Yehaa.. Weekend lepas adalah yang paling seronok dan penuh hilai tawa bagi aku untuk tahun ini. Persetankan dengan kemenangan Liverpool ke atas barisan ayam Man Utd itu. Persetankan juga dengan tags yang sengaja aku buat demi menarik lebih trafik ke entri ni. Uh, aku memang keji. Biarkan.

Okey, mulakan membaca entri paling panjang yang disebabkan paling banyak gambar dari aku.

Berkumpul semula selepas 1 tahun 3 bulan tidak berkumpul reramai begini. Kalau dahulu yakni edisi kedua dibuat di Port Dickson, tetapi kali ni dibuat di Melaka. Kebanyakan daripada kami adalah berpangkalan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Maka, venue Melaka adalah dipilih oleh penganjur iaitu Syami. Memang beliau je yang rajin buat reunion ni. Kalau dia tak buat, memang takde sapa nak buat pun..haha.. (Nasib baik ade kau kan Syami).

Pemandangan Sabtu pagi, mungkin. Dari tingkat 9 apartment-apa-entah yang ade kat dalam A’Famosa Resort tu. Aku lupa dah namanya. Sebenarnya kami boleh check in di apartment tu seawal 4.00 petang hari Jumaat. Tapi disebabkan aku seorang student dan demi menjadikan perjalanan aku lebih menjimatkan, aku terpaksa bertolak pada hari Sabtu dengan menumpang kereta Jaa bersama² dengan Atong. Dan Kutil serta Awer pun turut sama bergerak pada hari Sabtu, cuma mereka bergerak dalam satu kereta lain(kereta Kutil).

Sebelum ade yang kata entri ni adalah panjang giler babeng dan dipenuhi dengan gambar², silalah klik ayat manis di bawah ni ye…

Manakala yang lain sumernya boleh dikatakan telah tiba ke destinasi pada hari Jumaat lagi. Antara muka lama dan baru yang datang adalah Syami, Aby, Iza, Kema, Timah, Kuncit, Pijui, Dato, Zack, Acong, Abby, Alim, dan Galah. Kehadiran kali ni agak kurang berbanding yang dulu. Mungkinkah masanya kurang sesuai?

Selain aku, Jaa, Atong, Kutil, Awer dan Abby, yang lain kesemuanya telah tiba pada hari Jumaat lagik. Jadi, Sabtu pagi tu aku telah ketinggalan lawatan sambil belajar ke Zoo Ayer Keroh.

Jangan tanya aku apa ade kat zoo tu. Aku tak pegi, jadi aku tak tau..haha.. Ibarat Hero Tamil yang selalu datang lambat, aku dan Jaa dan Atong telah tiba lebih kurang jam 5.45 petang. Dalam perjalanan kami terpaksa menempuhi ranjau liku iaitu hujan yang maha lebat yang muncul sekali sekala di sepanjang perjalanan.

Sampai² pulak, barulah teringat yang kiteorang ni belum beli hadiah lagi. Ah, macam mana la boleh lupa plak. Spoil betul. Tapi nasib baik Kutil pun tak beli lagi. So, kirim sahajalah kepada beliau. Apa yang dia beli pun aku tak tau. Yang pentingnya aku dah ade hadiah pastu..haha.. Hadiah yang dibawa adalah untuk ditukar² sesama sendiri nanti secara undian.

Petang tu setelah sampai, aku cuma berehat² di dalam kolam renang sahaja. Tapi tak lama kat situ. Airnya hanya paras pinggang aku. Siot je. 15 minit kat situ dan aku terus naik semula ke apartment. Tak nikmat langsung berenang dan berendam di situ. Bla bla bla….

Sementara menunggu masa untuk berambus pergi ke destinasi membakar BBQ, maka dengan itu terhasillah gambar di atas. Amacam? Manja tak gaya aku..haha.. Mamat berbaju putih itu adalah Alim dan yang di tengah itu adalah Kuncit versi yang dah kurus..siot tul..haha.. Oh ya, tag yang aku pakai tu adalah tag reunion kami. Setiap kali buat, mesti ade kad matrik punya. Jam 8 kami semua ke destinasi untuk membakar BBQ. Kat dalam A’Famosa Resort tu jugak. Tapi apakan daya, hujan pulak dengan lebatnya malam tu. Akhirnya BBQ dijalankan di bawah bumbung restoran-apa-entah yang sememangnya menguruskan tempat open untuk BBQ tu. Heh, tepat open tu pun kene bayar gak tau. Mana ade bende free lagi dah kat dalam A’Famosa tu.

Para gadis yang sibuk membancuh air dan melakukan persiapan barang² dan makanan sebelum bergerak ke destinasi BBQ.

Baru je setting api, hujan datang. Terus la ke restoran tu. Ber-BBQ di sana sahaja. Tak mengapa, janji BBQ tetap berjalan. Biar hujan ribut sekali pun..haha..

Aku tak banyak sangat ambil gambar masa ber-BBQ ni. Aku cuma banyak makan je masa ni..haha.. Sampaikan takde masa nak amek² gambar ni. Jadi, aku lump sum kan gambar² yang aku sempat pilih. Layankan dulu…

Nama lelaki berbaju hijau tu Apek Corn atau Acong. Mana² pun boleh..haha..

Dato dan Galah

Timah, Kema dan Aby.

Hembusan shisha. Syami dan Zack.

Aku tak tau nak tulis apa. Tapi dua² ni memang giler biasanya.

Iza bersama boyfren atau Pijui bersama girlfren. Ah, mana² pun boleh la. Dua² classmate aku gak…

Kuncit versi kurus bersama aweknya. Asyik melekat je..haha..

Aby dan boifren-nya..

Alim bersama skandal. Mungkinkah teman tapi mesranya. Aku pun tak pasti..haha

Abby yang datang lewat. Sekali pandang dah macam rupa Halim Othman la pulak.

Perut masing² yang dah jauh ke depan..

Okey, macam banyak la pulak gambar kan. Meh aku ringkaskan terus ke gambar pengakhiran bagi sesi BBQ..

 Maka dengan ini berakhirlah sesi BBQ dan bermula sesi indoor game..haha.. Indoor Game dilakukan sebab keadaan cuaca tak brapa nak mengizinkan untuk melakukan banyak aktiviti luaran. Lagipun dah gelap malam gulita kan.

Penganjur cuba menerangkan peraturan permainan yang dianggap cukup mudah hatta untuk budak skolah rendah sekali pun. Seorang lukis, dan yang lain teka. Tema : peribahasa dan simpulan bahasa. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Game yang cukup mudah, tapi mampu membuatkan masing² pecah perut akibat gelak yang berlebihan kesan daripada aksi lawak² yang tidak dijangkakan.

Tekun mendengarnya sebelum memulakan aksi. Sila abaikan aksi² yang tidak sepatutnya di atas. Harap maklum..haha..

Melukis muka kucing (kononnya la) sambil menunnjuk² Alim. Lukisan tanpa suara yang bermaksud “alim² kucing“. Giler, takde sapa dapat teka. Takpe, cuba lagi next round

Aku tak ingat lukisan apa yang cuba dilukis oleh Kutil pada masa ni. Tapi kumpulan ni pun loser gak..haha

Pokok kelapa kah itu? Bukan. Itu adalah pokok tebu. Kononnya “bagai menanam tebu di tepi bibir”. Lukisan bibir terlindung di sebalik kepala Dato. Tapi aku tak faham apa maksud Dato melukis air yang menitik. Oh, kumpulan ni pun loser gak pada pusingan pertama..haha..

Sedikit kekesalan aku semasa buat game ni adalah tak mempunyai V-Cam. Sepatutnya moment² begini lebih manis sekiranya dapat dirakamkan. Kelak dapat ditonton semula. Satu kerugian buat kami. Dan mungkin juga untuk korang.

Selepas daripada game tu, majlis bertukar hadiah. Maaf, lupa mau shoot gambar. Dah mengantuk masa tu. Mau taknya. Bergelak sakan daripada jam 8 malam sampai jam 3 pagi. Pagi besoknya..err..atau tak lama selepas itu, bersarapan dengan dibelanja oleh Kutil dan Galah. Memang makan jelah kejenya kat sana. Tengahari tu, sebelum bergerak ke Seremban untuk menghadiri majlis kenduri tunang Wani (classmate kiteorang gak), gambar kenang²an sempat diambil.

Masa ni Aby dah balik sebab ade hal. Jadi, ni jelah yang sempat bergambar. Ni pun set timer kat kamera..haha..

And then menuju ke Seremban secara berkonvoi. Sampai² ke kat rumah Wani, cuma ambil masa seminit dua untuk bertegur sapa, lantas beramai² mencapai nasik. Mana boleh tahan. Lauk ayam, pastu ade udang+rebung masak gulai, sambal belacan, kerabu dan sebagainya lagi tak bisa membuat perut aku untuk pura² tidak mengerti. Pada masa ni kepantangan berdiet diketepikan. Persetankan itu semua. Bisik nafsu syaitan aku.

Oh ye, ini rupa Wani. Sempat snap guna handphone je. Terlupa bawak turun kamera. Dah².. Jangan tenung lelama. Bulan 5 ni nak kawen dah tu.

Dari rumah Wani, kami ke rumah Awer pulak. Untuk makan lagi. APA? MAKAN LAGI? Memang kembong mambong la perut aku masa tu. Tak mengapa. Persetankan diet² itu semua. Ayam masak gulai beb. Pure nogori punya. Selepas aku rasakan berat badan aku dah semakin bertambah, kami pun bergerak pulang ke Johor; Aku, Jaa dan Atong.

Memang agak letih, tapi weekend yang menyeronokkan. Tambah lebih menyeronokkan apabila ramai yang memuji bentuk badan aku yang semakin kurus. At least lebih kurus daripada reunion kali ke-2 dulu. Hahaha.. Aku hanya mampu gelak dengan bongkak sahaja. Tengok! Aku dah kurus apa…. Jangan jeles..

Uh, terima kasih kerana sudi membaca kisah yang aku rasa panjang giler babeng disebabkan banyak giler gambar. Jangan serik ye..hehe..

16 Responses to “3rd Reunion @ A’Famosa Resort”

  1. reen Says:

    incik apai bergumbira.

    kenapa tak bwk org rumah?

  2. cikf=) Says:

    kalo ape2 berkaitan tentang makan or makanan,mesti ada awak~
    mcmane nak kuros ni???hahahah


  3. gemok r ko..hahaha..xkurus pon aku tgk tiap kali balik.

  4. buzzybug Says:

    wowww!! best la korang. rajin buat gath. korang mostly duk area selatan ke?

  5. manje Says:

    salam

    umang ai… byknyer gmbr…

    >> kite tak suke mkn…huhu

  6. ciq Says:

    hahhh tu dia….jenuh bacer..haha..enjoy ekk..bru la xboring..asik duk kate wekend boring jerk =p

  7. wanda Says:

    eh.. asal eh..? kawan² ko memang kapel ngan kawan² akola ke? atau reounion kau leh bawak bf/gf memasing? ~~~*hairan*~~~

    • zuriaf Says:

      ade satu pasangan je yang kapel sekelas nih…yang selebihnya tu bawak bf/gf masing²…jangan la hairan sangat..sebab anda akan melaluinya satu hari nanti..kuang³..

  8. tameent Says:

    mengapa anda tidak membawa gf anda? teeeeeeeeettt..sila bg jawapan


Leave a Reply