Gathering Budak KAA

Manusia sentiasa mempunyai pilihan. Dan aku pun sentiasa mempunyai pilihan.

Semalam adalah merupakan hari perkahwinan salah sorang classmate aku semasa di UTMKL dolu².  Classmate aku yang pertama melangsungkan perkahwinan dia antara kiteorang. Tapi aku tak pegi.

Semalam adalah merupakan hari perkahwinan Mawi dan Ekin. Dia tak jemput aku walaupun aku kenal dia, tapi dia buat² tak kenal aku. Hmm, nak buat macam mana kan. Jadi, aku pun tak pegi.

Semalam jugak merupakan gathering kelas aku iaitu semasa aku belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan. Atau dalam erti kata lain, gathering untuk pelajar 1st batch KAA sekolah tu. Apa itu KAA aku rasa korang tau..hehe. Okey, yang ni aku pegi. Mana buleh tak pegi, dah bayar RM20 untuk makan²!! Lagipun dah lama tak jumpa dieorang ni sumer dan berkumpul sekali.

Buat pulak kat Port Dickson. Tolong jangan tanya aku kenapa pilih Port Dickson lagi. Mungkin jawapan paling bijak yang dapat aku berikan adalah disebabkan kebanyakan daripada kiteorang tinggal di Seremban agaknya. Ermm, aku rasa malas nak tulis lagi. Layan gambar la eh.

Ini di antara muka yang datang. Nama aku malas nak tulis, bukan tak hengat ye. Dan ade di antara yang datang kali ni sudah bergelar bini dan laki orang..haha.

Disebabkan chef terkenal dunia adalah lelaki, jadi aku rasa aku bertanggungjawab untuk menjaga BBQ. Dan apron inilah kostum aku. Hey, kacak kan…?

Ini pulak adalah “Ustaz” kiteorang. Dulu kalau kiteorang dah hampir sesat, dia akan tarik slom² ke arah jalan kebaikan. Cewah. Dan sekarang ni dia sedang lebat buat bisnes. Oh ya, budak kecik yang dia pegang tu adalah anak dia yang berumur 10 bulan. Comel kan…macam aku..haha…

Ini adalah aksi terlampau sebelum pulang. Untuk pengetahuan korang, student² KAA dari batch aku ni adalah lebih ramai dari golongan pompuan.

Walaupun Gathering kali ni berlangsung dalam keadaan sederhana, tapi bagi aku tetap best. Cuma yang tak bestnya, ramai yang tak dapat datang. Hope next time dapatlah lebih ramai yang datang.

~

Kepada Nurul Sa’akdah, (kalau dia baca blog aku) aku ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kau dapat anak 18 orang macam berita yang aku baca dalam paper keluaran semalam (Sabtu)..haha.. Maaflah tak dapat datang ye.

  1. wowww… sporting laa korang… dah ada family still join gath lagi… bagus2…

  2. uuuuuuuuuu….best!!!!

  3. buzzybug : dieorang sumer memang sporting..sorang bini orang..dan sorang laki orang yang siap bawak bini dan anak dia datang skali…

    lydiarayyan : haha :D

  4. weih…
    aku ni orang asing yg terlewati blog nih…
    aku ternampak gambar membe aku arr…
    aminnuddin….membe x sttj dulu…
    haha…

  5. copywrong : aku pun ex-sttj gak…haha

  6. huhu..thanks bro sebab letak jgk gambar anak aku…huhu…best2..=)

  7. bt gath ni mmg best… hmm tgk gambar korang rasa nak ajak mbr2 aku gath ar…

  8. studentajaib : takpe…anak buah aku gak tu..haha..

    gerektua : buat je..ajak sumer..tapi letih sket la kalau jadi tukang buat plan ni…

  9. sonoknyerr gatheringg teww..

  10. bab2 makan…awak seronok je kannnn….hahaha
    sy kawen nnt awak wajib dtg=)

  11. hahahaha
    sakit perut den oi
    chelsea seri
    hahaha

  12. en_me : :D

    cikf=) : err..awak nak kawen dengan sapa? bila? kat mana? kahkahkah…

    bulus : kau diam!! aku masih bengang lagi ni…apa scolari dengan benitez ni ade plan ke..manjang seri je…

  13. Gathering memang seronok..
    Sabtu ni nak gathering main badminton

  14. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    TAHNIAH kerana kalian berjaya juga melaksanakan gathering. Maafkan ana kerana tak berkesempatan hadir. Insya`allah di lain ketika akan di usahakan bersama.

    Apa yang ana lihat semua teman-teman KAA sangat dah berubah. Dari gambar menampakkan segalanya.

    Moga terus berubah ke arah kebaikan, bukan sebaliknya. Ana nasihati diri ana juga sekalian yang sepatutnya. Moga kita senantiasa diberi Petunjuk Yang Maha Kuasa. Insya`allah.

    “Tarbiyah Mentarbiyah, Semata Menngharapkan Redha Allah”

    salam perjuangan buat teman-teman KAA sekalian.

    *Allahu `alam*

  15. zool : uishh..badminton..aku dulu penah gak la buat gathering dengan main bowling..haha

    Atriza : haritu kiteorang tunggu kau sampai ke petang..hehe…errmm, memang hampir kesemuanya dah banyak berubah…aku rasa kau pun…

  16. malam ni mau seri lagi ka? hahahaaaa
    gua pun tak paham la beb
    manu ada 2 gem lagi dlm tgn~~

  1. No trackbacks yet.