Abang Tahun 4 Yang Kacak
July 7, 2009
Kelmarin aku daftar kolej. Memang dapat bilik yang aku nak masa daftar dulu. Yang hujung dan di akhir sekali lokasinya. Antara bilik yang mempunyai kadar sewa paling mahal dalam KTR nih. Apa tidaknya, ada beranda beserta ampaian paras pinggang dan sebuah bilik air lengkap berjamban di dalamnya. Mahu apa lagi kan..haha.. Heaven kan. Duduk sorang dan tidur pulak dengan lebih tenang lagi.
Jadi sebab tu la mahal. Nak buat camne, dah masa nak daftar bilik online semester lepas cuma tinggal bilik macam ni je.
Semalam aku ke kuliah. Giler awal. Jam 8 pagi. Kuliah yang menjadi pembuka minggu untuk fakulti. Aku rasalah. Macam biasa, macam zaman skolah, minggu pertama atau hari pertama memang takde apa. Cuma sesi berkenalan bersama pensyarah subjek elektif dan menunggu pensyarah antarabangsa sorang tu yang tak masuk². Takde apa di hari pertama aku di tahun 4 nih. Masih lagi hari yang memboringkan. Sama seperti di semester² sudah.
Cuma yang menariknya, malam semalam pak guard ade buat road block. Itu part yang paling menarik di hari pertama semester. Naik motor tanpa helmet hanya untuk menuju ke kafe. Untuk dinner. Tapi yang disaman cuma pemandu sahaja. Aku yang sebagai pembonceng ini terlepas. Eh, bukan, cuma aku tak hulurkan kad matrik aku untuk minta disaman.
Apa² pun pak guard dua orang tu memang tak banyak cakap. Cuma menyaman..menyaman dan terus menyaman. Ramai jugaklah yang kena. Budak yang baru balik dari masjid pun dia saman jugak. Aku tak tau nak cakap apa la. Ade ke orang gi masjid untuk solat berjemaah pakai kain pelikat dan pakai helmet skali. Tak ke janggal rupanya. Pak guard oh pak guard. Takde toleransi sungguh.
Dah la, aku dah pening kepala ni. Tido banyak sangat disebabkan banyak sangat lubangnya dalam timetable aku. Timetable aku sungguh kejam..ahh..






July 7, 2009 at 12:39 am
Hehe. Kawan kita yang dok kat UTM pun mengadu pasal Pak Guard jugak. Pak Guard rindu kamu semua kot. =D
Kenapa dok sorang je?
July 7, 2009 at 10:08 am
dia pening agaknya 2 bulan takde saman sesapa..takde dapat income…sebab tu tiba² mengganas je di hari pertama..nak tunjuk kuasa agaknya..
err, saja je duduk sorang. konon² pelajar tahun akhir ni bz. jadi kalau duduk sorang, boleh study lebih sikit..kononnya la..hehe..
July 9, 2009 at 3:21 pm
Hoho. Pak guard mengganas di hari pertama. Superb betul ayat berbunyi. =p
Best jugak dok sorang. Privacy tu terjaga. Tapi, kadang2 mesti akan rasa sunyi. Huhu. Kita pernah merasa dok sorang setengah semester. Best memang best, tapi aiseyman borak dengan dinding ajelah jawabnya. Hehehe
July 9, 2009 at 6:20 pm
pak guard mula menunjukkan taring…ganas gak ayat ni kan..hehe
disebabkan aku duduk sorang, PC aku telah dilengkapi dengan TV Card, citer² yang didownload, games…dan..dan…hehe..
so, kurang la sikit sunyinya…kalau bosan gak, lepak bilik member..mesti kamu dulu pun selalu lepak bilik member kan..?
July 7, 2009 at 2:58 am
pak guard..
kat mne2 IPT pun, mesti nak tunjuk kuasa tak tentu pasal..
mmg ciri2 nk jd pak guard mesti mcm tu kot..
rajin kau gi kelas..
kalau aku, minggu pertama tu aku tak pegi kelas langsung..
daftar lps tu blik kampung smbg cuti..
minggu depan bru masuk kelas..
July 7, 2009 at 10:11 am
lagi satu ciri² nak jadi pak guard kene ade misai yang lebat..itu aku perasan. macam sangat common untuk mana² pak guard..
aku pergi sebab nak salin jadual jugak. tapi kalau ikutkan, malas jugak sebenarnya. bukan belajar apa pun. dengar kata² motivasi para pensyarah jelah..
July 7, 2009 at 7:19 am
haha..dh jadik student balik…hahahhahaha
July 7, 2009 at 10:11 am
dah dah..jangan gelak…
July 7, 2009 at 8:10 am
pak gad saja r tu nak cari duit raya..hehehe..patutnya ko pon kene saman sama..
July 7, 2009 at 10:12 am
mana boleh…tak larat la nak layan saman di hari pertama camni…boleh pokai camni..
July 7, 2009 at 10:33 am
pak gad UIA bodo. kenapa? sebab aku x-uia. aku lebih tahu. hohoho.
July 7, 2009 at 10:34 am
lupa nak cakap, kau x kacak! hahaha.
July 7, 2009 at 4:27 pm
saya juga tak suka itu pak gad!!
kacak? huhuhuhu
July 7, 2009 at 5:02 pm
ni lagi sorang dengki dengan kekacakan aku..hahaha
July 7, 2009 at 5:01 pm
kau dengki dengan kekacakan aku. maklumanlah, orang yang dah berkahwin cam kau ni dah tak kacak dah..haha..
July 7, 2009 at 8:21 pm
laaa… x suka ke timetable yang banyak lubang?
July 7, 2009 at 9:14 pm
buat masa ni tak suka…sebab kelas mula 8-10 pagi..pastu ade lak sesat satu kelas kat petang…
kalau balik bilik, memang kompom tido punyalah…hehe
July 7, 2009 at 11:00 pm
Pak Gad tu dulu apply jadi polis trafik Bukit Aman.. Dia tak lepas.. Jadi, dengan jadi Pak Gad, dapat lah dia menggapai cita2 beliau dengan jayanya..
July 8, 2009 at 9:11 am
mungkin jugak lah…
July 9, 2009 at 2:18 am
aku rindu kolej kedua utmkl dulu, yang ada jamban dalam biliknya.
pak guard tu kalo menyaman je takpe, tapi mulut nak membebel sekali, tu yang bengang tu. huhu.
apai, makin gemuk lah ko, bilik heaven, time table banyak lubang. hahaha.
July 9, 2009 at 8:41 am
kalau camtu kau apply la keje kat kolej kedua. ganti puan naimah tu..hehe..
pak guard yang tua² memang suka membebel. yang muda² nih kurang sikit…
gemuk? err..tak tau la..tapi tiap² pagi sarap dalam bilik..memang heaven kan…hahaha
July 9, 2009 at 3:00 pm
nyawa itu penting..
pesanan khidmat masyarakat, hehe..
July 9, 2009 at 6:22 pm
haha..doktor ni memang suka meberi pesanan khidmat masyarakat eh..trima kasihhh…
July 9, 2009 at 4:44 pm
pakai helmet utk keselamatan..
tido pun pakai helmet jgk lah..
July 9, 2009 at 6:22 pm
nanti lemas..haha…
July 9, 2009 at 9:01 pm
sem-9 ni yang last,
tapi,
sem-10 tu buleh la kire, intern nanti,
tu memang kejam..
July 9, 2009 at 10:54 pm
hahaha…selamat berjaya la geng…
July 10, 2009 at 10:44 am
pak guard tu mungkin ada SKT (Sasaran Kerja Tahunan) untuk dicapai tahun ni.. mungkin untuk tahun 2009 ni, kena issue sekurangnya 10 saman kepada student.. aheh..
July 10, 2009 at 2:23 pm
pak guard skang ni dah naik satu level lagi eh dalam peringkat kerja…giler ah…haha.. tekanan tul aku tengok pak guard naik cuti ni…
July 10, 2009 at 5:39 pm
macam siot la tajuk entri ngko.
semoga berjaya kekal kacak.. jgn lak di akhir-akhirnya bertambah boroi pulak.. kehkeh
July 11, 2009 at 12:45 am
hahaha…tapi kalau boroi baru nampak cam bos..bos yang kacak..haha
July 11, 2009 at 3:56 pm
hahahha….ak gelak dulu baru bace ko nyer isi2 kandungan…hahahahaha…
July 11, 2009 at 6:21 pm
cehh
July 12, 2009 at 11:16 am
[...] 6 jam keduanya aku ke Air Terjun Kota Tinggi bersama kawan² sekelas aku yang juga layak dipanggil abang tahun 4, tapi tak cukup kacak macam aku la. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih sikit. Aku cuma mampu tidur di dalam kereta. Letih [...]
August 3, 2009 at 7:43 pm
[...] 6 jam keduanya aku ke Air Terjun Kota Tinggi bersama kawan² sekelas aku yang juga layak dipanggil abang tahun 4, tapi tak cukup kacak macam aku la. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih sikit. Aku cuma mampu tidur di dalam kereta. Letih [...]