ni..setia? ye kot..

    buzzybug : kadang² dialog itu memang betul² wujud…cuma aku sekat daripada dikhabarkan di dalam blog sahaja..hahaha..

    pandagumuk : hahaha..kau memang kaki komplen kot masa zaman skolah…

  8. crayon kakak Says:

    “ya Allah, hensemnya, kacaknya, cutenyer dan tampannya“

    hoho~!! mula2 tgk entri ni, fokus kat ayat ni dh. tak tau nape. rs mcm ade magnet je. ahahaha

  9. zuriaf Says:

    crayon kakak : hahaha…itu maknanya kamu mengakui kebenaran ayat aku itu..hehe.. :)

  10. saffa Says:

    saffa pun nak balik skolah! uwaa~ 16mei hari guru.

  11. z[A] Says:

    erm..pesta konvo smpai bile ek???aku akn pulang ke skudai 11 jun..hukhuk~

  12. t.a.t.a Says:

    “hensemnya, kacaknya, cutenyer dan tampannya“

    fai, aku dah agak dah itu semua.. hohohoh konon je aa ko nih…

  13. mahsyar90 Says:

    wah..esok hari guru..
    rase nak dtg skolah balik je..

  14. zuriaf Says:

    saffa : eh, yeke? dah lupa la..hehe :)

    z[a] : err, pesta tu bulan 8 nanti la…eh, awal giler kau nak balik sini..rindu ke?? hahah..

    t.a.t.a : kau jeles kan?? kan…

    mahsyar : kau bukan budak skolah lagi kan..tak perlu nak datang..haha..takde sapa nak hargai kau..muahahaha :)

  15. z[A] Says:

    aku kene balek sane awl sbb nak fly away~~~ade kerje menantiku di kawasan luar malaysia..

  16. zuriaf Says:

    z[a] : wow..nak ikut…boleh la ye..hehe :)

  17. ennaii Says:

    aku pn g skolah lama gak hr isnin baru2 nie..tp bkn skolah ak..skolah lma adik ak..skolah teknik cm ko jgk..ak juz teman dia jer..hehe..yg pelik nye dua org ckgu skolah tu igt ak xstudent situ.. padahal ak bkn skolah tu pown… penat ak berterus terang..haha..femes x aku..hik3

    wei..ko da blik utm?? smpai bile ko kat sana? kn pesta knvo tu lmbt lg.. huk3..ak pn bakal menyusul jua..hehe

  18. zuriaf Says:

    zatie : sebab muka kau kan spesen dengan adik kau..jadi aku tak heran..hahaha…err, kau dapat jadik AJK eh..hahaha..gila glamer la kau ni..weii, layan la wordpress, bertukarlah dari blogspot tu…

  19. izam79 Says:

    aku sekolah dah tak pergi sebab skang ni aku dah keje..
    tapi bila di pikir2kan balik rasa teringin jugak nak pergi sekolah…
    nak suruh cikgu ajar macam man nk jadi org yang boleh buat duit..

  20. zuriaf Says:

    izam : hahaha…bende tu kadang² tak sumer cikgu boleh ajar..maybe cikgu subjek perdagangan boleh kot..

  21. izam79 Says:

    cikgu tu ngajar psl akaun jer..psl nk buat duit dia tak pandai..huhu
    aku dulu masuk kelas perdagangan.la..
    skang ni aku nk cuba blajar wat duit..kalau rajin g ronda2 jap kat blog aku..tgk apa2 yg patut

  22. zuriaf Says:

    izam79 : mana link blog kau?

  23. izam79 Says:

    oppsss sory bro..lupa letak lak..heheheh
    izam79.wordpress.com


Leave a Reply