Aku masih dalam mood final exam. Exam ni seolah-olah kuman yang terpaksa ditelan bersama-sama dengan kahak yang lama berendam dalam anak tekak. Nak buang tak boleh, jadi telan sahajalah.

Disebabkan 2,3 entri aku sebelum ni tak layak dipanggil entri bermaruah, jadi entri kali ni aku nak review sket pasal exam.

Paper pertama aku, Business Valuation pada 27 Oktober. Aku sebenarnya kurang berminat dengan subjek kira-kira “atas angin” ni. Dalam erti kata lain, subjek yang berbentuk pelaburan. Tapi nak buat macam mana, minat tak minat, exam kena jawab jugak. Kalau tak, tak grad. Kalau tak grad, tak cool dah. Hilang segala bentuk kekacakan.

Untuk paper ni aku keluar awal. Lagi 15 minit nak abes masa, aku dah blah. Di kala masa sebenar paper ni abes, aku dah berada di atas katil untuk pergi ke alam fantasi. Senang ke paper tu? Entahlah.. maybe format soalan tu yang senang agaknya.

Paper kedua aku, Project Management pada 29 Oktober. Ini subjek elektif. Cuma 40 orang je yang ambil. Jadi memang tak ramai. Dewan exam pun kecik je. Mungkin lebih sesuai dipanggil Bilik Exam. Paper ni aku tak dapat buat kacak dengan keluar awal. Memang haru apabila masa tinggal 10 minit, dan aku masih tak siap 1 soalan esei. Dengan kacak dan selambanya, aku tahan Prof. J dan minta extend masa. Mula-mula tu dia macam taknak bagi gak. Tapi lepas tu dia extend jugaklah dalam lebih kurang 10 minit. Di sinilah ramai pihak termasuk beliau yang melakukan kesalahan yang tak sepatutnya disalahkan kerana tiada kesalahan yang berlaku.

Manusia tidak dapat lari kesilapan. Aku pun. Nak kejar kesilapan tu semula, memang tak dapat dah. Hanya mampu tengok kesilapan tu dibawa pergi. Huh, letih jugak menulis banyak-banyak dalam exam bila dah lama sangat takde feel exam nih. Hampir setahun tak berfinal exam. (Last semester I was practical).

Dua-dua paper tu betul² membuatkan aku letih. Jadi untuk paper ketiga, Quantitative Technique, memang aku lebih malas lagi untuk study. Yang memang menjadikan terbaik adalah paper tu pada 31 Oktober. Huh, sumer selang sehari je. Memang dasat betul. Takde masa nak berlibur.

Disebabkan pembacaan aku yang limited untuk subjek ni, atau lebih mudahnya, aku baca tak abes, memang senyum sorang-sorang jelah masa tengok soalan tu. Senang beb, tapi dah tak baca, nak buat macam mana. Terpaksa menggunakan taktik side mirror kiri dan kanan. Kadang-kadang “pemandu” di belakang juga hon aku sekali sekala. Aku paham la tu, dia pun macam aku jugak…hahaha..

Dah 3 paper aku ber-exam. Tinggal satu lagi, paper Professional Practice. 4 November nanti. Biasalah, kalau dah tinggal paper yang last ni, memang semangat untuk study tu hampir-hampir lenyap. Lagipun aku pun tak tau nak mulakan pembacaan daripada mana. Mungkin aku kekurangan sumber pembacaan..haha.. Maklumlah, aku ni jenis student yang berorientasikan exam atau dalam frasa bestnya, Exam Oriented.

Motto semasa -  Study Untuk Exam.

Ok, aku nak sambung main game PES 2010. Ni pun salah satu kuman kehidupan jugak. Nak taknak, kena telan.

16 Responses to “Yesterday Is History, Today Is Gift, Tomorrow Is Mystery”

  1. Eima Jer Says:

    same goes here apai..
    sem malas kot!
    adolaaa..hilang kestyloan..
    =p

  2. buzzybug Says:

    ewwww… perenggan 1st tu… geli lah.

  3. puteri Says:

    paper projek mmg menambh ketensionan…huhu….


  4. kuman sungguh la kamu ni..balik umah bila?

  5. sue Says:

    aku benci sama benda yang dinamakan final exam. benci aku benci.


  6. masa aku belajar, mmg benci tul final exam ni..

    tp bila dah abis belajar, rasa rindu nak amik exam….

    ape2 pun, good luck bro..
    may the force be with you…
    jeng jeng jeng

  7. ciq Says:

    byak tol kuman kehidupan..minumla yakult..haha

  8. cikf=) Says:

    gud luck..all da best~


Leave a Reply