I Need More Sponsor

Aku takde idea nak cerita apa kali ni. Hmmm..pikir jap eh.

Okeh, dah dapat idea. Mari mulakan.

Errmm, mungkin dah ade yang tau, mungkin jugak ade yang tak perasan. Sebenarnya aku dalam tempoh bercuti semester, tapi aku takdelah cuti sangat. Sebabnya aku masih ade kat UTM terchenta ni untuk menabur bakti demi nusa bangsa. Cewah! Sebenarnya aku terlibat dengan satu program yang akan berlangsung pada bulan Ogos ni. Jadi masa cuti ni aku duduk di UTM untuk melakukan gerak kerja di samping mengerakkan apa² yang patut untuk digerakkan.

Kalau korang nak tau, program tu adelah Pesta Konvokesyen ke 41 UTM. Tapi kalau korang taknak amek tau, takpe la. Lantak korang la. Tak penting sangat pun dalam hidup korang kot. Hmm, dalam program ni aku telah dilantik sebagai salah sorang AJK dalam Unit Penajaan & Sumbangan. Okeylah, aku spesifik kan lagi sebelum orang lain cakap macam² kat aku kan. Aku sebenarnya telah melantik diri sendiri sebagai Ketua Unit Penajaan sekaligus menggulingkan ketua unit sebelum ni disebabkan beliau sedang menjalani praktikal. Kejam tak? Lantaklah, aku dah gila kuasa..muahahaha…

Okeh, aku tau ade yang nak kutuk aku tu. Takpe, silakan.

Tapi aku ade letak syarat jugak. Itupun hanya akan menjadi rasmi kalau aku dapat cekau satu penaja utama. Penaja yang bagi sponsor masyuk punya. Dan hanya selepas tu baru pangkat aku akan menjadi rasmi..hahaha.. Tapi so far aku hanya baru dapat satu penaja kecil²an je. Susah gak nak carik penaja bagi satu² program ni walaupun Pesta Konvo ni merupakan program yang besar. Even ni kali kedua join Pesta Konvo dan kali kedua jugak di bawah unit yang sama, aku tetap rasa susah. Ntah apa mimpi aku mintak unit yang sama pun aku tak tau la. Mungkin masa tu tengah mengong agaknya.

Eh, apsal aku citer bende ni kat sini? Argh, lantaklah. Aku dah malas nak perah kepala otak nak buat citer lain. Sebelum entri ni melabuhkan tirainya, aku ingin berpesan, SILA JANGAN TANYA AKU MACAM MANA NAK BUAT KERJA² PENAJAAN. Aku malas nak layan..hahaha…

12 Respons sehingga kini »

  1. 1

    wandalini berkata,

    Jun 22, 2008 @ 2:55 am

    sangat ketara kegilaan kuasanya.

  2. 2

    buzzybug berkata,

    Jun 22, 2008 @ 5:47 am

    sungguh gila kuasa!! apesal x gulingkan suma ketua2 yang ada kat situ? hehhehe…

    good luck carik penaja, bro!! ;)

  3. 3

    pandagumuk berkata,

    Jun 22, 2008 @ 7:51 am

    aku x suke kalau kene wat kerja penajaan.xsuke x suke!

  4. 4

    AyUmi berkata,

    Jun 22, 2008 @ 8:52 am

    kalau akak tanya, nak layan tak???

  5. 5

    fieza berkata,

    Jun 22, 2008 @ 2:30 pm

    erm… jbtn penajaan mmg la pening time nk cr penajaan. heehhe.. mulut kena manis, baik punya… proposal pon kena tip top punya.

    dulu fiza masuk jabatan pertandingan… senang nk dpt penajaan sebab kita dh fokus pertandingan apa yang berkaitan dengan penajaan yang kita nk minta. tp dua kali join, still dalam jabatan yang sama.. seronook jadi ajk konvo, byk ilmu dapat. penat pon berbaloi…. :)

  6. 6

    athena berkata,

    Jun 22, 2008 @ 7:43 pm

    haha..with great power, comes great responsibilties.

    gudluck, bro

  7. 7

    !x0r@ berkata,

    Jun 22, 2008 @ 9:41 pm

    patutla orang lain cuti tapi awak tak cuti.. hehehee

  8. 8

    alan berkata,

    Jun 23, 2008 @ 10:32 am

    Kejam tak? Lantaklah, aku dah gila kuasa..muahahaha…
    <—-tapi X LA SEKEJAM AKU..gulingkan senior sendiri ahhaha pastu sume mende nak handle? lagi gile kuasa hahahaha

  9. 9

    zuriaf berkata,

    Jun 23, 2008 @ 2:46 pm

    wandalini : heh..ini hanya sikit je…belum aku tunjukkan kegilaan kuasa aku lagi yang sebetulnya..hahaha…

    buzzybug : ketua yang lain kat sini tunggu masa je untuk digulingkan oleh saya..hahaha..err, trimas ye :)

    pandagumuk : aku suka.sebab masa konvo aku boleh goyang kaki..hahaha..

    AyUmi : okeyla²…saya layan la…meh la tanya…hahaha…

    fieza : yeah..memang seronok…penatnya berbaloi sebab dapat banyak bende baru….

    athena : thanks :D

    ixora : haaaa…skang awak dah tau kan..

    alan : kau legend beb…takpe, sebelum aku kuar dari UTM ni, aku akan cuba mengatasi kau..muahahaha…

  10. 10

    Mr Ah Fa berkata,

    Jun 23, 2008 @ 10:17 pm

    takpe, blog mrahfa.com janji takde orang nak gulingkan :-D

  11. 11

    Soleh.Net » Kenapa kerani awam semestinya begini? berkata,

    Jun 24, 2008 @ 7:19 am

    [...] Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sama ada pihak atasan, mahu pun bawahan, mahu pun pihak yang sedang mencari sponsor. [...]

  12. 12

    zuriaf berkata,

    Jun 24, 2008 @ 11:27 am

    Mr Ah Fa : hahaha…sebab kamu hacker.. :)

RSS Komen · URI Trackback

Katakan