Hmm… Tiba² takde idea plak nak tulis apa kat sini. Tadi macam ade. Lepas tu terus takde. Ingat² nak cuba carik balik idea tu dalam buhsan² ni. Tapi macam malas lak. Idea tu macam cuba untuk melarikan diri daripada aku.
Sebenarnya dalam 1,2 minggu yang lepas, aku ade tengok blog stats aku. Aku maksudkan kat sini yang kat bahagian referrers tu. Sapa yang ade wordpress mungkin dapat faham apa yang aku maksudkan setakat ni. Ok. Macam ni, dah agak lama jugak aku perasan bende ni, cuma dalam minggu² lepas antara keywords yang paling mengejutkan aku yang orang lain guna nak capai ke blog aku adelah FAIRUZ MOKTI. Eh, ade ke orang yang nak carik blog aku dengan keyword tu? Memang ade pun. Dan dalam satu hari tu pernah mencecah sampai 6 kali carian keyword tu kat blog stats aku. Sambil² tu ade lagi la carian yang lain kan.
Cuma keyword tu semamangnya menunjukkan sesuatu yang agak obvious. Mula² tu aku memang tak kesah sangat. Tapi lepas dah bukak semester baru, aku baru perasan sesuatu. Orang² yang di sekeliling aku dah mula membaca blog aku. Itu termasuklah adik aku yang dah mula membaca blog aku lebih kurang sebulan yang lepas. Macam mana dia jumpa pun aku tak sure. Tapi macam boleh dijangkakan je. Macam tu jugak dengan orang² yang di sekeliling aku. Maksud aku, kawan² sekelas aku dan jugak budak² AJK Pesta Konvo.
Jadi nampaknya penulisan aku dah mula menjadi laris macam membaca Utusan Malaysia secara online..hahaha.. Mungkin jugak aku perlu mengawal bentuk penulisan dan gaya penulisan aku bermula sekarang ni. Mana la tau satu hari nanti bapak aku pulak mula membaca blog aku ni..hahaha.. Tak ke haruuu je masa tu.
Sebenarnya, masa aku mula² menulis blog, aku agak kesah mengenai orang² yang membacanya. Bukanlah aku ingin menyorokkannya, tapi cuma tak berminat nak menghebahkannya. Bukan apa, blog aku ni pun bukanlah best mana pun. Cuma sedikit bingkisan hidup aku yang tak berapa nak menarik je. Tapi lantak aku la kan. Aku nak tulis, aku punya pasal la kan..haha.. Okey, itu dulu. Tapi skang ni aku dah tak heran dah. Sapa nak baca, silakan la. Lagipun Page Rank blog ni pun dah cecah angka 5 kan. Cuma kurang satu je nak sama dengan Berita Harian Online..hahaha..
Cuma kalau boleh, aku nak mintak sapa² yang singgah dan baca, tinggalkan la komen. Khususnya kepada silent reader blog aku ni (ade ke haa?). Aku pernah singgah di satu blog yang menyatakan “Baca entri di blog orang lain tanpa meninggalkan komen umpama berak tanpa membasuhnya“. Agak kasar jugak bunyinya kan. Jadi…renung²kanlah dan selamat beramal….









AyUmi berkata,
Julai 23, 2008 @ 5:53 am
awak set blog awak untuk boleh search di google and other engine, for sure la orang lain boleh cari siapa fairuz mokti.. hehe.
anyway, dah jadi ‘laris’ ni.. takdak makan-makan ke?
KNizam berkata,
Julai 23, 2008 @ 7:43 am
perghhh glamer la lepas neh. sure mencanak2 naik alexa ranking ngan google pagerank neh. hehe
!x0r@ berkata,
Julai 23, 2008 @ 10:26 am
haha.. sebut pisang goreng, dah lama saya tak makan. aritu teringin sgt nk makan.. kuar nk g beli tp tgk2 takde jual pn ptg tu.. kuciwaaa.. huu
cikf=) berkata,
Julai 23, 2008 @ 12:25 pm
goreng pisang???sy rindu la nak makan cendawan gorang kat johor~muahahaha
ImamKhalid berkata,
Julai 23, 2008 @ 12:46 pm
Ye la ye la aku basuh berak laaaaaa…..
P/s: Jadi silent reader pun pun takleh ker..? (oops pecah rahsia)
RashiD berkata,
Julai 23, 2008 @ 3:03 pm
x basuh berak? ala, bukan selalu, hehe..
bayan berkata,
Julai 23, 2008 @ 3:20 pm
Kadang-kadang pembaca yang masuk blog kita tu tak tahu nak bagi komen, apatah lagi jika entri berkenaan gagal mencapai ‘kimia’ dengan pembaca tadi.
Jadi, tidak boleh salahkan pembaca senyap….kan?
Pasal blog tu, saya rasa orang yang terdekat dengan awak sengaja taip keyword tu kat google dengan tujuan yang diorang sendiri tahu. Pada mulanya diorang bukan tahu pun awak ada blog….
tup…tup kuarlah blog awak atas sebab-sebab yang cik ayumi cakap di atas tu…
Tapi emmang betul la perasaan awak tu. Jika dah ramai orang yang berdekatan dengan kita baca blog kita, rasa tanggungjawab tu menjadi lebih lagi. Tanggungjawab untuk memperbaiki mutu penulisan dan gaya bahasa serta isi kandungan blog.
Semoga dapat menghasilkan blog yang bermanfaat untuk semua. Selamat berjaya.
*maaf…panjang sangat ni.
aremierulez berkata,
Julai 23, 2008 @ 4:30 pm
berak tak basuh?
busuk lak blog ko ni karang…
no name berkata,
Julai 23, 2008 @ 4:39 pm
tapi kalau asik org je kena dtg blog awak dan awak tak ke blog org yg slalu komen awak pun, tak guna jugak…
buzzybug berkata,
Julai 23, 2008 @ 7:38 pm
hahaha… lepas ni sure ramai silent reader bg komen…
awak ada stalker kot… jeng jeng jeng…
zuriaf berkata,
Julai 24, 2008 @ 12:16 am
AyUmi : bajet takde nak buat makan²..hahaha…
KNizam : hahaha…harapnya macam tu la…
ixora : apa kata awak masak lak sendiri..mesti lagi best kan..
cikf=) : alaaa…cakap jelah nak saya belanja kan..hahaha…
ImamKhalid : oooo..kau la pembaca senyap aku eh..hahaha…takpe²..silakan membaca secara senyap lagi ye..jangan yak lak..hahaha…
RashiD : woi..kau tu doktor, mestilah kene basuh dulu kan..hahaha…
bayan : saya memang bersetuju dengan awak..kadang² memang sukar nak memberi komen disebabkan topik yang terdapat di dalam blog tu tidak mampu mencapai tahap indeks kimia yang diperlukan..ermm, saya pun ade memikirkan yang kawan² saya yang search guna keyword tu..tapi tak tau la sapa agaknya kan..hahaha..
aremierulez : takpe, aku mintak kau tolong basuhkan skali la..hahaha…
no name : biasanya aku akan buat kunjungan balas ke blog orang yang penah letak komen kat blog aku..itupun kalau dieorang ade letak link la..apa kata kau bagi link blog kau..ade berani tak??
buzzybug : stalker?? hahaha..taknaaakkk…
!x0r@ berkata,
Julai 24, 2008 @ 12:38 am
pisang takde masalahnya. kalo tak, dah lame saya goreng. rambutan ade la. takkan nk buat rambuatan goreng kot? hahahaha
zuriaf berkata,
Julai 24, 2008 @ 12:43 am
ixora : hahaha..awak boleh cuba resipi baru tau..mungkin awak boleh jadi pelopor yang berjaya kelak…dan seterusnya memulakan bisnes…hehe
!x0r@ berkata,
Julai 24, 2008 @ 12:48 am
takleh la.. rambutan ni ada musim. susah la nk buat bisnes. hahhaa
eh,paswed sy antar kt emel awk.gmail. ingt nk antar kt YM tp saya tak login YM.hee..
k la.. nk tido. ngntuk la plak. bye. haha.
p/s - sori komen tak munasabah. =p
afieyfahz berkata,
Julai 24, 2008 @ 12:54 am
bace blog ko nih teringun nak makan pisang goreng…
belanje ak…
hehehehe…..
qdetactive berkata,
Julai 24, 2008 @ 1:55 am
okla aku beri komen la lepas ni..
yang benar,
pembaca senyap.
(hahaha just kidding bro)
izad comey berkata,
Julai 24, 2008 @ 9:08 am
mesti ko kagum kan cmne angah leh jumpa?hahahaha..aku kan lebih hebat dari ko..kehkeh..
pasal mom n dad ko dunwery la..xkan ada nye diorg jumpa..sbb kan angah yg akan buka page kalo diorg nak tgk..hahahaha…
sedap kutuk blog ko ni..hahahaha…wekkk =p
ciq berkata,
Julai 24, 2008 @ 4:55 pm
owh..goreng pisang..emm cupcake dh buat .nnt nk wat pisang goreng laa..hehe..idea baik punyeee..mekasih la tuannye page..hihi..
Paris berkata,
Julai 24, 2008 @ 5:22 pm
i am a silent reader .. tapi hari ini saya komen. itu je nak cakap. hukhuk ..
en_me berkata,
Julai 24, 2008 @ 7:33 pm
kalo oghang taip nama sebenar me, mesti tak jumpa blog me yg ‘Memang Lumayan’ yg ittewww.. oghang itteww akan jumper laman web lain, kisah me masuk rancangan tv hampir jadi jutawan ittewww.. atau menang kete mewah yg ittewww juger.. ooops
en_me berkata,
Julai 24, 2008 @ 7:34 pm
koser uuu..
Mr Ah Fa berkata,
Julai 24, 2008 @ 9:05 pm
saya bukan silent reader, saya reader yang bising
Kikikiki, seronok baca blog student-student ni, rasa macam muda aje gua
!x0r@ berkata,
Julai 25, 2008 @ 12:47 am
Aik,bunyi macam Mr Ah Fa dah tua sangat la pulak.. hahaha.. padahal beza baper tahun je. hee =p
Arm berkata,
Julai 25, 2008 @ 12:14 pm
wuuu… bahaya beb.. kawan am ada sorang.. blog pasal kehidupan “jalangnya” masa studi di jepun.. dan mak dia dah jumpa blog jalangnya ittew.. kena panggil balik msia.. tau.. tutup blog tu dan bukak blog lain.. memang haru..
t.a.t.a berkata,
Julai 25, 2008 @ 2:06 pm
fai, apa kata kau belanja setiap blogger yg komen kat entry ni pisang goreng? mesti sedap tau fai. hehehhe
p/s: sila ye pertimbangkan cadangan di atas.
fiza berkata,
Julai 25, 2008 @ 4:42 pm
huhuh… alamak… nanti klu ramai camtu mmg busuk la jadinya blog ni… hehehe… bestnya cam pisang goreng, pisang goreng lagi best, belanja lagi best
medcham berkata,
Julai 25, 2008 @ 6:17 pm
hoho..
nasib baik aku pandai basuh buntut lepas berak..
hoho..
bloggers yang aku nak jumpa, dan kenapa? | Affuan.NET berkata,
Julai 26, 2008 @ 12:42 pm
[...] zuriaf! a.k.a fairuz - beliau adalah abang berbadan gempal yang sudah kelihatan sedikit kurus kerana mempunyai coach bina badan yang penyayang. eiiiiii. haha. aku nak jumpa beliau hanya untuk menemani beliau mengukur berat badan sahaja. kalo lebih 60kg, aku akan melantak kfc sensorang, tanpa mengajak beliau makan skali. muaahaha. [...]
zuriaf berkata,
Julai 26, 2008 @ 2:12 pm
ixora : gmail eh..ok²..nanti saya tengok..
afieyfahz : takde duit weiii…
qdetactive : haaa..bagus²..hahaha…
izad : kau punya blog pun cam buhsan je..
ciq : nak sket tau…haha..
Paris : owh..thanks
at least saya tau ade orang cam awak ni..
en_me : awak memang low profile kan..haha..
Mr Ah Fa : eh, muda ke? ahakss..
ixora : hahaha…Ah Fa ingat dia muda lagi kot..padahal tetap dah tua daripada kita kan..
Arm : ishhh..aku takde kehidupan camtu pun..jadi aku takkan tulis la..hahaha..
t.a.t.a : bajet takde..pitih tak masuk lagik..hahaha..jadi, saya tak dapat nak pertimbangkan cadangan saudari tu..
fiza : pisang goreng memang best..tapi belanja tu tak best la..hahaha..
medcham : nasib baik..kalau tak, aku simbah je dengan air longkang..hahaha…
zamz berkata,
Julai 27, 2008 @ 2:22 am
sure ramai peminat lepas ni hehe
Izzah Nadiah berkata,
Julai 27, 2008 @ 12:18 pm
heh..xde masa nak wat best2..keje tgh banyak ni..time blur jer leh tulis..kahkahkah
zuriaf berkata,
Julai 28, 2008 @ 3:43 pm
zamz : heh..ramai ke?? hahaha…
Izzah : heh…
izad comey berkata,
Julai 30, 2008 @ 8:38 am
cop2..angah xcari blog ko pakai search ye..hahaha..kat dalam ym time tu..ada kuar ko punya link ke blog ijau pucuk pisang ko neh..hahaha..
zuriaf berkata,
Julai 31, 2008 @ 1:02 am
izad : aik..ade ke? hahaha…celah mana lak datangnya link tu..hahaha…
izad comey berkata,
Ogos 7, 2008 @ 2:57 pm
tu la nama nye magik..hahaha..kuasa YM..ko jer yg xperasan..
zuriaf berkata,
Ogos 7, 2008 @ 9:36 pm
izad : ceh..