Lama Pulak Aku Pikirkan Tajuk Entri Ni
July 2, 2009
Akibat leka dengan dengan permainan kampung², aku terlupa nak tulis apa² di sini. Niat online nak tulis sesuatu di sini, tapi setiap kali itu jugaklah aku akan layan Travian tu dulu. Maklumlah, kampung baru nak naik. Kenalah bagi perhatian lebih sikit. Umpamanya, seperti lelaki yang sedang mengorat perempuan.
Cuti ala Hawaii hampir tamat. Bakal balik ke Skudai dengan status pelajar tahun akhir. Pelajar tahun akhir yang masih tidak tahu nak pilih tajuk apa untuk thesis beliau. Atau yang sebenarnya masih belum mendapatkan pilihan tajuk. Atau lebih tepat tidak berusaha untuk ke arah itu.
Persetankan dulu kataku. Cuti adalah cuti. Nanti pilih tajuk pun, pastu tak tau nak buat apa tak guna jugak kan. Akak monster kata cari jurnal. Lepas tu buat apa, baca sampai muntahkah..? Atau buat sinopsis macam karangan zaman sekolah dulu. Dia tak sempat nak tunjukkan aku caranya. Dia busy. Atau mungkin aku yang malas. Maaflah ye.
Mamak² di Restoran Ayub dah mula rindukan aku. Tapi aku pulak rindukan roti nan tandori yang ada kat situ. Hampir 2 bulan aku tak makan roti nan tandori. Kedai mamak kat Dataran Senawang mahal!
Hari ni hujan pulak. Jadi aku nak sambung tido lagi. Bye..






July 2, 2009 at 11:43 am
heh.
asek nk mimpikan megan fox bogel je..
megan fox dok pulun cari tajuk thesis xnak mimpi ke wei??
apai..
k.farah teman kau kat ktr..
hahahaha tak padan dgn ketot rendang minah tu..
dh sambung PHD dah..
=.=
July 2, 2009 at 2:39 pm
baik ko fikir tajuk thesis ko weh. dan sila lah baca jurnal2 itu sehingga muntah, confirm A+ psm ko nanti
ko lepak ayub jugakkah? aku pun suke!
tapi suke pergi Jalal jugak. eheh.
July 2, 2009 at 2:45 pm
sambung tido..cehhhh~aku dengki sebab aku stuck lama kat jalan nak g opis pagi ni..
July 2, 2009 at 6:01 pm
lama kau fikir tajuk entri ini..
last2, ini gak yang kau dapat….
hahahaha…
rilek sudah..
naik cuti nanti baru pikir..
jgn sesakkan otak pada waktu bercuti..
baik download movie puas2…
July 2, 2009 at 6:34 pm
dah pmlas tu, pmalas la jugakkkkk
July 2, 2009 at 6:52 pm
kelabunye mata tgk page kamu nih..aduhai..ke mn pegi kehijauan yg dlu..
wehhh..ko mls lagi ker?ish2..
July 2, 2009 at 10:45 pm
errr… tajuk thesis final year bukan lecturer bagi ke?
July 2, 2009 at 11:28 pm
jadik ko men travian server mana? aku br je stop men. sbb kene serang ngan dynasty gile2.wakakak..server 2. auw auwww
July 3, 2009 at 2:06 am
mahal la bagus
kurang sket makan tandoori, x gomok
ha ha..
memandai yo kan..
whoa..
salin kulit nampak..
July 3, 2009 at 10:11 am
Eima Jer : megan fox dah hot, takkan aku nak lepaskan macam tu je kan..hehe..tajuk thesis punya mimpi..? err, belum sampai seru lagi kot..hahaha..
farah duk KTR berapi? memang berapi la dia lepas ni…hehe.. dan dia sambung PHD..WOW!!
Lil GrizZle : aku suka lepak sebelah kedai jalal tu kadang²..tapi order roti nan kat kedai jalal..haha…
عزه ناديه : haha…nasib kau la kan…
aremierulez : kau memang supporter la..macam ni baru geng..betul tu, naik cuti baru pikir..kasik donlon movie dulu kan..hehe
reen : haha…akak monster dah marah la…
ciq : err, saja tukar…nak kasik keputihan pulak..hehe..eh, yang tu malas yang dibawa sepanjang cuti la…hehe..
buzzybug : kalau kita dah buntu sangat, barulah lecterur akan tolong bagikan..hehe…tapi kalau dah lecterur yang bagi, belum tentu dalam skop minat kita..
abby : aku main server 4…baru nak naik beb..tapi ok la…aku dah join persekutuan..dah ade bala bantuan sumer yang menyokong aku..takde sapa nak serang aku dah..haha..
rashiD : makan tandori lepas tu bantai tido, boleh gomok jugak yo..haha..sajo salin kulit. kulit yang sebelum ni tu lama sangat dah pakai..hehe
July 15, 2009 at 3:52 pm
nice