Kenapa Mesti Baju Raya?
September 24, 2008
Hmm.. Nak raya dah kan. Jadi macam biasalah, fenomena shopping akan mula berleluasa kembali seperti satu bentuk jangkitan virus. Sebenarnya fenomena ni dah lama bermula yakni sebelum bulan pose lagi, tapi ianya berjalan secara underground je. Tapi bila dah semakin menghampiri raya, kegiatan menghabiskan fulus ni akan dijalankan secara terbuka. Ditambah pula dengan tawaran daripada shopping complex sebagai pemangkin. Fenomena ni biasanya akan melanda semua, tapi lebih khusus kepada golongan wanita. Tak kira la wanita itu student atau pun yang dah bekerja.
Biasanya, selain daripada barangan mangkuk atau bekas nak simpan kuih raya yang dibeli, mereka yang terjangkit dengan fenomena ni juga akan membeli pakaian. Atau lebih mudah aku bahasakan ia sebagai BAJU RAYA. Konon²nya pada hari raya kita mesti berpakaian baru dan segak dan cantik dan sebagainyalah. Kenapa kita mesti beli yang baru dan tidak menggunakan atau memakai sahaja yang lama tetapi masih dalam keadaan yang baik? Kenapa? Mungkin sudah bosan dengan yang lama sebab selalu sangat dah pakai sejak raya tahun lepas agaknya.
Tak mengapa. Aku tinggalkan soalan aku tu tanpa sengaja ye. Korang pikir la sendiri.
Cuma kali ni aku nak bercerita mengenai istilah. Kenapa kalau kita beli baju bila dah dekat² nak raya ia akan dipanggil BAJU RAYA? Kalau kita beli masa masa hari² lain tak dipanggil dengan nama hari berkenaan lak ye. Aku amek contoh raya cina. Cuba korang beli baju dan bagitau orang lain yang kau baru je beli BAJU RAYA CINA. Tak ke pelik bunyinya. Tapi kenapa kalau nak raya je, istilah BAJU RAYA tu macam dah biasa je? Hmm, takde ke yang nak beli BAJU THAIPUSAM..haha..
Okey, dah melalut lagi. Ni mungkin berpunca daripada gejala semakin hampir untuk pulang ke kampung. Jadi aku nak terus kepada kesimpulan entri ni. Kesimpulannya adelah……aku tak beli lagi BAJU RAYA. Hahaha.. Ade sapa² nak tolong hadiahkan kat aku tak..??






September 24, 2008 at 12:21 am
haha.. aku pon tak tau ade ke tak baju raya..
semua mak aku yang setelkan.. haha..
September 24, 2008 at 8:19 am
isteri aku sampai merajuk rajuk . malas aku nak pujuk. sbb tak beli selipar raya.. hahah. aku tengok selipar yang dia pakai tu baru lagi . so aku mala s nak pujuk hahahha…
Beli ikut keperluan . bukan ikut KEHENDAK
September 24, 2008 at 11:12 am
menteil : hahaha…aku pun boleh cuba harapkan camtu gak la..aku balik je, tengok² dah ade baju raya..kalau dapat la..
adi : betul tu..beli ikut keperluan, bukan kemahuan..err, rasanya merajuk dia tu kejap je kot..hehe
September 24, 2008 at 11:54 am
hahaha….kegemaran sy adalah shopping xkire raye or x…hehehe
September 24, 2008 at 8:55 pm
sori la, aku tak sambut raya la..
September 25, 2008 at 7:16 am
dah lm idup kn..baru skrang nk wonder nape RAYA??cehhhh =p
September 25, 2008 at 8:53 am
jom sopping kat TAR..hahaha..sure ko malas nak g punya..tau dah..
September 25, 2008 at 10:52 am
cikf=) : awak banyak duit..bak la saya sket..
azrul : tak perlu minta maaf..haha..aku tau, sebab kau memang pelik..
ciq : sebab skang baru terpikir…
Izzah : malas la…
September 25, 2008 at 1:08 pm
pompuan mmg shoping je keje..abeskan duet laki hahah
September 25, 2008 at 3:58 pm
saya pompuan yang bekerja. saya beli sendiri tau baju raya!
zuriaf, lamanya saya tak lepak sini…
saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf kalau ada sala silap.
tq.
September 26, 2008 at 12:03 am
Azlan : bunyinya macam kau dah banyak kali terkena je..hahaha..
aishah : ohoo..baguslah..lagi bagus kalau akak dapat belikan baju untuk saya..hehe
err..selamat hari raya gak..