Jumpa Aku Di Lane Kanan!
July 5, 2009
Habis dah cuti aku. Kalaulah ianya boleh dilanjutkan kepada masa tambahan, sudah pasti aku akan buat. Tak mengapalah, pulang tetap pulang. Tapi aku dapat rasakan minggu pertama akan menjadi serabut dengan kerenah budak² kelas yang ingin menukar subjek. Dah tentulah subjek GIS kepada subjek lain.
Benda macam tu boleh menyebabkan aku jadi kalut jugak rasanya. Kalau budak tak cukup 20 orang, kelas tak dapat diadakan. Adooiii.. Aku pun mungkin terpaksa bertukar jugak nampaknya. Takpe, cuma perlu tunggu, lihat dan bertindak.
Setelah melalui beberapa tapisan barangan yang bakal dibawa pergi, untuk pertama kalinya aku rasa aku dapat bawak barang² yang paling sedikit berbanding sebelum² ni setiap kali balik dari cuti semester. Tapi untuk kali ni pun tetap dikira banyak, cuma tak sebanyak dulu. Dan untuk kali ni aku tak bawak speaker Altec Lansing aku yang hebat tapi gedabak besarnya. Ah, cuma buat penuh kereta saja. Pakai speaker cap ayam sudahhh…
Tapi kalau dilihat di atas jalan raya, mungkin ia akan kelihatan umpama sebuah rumah bergerak yang kecil dan sedikit bising serombong asap yang menghala ke belakang.
Okey, kali ni aku pulang ke UTM dengan imej baru. Lebih kacak, lebih berahi, lebih skema (sebab aku budak tahun akhir) dan lebih six pack (sebab suka sangat tengok The Biggest Loser). Kacak bukan kalau ade six pack yang berlebih ni..haha.. Lagipun kacak itu normal.
Baiklah..doakan perjalanan si kacak ini selamat pergi yea…






July 5, 2009 at 10:52 am
cet..ko punya speaker tu aku dah masukkan dalam stor. seb bek umi xsuh masukkan kat kotak depan umah sebelah parking tu. semak dia cakap!!
July 5, 2009 at 5:31 pm
woi woi…jangan buang…tu speaker terbaiieekk tu…
July 6, 2009 at 9:25 am
aku simpan dalam stor..sok pepandai la carik sendiri dalam tu~
July 5, 2009 at 1:06 pm
ko bawak balik tajuk PSM ko tak pai..kikii…kacak ke ko????
best2 cita The Biggest Loser…aku pon slalu tgk…
kurus dan sihat….
July 5, 2009 at 5:31 pm
alaa…aku takde tajuk la rashila…tapi aku tetap kacak even aku takde tajuk PSM..hehe…
July 5, 2009 at 6:12 pm
Hehehe. Good luck untuk semester baru, Si Kacak =D
P/s-The Biggest Loser memang lah boleh buat kita ter-motivated sekali.
July 6, 2009 at 1:50 pm
hehe…terima kasih untuk kamu si ayu..
err…aku memang selalu termotivasi dengan menonton citer tu..tapi akhirnya, terdapat lebihan six pack gak..haha
July 5, 2009 at 8:58 pm
laaa… x jumpa pun kat lane kanan tadi…
July 6, 2009 at 1:51 pm
ohoo…saya laju sangat kot…tak pun akak singgah R&R masa tu…hehe
July 6, 2009 at 10:36 am
hahaha…..awak dh kuros ke??haha…
July 6, 2009 at 1:51 pm
boleh la anggap saya dah kurus..hehe..sila anggap begitu..ianya lebih baik..
July 6, 2009 at 1:04 pm
emm… dah lama x jenguk blog ni.. saya dah ada blog baru… kalu free.. jenguk laa ek..
http://mediaseni.com/blog/
July 6, 2009 at 1:52 pm
orait bro…
July 6, 2009 at 2:06 pm
owh,dah habis cuti2 malaysia ye? selamat bergelumang dgn buku2 semula~ hahahhaha
July 6, 2009 at 8:03 pm
awak ke mana? lama betul menghilang..kawen ke? ahaks
kali ni bukan dengan buku je..dengan thesis² skali…haha
July 6, 2009 at 3:57 pm
selamat kembali..selamat belajar…huhuhuhu
July 6, 2009 at 8:05 pm
ye ye..baik..semoga selamat abes gak kan..hehe
July 7, 2009 at 4:58 pm
hye si kacak!
July 7, 2009 at 5:07 pm
hai megan..hahaha
July 7, 2009 at 11:03 pm
Aku pon kacak.. dan kita normal.. haha..
July 8, 2009 at 9:06 am
okeyla okey la…aku bagi peluang kat kau kali ni…kali ni je..hehe