Urghh, aku berasa bosan pada hari ni. Duduk di rumah saje. Sepatutnya hari ni adalah hari untuk bersuka ria, berlibur, enjoy sana sini. Tapi aku hanya mampu untuk duduk terperap di rumah. Macam anak dara..hahaha.. Aku malas untuk keluar. Semalam aku dah keluar. Cukuplah. Perbelanjaan pun kene catu gak beb. Kalau hari² keluar, boleh sengkek gak nanti.  Tapi tu sumer bergantung pada pilihan kita bukan. Kita berhak untuk memilih untuk keluar atau pun tidak dan duduk di rumah saja. So, pilihan aku adalah duduk di rumah saja. Oh, what a boring Sunday..!!

Eh, apa kena mengena tajuk entri tu dengan kisah aku hari ni. Aku bukan nak buat cerita macam tu pun kat sini. Itu semua hanya propaganda aje. Setelah aku membaca post si Affuan tu, aku terasa nak buat entri camni lak. Mungkin korang pikir aku nak cuba mendapat hits murahan. Biarlah. Aku tak kisah pun dengan bende tu. Tapi kalau korang rasa tertipu, aku minta maaf la ye. Sebenarnya aku agak kebosanan hari ni. Tiba² terfikir lak nak buat tajuk entri camtu..hehe.. :) Jangan marah ye….

Ughh..marilah menari denganku...hilangkan kebosanan kau..

Kalau korang still nak baca lagi apa aku tulis ni, terima kasih aku ucapkan. Kalau tak mahu, terpulang la. Aku tak paksa. Bukan ade apa pun aku nak tulis. Takde cerita atau kisah untuk dipertuliskan. Tapi tangan ni macam gatal nak menekan keyboard gak, dan aku hanya menurut kemahuan tangan aku ni je. Ia dah macam satu kebiasaan kini.

Hari ni aku masuk ke semua blog yang ade kat blogroll aku tu. Heh, 2 kali aku masuk. Petang dan malam. Ade yang dah update, ade yang belum. Tapi mana yang dah update tu, memang aku baca la. Ade jugak yang aku tinggalkan komen kat blog² tu. Tapi malam ni, ade blog yang baru aku masuk dan aku tertarik dengan blog² tu. Blog yang aku maksudkan adalah blog yang berunsurkan ambigrams. Uh, aku terpegun dengan ambigrams ni. Kagum. Aku memang tak gheti nak buat camtu. Aku bukan orang seni. Aku hanya pandai mengaplikasikan seni yang telah wujud, untuk kegunaan dan kepuasan diri aku saja. Jadi memang aku terkesima bila melihat hasil seni yang begitu indah macam tu. So, aku dah letak link blog² tu kat blogroll aku. Maafla ye kalau tak mintak izin korang. Dan sudah pasti aku akan masuk lagi lepas ni. Untuk melihat keindahan seni. Seni yang tak mampu aku hasilkan. Tangan ni bukan untuk seni agaknya.

Petang tadi aku dengar daripada makcik aku pasal Intra. Erm, macam Multi Level Marketing gakla. Tapi yang ni ade barang atau produk yang berasakan kesihatan. Lebih senang kalau aku katakan macam CNI. Takkanla korang tak tau CNI. Cetek sangatla pengetahuan korang kalau camtu. Aku memang suka dengar bende² camni. Suka dengar je. Tapi nak join bende ² camni, mintak maaf la ye. First, aku tengok kepada modal permulaannya. Aku ni student je. Manala ade duit sebanyak 3-4 ribu nak dibuat modal. Yang keduanya, aku malas nak carik orang bawah aku untuk join. Aku malas. Jadi, jangan paksa aku untuk masuk..!! Aku tak suka..!!

Huh, bosan sungguh hari ni. Ni baru seminggu cuti duduk kat umah. Ade lagi 4 minggu. Aduii..rindunya. Rindu sama dia. Bila la nak abes cuti ni….