Call Me Mr. GIS

Aku seperti ingin menamakan minggu ini sebagai MINGGU PEPERANGAN ONLINE.

Bermula dengan pra pendaftaran subjek bagi semester depan yang dilakukan secara online sehinggalah pendaftaran kolej bagi semester depan yang juga dilakukan secara online.

Hey, kalau dah namanya Universiti yang berteraskan teknologi, beginilah cara sepatutnya bukan?

Alhamdulillah..selesai semuanya. Mengenai pra pendaftaran subjek fakulti, ianya seperti yang aku jangka. Subjek Facility Management akan habessss dulu. Diikuti dengan subjek Project Management. Kemudiannya subjek Quality Management. Kendiannya subjek Tender dan akhir sekali seperti yang aku ramalkan subjek GIS. Tapi 3 subjek pertama tu habis dalam tempoh 6 jam sahaja bermula jam 12.00 tengah malam 30 Mac. Dasyat kan?

Terima kasih kepada yang sudi mengundi sebelum ini. Akhirnya aku mengambil subjek Project Management dan GIS In Real Estate. Aku pun tak sure GIS ni belajar pasal apa sebenarnya. Tapi dalam usaha aku menarik atau merekrut member aku join skali, aku kene la berpura² yang aku tau subjek ni belajar pasal apa kan..hahaha..

Kalau nak baca kisah yang lebih detail lagi, baca entri siot nih. Beliau adalah antara calon yang gagal aku racun.

Pasal pendaftaran kolej lak pun lebih kurang je. Kononnya bukak jam 10.00 pagi 1 April, tapi bila aku bukak sistem tu, jam 9.45 dah ade 3,4 kolej yang dah mengalami kepenuhan. Nasib baik KTR berapi ni tak penuh lagi..haha.. Dapat jugaklah aku pilih bilik yang aku nak. Petangnya pulak terus ke pejabat kolej untuk pilih bilik mana yang nak duduk semester depan.

Dalam masa 11 hari lagi nak berperang secara mental dan fizikal untuk presentation Latihan Industri aku. Jadi aku akan lebih busy daripada sebelum ini. Sebelum ni bukan aku tak busy. Cuma lebih suka berpura² busy je. Tapi kali ni aku tak tipu. Aku memang akan busy.

Oh, aku busy nih. Tak boleh taip panjang². Baik aku taip assignment report kan..haha..

  1. huh ? lagi 11 hari ;) selamat berjaya. aku tak tau la bile entah turn aku. malaz betol rasenye.

  2. hahaa….rs cam tipu je bz..haha..=p

    • Izad
    • April 2nd, 2009

    apa daftar2 subjek ni..hahaha..

    wehh..kete aku kene calar kat budak bongok mana tah~seb bek leh polish…

    bongokkkkkk la sapa buat tu.

  3. sue : kau malas? hei, jangan tipu aku la..hahaha…

    ciq : eh, mana ade main tipu² la..memang bz nih..

    Izad : haha…kene ngan student kau la tu…

  4. gewdluck apai~

    • wanda
    • April 3rd, 2009

    hew…
    alhamdulillah… aku tidak teracun…
    marilah kita bersama=sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah…
    Al-Fatihah…
    keskeskes!~
    aku present 6. takot siyot.

  5. diLL : err..thanks :D selamat ber-test..haha

    wanda : haha..nanti citer kan pasal pengalaman present kau ye..boleh aku jadikan pedoman..hahaha

  6. gud luck ler tyme present nanti ye…

  7. wow, nice post la bro .. bro pun bahasa power la .. ada masa hang-out kat blog gua juak^^ heheh ..

  8. owh….teringat mase mude2 dlu…hahahaha

    • wah,bunyik macam dah tua la pulak awak ni.. hahahahh

      • cik f memang dah tua pun cik ixora..kita ni je yang masih muda..haha

  9. Eima Jer says:

    Gile la ko apai amek GIS…
    gile susah okey…
    hahahahaha projek dia je aku dh rasa nak teberak buat…
    =(

    pape pon gud luck tau..

    • hahaha…takpe, aku berak slow² la kalau macam tu. taknak gopoh cam kau..haha…

      err, apsal aku tak boleh nak komen kat blog kau eh?

  1. No trackbacks yet.